Photobucket - Video and Image Hosting

Sunday, November 05, 2006

CIPLAK

Dato' Nordin Kardi, NC Universiti Utara Malaysia yang juga merupakan 'orang kuat' Biro Tata Negara didapati menciplak artikel sahabat Kitaro, Muhtar Suhaili yang merupakan Mantan Presiden MPPUIA sesi 2004 dan kini bertugas sebagai Engineer di Shell, Sarawak.

Rupanya, NC ni bukannya cerdik sangat seperti yang disangka. Atau memang dia tidak layak menjadi NC. Mengenai artikel ciplak tersebut, Kitaro merasakan samada;

1. Dato' Nordin Kardi memang benar-benar copy dan paste artikel Muhtar, atau

2. Setiausaha atau orang yang ditugaskan oleh Dato' Nordin untuk siapkan artikel untuknya malas sangat lalu untuk mudahkan kerja, copy jer artikel Muhtar.

Kesimpulannya;

1. Dua-dua bangang.

2. Dengar kata mahasiswa Apirasi saja yang bijak, hebat akademik, berkarisma memimpin MPP. Mahasiswa yang didakwa pembangkang ni rendah intelektual, emosional, pengkhianat.
Tapi, artikel mahasiswa ini juga yang diciplak oleh seseorang NC Universiti. Nampak gaya macam mahasiswa Aspirasi tidak ada yang terpakai ker?

Baca:
Artikel Muhtar kena 'cilok'


Comments:
ha ha ha betul2.
 
sedara kitaro, saya kenal sgt anak dia. bapanya org kuat biro tata negaa, dan xsilap lagu anak kecil main api digubah nya kan? xsilap la. tapi sayang nya anak nya..(dah dah ni kes ngumpat nih) =]
 
ini standpoint ana, insya allah akan terbit.. Isu ini sudah menjadi-jadi, http://motivasiminda.wordpress.com/2006/11/09/intelek-muda-dirompak-pemikirannya/
 
PENJELASAN TERKINI "ISU ARTIKEL CIPLAK".. ALHAMDULILLAH.

As-Sarawaki, 18 Disember 2006: Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, akhirnya maklumbalas dan duduk sebenar berkenaan isu artikel ciplak ini telah diperjelaskan. Dato’ Dr. Nordin Kardin memaklumkan bahawa beliau tidak ada kena mengena dengan isu artikel atau kertas kerja ciplak tersebut. Alhamdulillah, terima kasih juga kepada IslamHadhari.net di atas "Penjelasan Isu Muhtar B. Hj. Suhaili" yang boleh didapati di http://www.islamhadhari.net/v4/seminar/detail.php?nkid=21. Mudah-mudahan ianya akan memberi penjelasan yang sebaiknya dan sekaligus membersihkan nama Dato’ Dr. Nordin Kardi.

Wallahu a'la wa a'lam bissawab.

-----------------------------------
Berikut merupakan "Penjelasan Isu Muhtar B. Hj. Suhaili" oleh laman web IslamHadhari.net yang boleh didapati di link berikut http://www.islamhadhari.net/v4/seminar/detail.php?nkid=21:

Pihak islamhadhari.net ingin memaklumkan kepada Saudara Muhtar B. Hj. Suhaili, Bekas Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa UIAM sesi 2003/2004, bahawa sebaik sahaja kami menerima email daripada pihak beliau, pihak islamhadhari.net telah memohon maaf kepada beliau akibat dari kesilapan teknikal yang tidak disengajakan dilakukan oleh pihak islamhadhari.net berkaitan kertas kerja seminar yang dipaparkan bertajuk “Mengurus Kejayaan: Isu dan Cabaran.”. Malahan, pihak islamhadhari.net telah mengeluarkan kertas kerja seminar tersebut daripada laman web islamhadhari.net.

Perkara ini seharusnya, tidak perlu diperbesarkan atau dipermainkan lagi di peringkat yang lebih tinggi untuk mendapatkan publisiti dengan menjatuhkan maruah tokoh akademik yang disegani, dikagumi serta telah banyak berjasa kepada masyarakat dan negara, seperti Y Bahagia Dato’ Dr. Nordin Kardi. Memandangkan isu ini telah menjadi isu yang sensasi dan kontrovesi maka pihak islamhadhari.net memohon maaf secara terbuka kepada Dato’ Dr. Nordin Kardi dan Saudara Muhtar B. Hj. Suhaili.

Sehubungan dengan isu ini, dan bermula pada hari ini, kami menyeru semua pembentang-pembentang kertas kerja dalam mana-mana pembentangan seminar samaada dalam negara mahupun luar negara di harus untuk menghantar surat persetujuan untuk memaparkan bahan bercetak untuk mengelakkan sebarang kontrovesi berlaku pada masa mendatang. Malahan kami juga memohon semua rakyat Malaysia yang beragama Islam untuk menghantar artikel ke laman web kami dan menegur sekirannya didapati ada unsur – unsur tidak sesuai untuk tatapan umum. Sekiranya, semua rakyat Malaysia yang beragama Islam memainkan peranan ini insya-Allah maklumat akan dapat dikongsi bersama agar mendatangkan kebaikkan sama ada di dunia mahupun di akhirat. Niat kami adalah untuk memastikan semua umat Islam mendapat manfaat daripada semua artikel di dalam laman web ini. Tetapi, pihak kami amat kecewa sekiranya niat murni kami ini dijadikan agenda untuk menjatuhkan sesama insan yang beragama Islam.

-----------------------------------

Berikut merupakan Surat Permohonan Maaf yang telah dihantar kepada Dato' Dr. Nordin Kardi melalui email dan pos laju bertarikh 18 Disember 2006:

Muhtar Suhaili
Lot 741, Jalan Pujut 9
98000 Miri, Sarawak

Dato’ Dr. Nordin Kardi
Naib Canselor
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok
Kedah Darul Aman
Tarikh: 18 Disember 2006

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Kemuliaan

Yang Berbahagia Dato’ Dr.;

PERMOHONAN MAAF ATAS ISU “ARTIKEL CIPLAK”

Perkara di atas adalah dengan segala hormatnya dirujuk.

Artikel saya di http://muhtarsuhaili.tripod.com/ciplak/ adalah dirujuk. Setelah mendapat maklumbalas dari Dato' melalui laman web saya, saya dengan ini merasa wajar untuk memohon maaf kepada Dato' di dalam isu "Artikel Ciplak" yang disiarkan secara tidak berhemah di laman http://www.islamhadhari.net/v4/seminar/detail.php?nkid=21.

Alhamdulillah, saya amat bersyukur setelah Dato' sendiri memaklumkan bahawa Dato' tidak ada kena mengena langsung dengan isu ini dan itulah yang saya harapkan. Maknanya kini, jelas bahawa pihak laman IslamHadhari.net bertanggungjawab sepenuhnya di atas penerbitan dan penyiaran kertas kerja yang tidak professional serta melanggar hak cipta dan hak harta intelek ini.

Sekali lagi saya memohon maaf kepada Dato' di atas kekhilafan dalam perkara ini. Insya Allah semoga segalanya akan memberi kebaikan dan pengajaran. Selamat maju jaya. Semoga Dato' sentiasa dirahmati Allah SWT atas urusan dunia dan Akhirat. Amiin.

Yang Benar;

__________________
MUHTAR BIN SUHAILI
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?