Photobucket - Video and Image Hosting

Monday, November 20, 2006

ISU MUKHRIZ; PAK LAH LEMAH?

Pak Lah dalam sidang medianya menyatakan, "Setiap ahli bebas mengkritik dan saya (Pak Lah) tidak akan mempunyai sebarang masalah atau sekatan jika perwakilan ingin mengkritik." - Buletin Utama, TV3 16 November 2006

Kitaro amat hairan dengan gaya kepemimpinan Pak Lah. Apabila anak lelaki kepada Tun Dr. M memberi komen ucapan Pak Lah tidak ada sesuatu yang baru, maka kritikannya dibidas hebat seolah-olah Mukhriz telah melakukan kesalahan jenayah besar melebihi korupsi yang berlaku dalam UMNO sendiri. Berikut adalah komen dari 2 sayap utama UMNO;

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Ahmad Zahid Hamid merupakan pemimpin yang paling lantang mengkritik Exco kanan Pemuda, Datuk Mukhriz Mahathir ekoran ulasannya yang dianggap memperlekehkan ucapan dasar Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Rabu lalu. - Malaysiakini.com, 20 November 2006


Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Rafidah Aziz menyifatkan Datuk Mukhriz Mahathir tidak memahami intipati ucapan dasar Presiden UMNO yang menggariskan agenda Melayu... Rafidah mengulas kenyataan Muhkriz dalam akhbar berbahasa Inggeris Khamis lalu yang mendakwa tiada perkara baru dalam ucapan dasar Abdullah pada Perhimpunan Agung UMNO... Dalam hal ini, katanya, Mukhriz sepatutnya menggunakan saluran dalaman sekiranya beliau mempunyai pandangan tertentu dan bukan mengkritik secara terbuka. - Utusan Malaysia, 19 November 2006


Ada yang berpandangan bahawa orang lain sahaja (seperti Rafidah dan Zahid Hamidi) yang bising dan tidak senang duduk dengan kritikan Mukhriz. Sedangkan Pak Lah sehingga kini tiada sebarang komen dan barangkali tiada masalah dengan kritikan itu.

Tetapi Kitaro berpandangan berbeza. Sebagai pemimpin, seseorang itu mempunyai dinamika dan karisma yang mampu untuk mempengaruhi pengikutnya memahami dan bersama mendokong aspirasi yang dibawanya. Pak Lah ingin membawa aspirasi kebebasan mengkritik semasa Perhimpunan Agung tetapi pemimpin-pemimpin utama di bawahnya gagal memamahi aspirasi tersebut justeru menghentam sesiapa sahaja yang lantang mengkritik kepimpinan UMNO.

Bagi Kitaro... Pak Lah LEMAH.

Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?