Photobucket - Video and Image Hosting

Thursday, October 26, 2006

TAHNIAH PAK LAH...?

Laporan terkini oleh Reporters Without Borders’(RSF) 2006 World Press Freedom Index telah mencatatkan peningkatan memberangsangkan prestasi demokrasi Malaysia dalam konteks kebebsan media.

Menurut laporan tersebut, Malaysia telah meningkat ke ranking 92 untuk tahun 2006 berbanding 112 pada tahun 2005 iaitu selepas 1 tahun Pak Lah sebagai PM. Menurut laporan Malaysiakini.com, ini adalah pertama kali Malaysia mengatasi Singapura (146), Filipina (142), Thailand (122) dan Indonesia (103). Kitaro merasakan terdapat misleading dalam hal tersebut kerana pada tahun 2002, 2003 dan 2004 masing-masing menunjukkan Malaysia mengatasi Singapura kecuali Thailand, Indonesia dan Filipina. Dalam erti kata lain, lebih tepat ialah Malaysia buat pertama kali mengatasi Thailand, Indonesia dan Filipina untuk ranking 2006. Moga-moga Malaysiakini lebih teliti dalam membuat laporan pada masa akan datang. itaro percaya pada kredibiliti dan keupayaan Malaysiakini.

Tetapi yang menarik ialah ruang demokrasi di Timor Leste lebih baik berbanding Malaysia kerana mereka berada satu tangga lebih tinggi berbanding Malaysia. Apa pun, Pak Lah layak menerima sekalung tahniah untuk pencapaian ini.;

Tun Dr. M hampeh gak?
Berita baik untuk mahasiswa?


Daripada perangkaan di atas, perkara lain yang lebih menarik ialah pada tahun
2002, Malaysia berada di tangga ke-110, 2003 meningkat ke-105, 2004 merudum ke tangga 122. 2005 pula menyaksikan Malaysia naik ke tangga 113.

Di sini, Kitaro ingin membangkitkan 2 perkara;

1. Dr. M sering mengkritik pentadbiran Pak Lah dan mencerminkan Pak Lah sebagai seorang PM yang lemah. Mungkin benar dan mungkin salah. Tetapi Dr. M juga wajar melihat pada diri sendiri bagaimana prestasinya dalam menyuburkan demokrasi sewaktu sebagai PM. Prestasi Malaysia dalam kontek kebebasan akhbar amat memalukan terutama pada tahun antara 2002 hingga 2004.

Adakah anda perasaan, berdasarkan perangkaan fakta, tatkala Pak Lah dinobat sebagai PM pada 2004, Malaysia menunjukkan peningkatan prestasi hinggalah pada tahun 2006.

Adakah ini membezakan di antara Pak Lah dan Dr. M? Dari satu sudut, kelihatan Pak Lah seolah lebih demokratik berbanding Dr. M. Jika Pak Lah bertindak seperti Dr. M hari ini dan Dr. M sebagai PM, adakah Pak Lah akan bebas mengkritik kerajaan sepertimana Dr. M hari ini?

2. Jika prestasi Malaysia dalam kebebasan akhbar semakin baik sekalipun, mungkinkah mahasiswa mempunyai kebebasan memiliki media tersendiri seperti Gema Siswa, Mahasiswa Negara dsb sepertimana zaman 60an dahulu? Yang ada hari ini hanyalah Akhbar Mahasiswa terbitan koliasi BTN, Pemuda UMNO dan beberapa tenaga Aspirasi yang bersifat berat sebelah, karut marut dan tidak menggambarkan idealism perjuangan mahasiswa.

Setahu Kitaro, telah ramai rakan-rakan Kitaro samada Melayu, Cina mahupun India yang dikenakan tindakan kerana kononnya menyebarkan risalah melwan kerajaan.

MPP terpaksa berhadapan karenah birokrasi pentadbiran universiti untuk menghasilkan sebarang penerbitan. Isi kandungan ditapis, itu tak boleh, ini tak boleh.

Malah AUKU dalam peruntukkannya melarang sebarang penerbitan risalah tanpa kelulusan TNC.

Dari satu sudut, mungkin kebebasan media di Malaysia semakin meningkat rentetan dari segelintir media bebas mempersoal kedudukan Islam di Malaysia seperti dalam isu Muhammad @ Moorthy, Artikel 121 (1A), Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.

Pada sudut yang berbeza, mungkin ini adalah satu peluang buat pejuang keadilan samada ahli politik, aktivis sosial mahupun mahasiswa mengecapi kebebasan untuk bersuara melalui media jika disusuli langkah bijak dan efektif.

Pokok pangkalnya, Kitaro teringat kata keramat pemimpin Turki, Tayyip Erdogan; "Frredom of Expression does not justify Freedom to insult!"

Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?