Photobucket - Video and Image Hosting

Tuesday, November 28, 2006

PERANAN MUFTI

Berikut adalah antara kandungan temuramah antara Dr. Asri dan Malaysiakini.com

1. Isu Kongsi Raya

...Dr Asri bagaimanapun menegaskan perayaan-perayaan Islam tidak boleh dianjurkan bersama dengan perayaan agama lain kerana perayaan Islam perlu dirayakan mengikut ajaran dan nilai Islam.

"Perayaan agama kita terikat dengan akidah. Sebagai contoh hari raya Aidil fitri, Tuhan mahu kita merayakan kejayaan berpuasa dan memuji-mujiNya serta membesar-besarkan-Nya kerana telah memberi kekutaan dnan rezeki kepada kita," jelas Dr Asri yang merupakan Mufti termuda di negara ini.

Beliau bagaimanapun sependapat dengan Mufti Qatar, Yusuf Al-Qaradhawi yang tidak melarang umat Islam mengucap "Selamat...." kepada penganut agama lain pada hari perayaan masing-masing.

Tiada apa-apa yang salah dalam perbuatan itu asalkan tidak membesar-besarkan atau memuja agama dan tuhan mereka, katanya lagi.

2. Keberanian dan Peranan Mufti

Menurutnya lagi, dalam membincangkan isu-isu agama seperti ini, dan memutuskan fatwanya, pihak-pihak luar jangan mengenakan sebarang tekanan kepada pihak berkuasa agama.

"Hanya dengan cara ini, barulah mufti–mufti dan pakar-pakar agama dapat membincangkan dengan wajar dan munasabah," ujarnya..

"Kami perlu membuat keputusan secara bebas. Kami perlukan kebebasan. Saya tidak boleh membuat keputusan bagi menyokong keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan. Saya tidak akan berbuat begitu. Kalau kebetulan keputusan itu sama, itu satu hal lain. Tapi kalau saya diberi pilihan 'buat keputusan bagi menyokong kerajaan atau tinggalkan jawatan ini...' saya akan pilih meninggalkan jawatan ini," tegas Dr Asri.

Bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu juga menyatakan, beliau menerima tawaran menjadi Mufti Perlis tanpa meletakkan syarat-syarat khusus.

Katanya, yang ada hanyalah persefahaman bahawa beliau akan berperanan sebagai Mufti dan bukan dibayangi oleh sesiapa yang berkuasa di negeri itu.

"Peranan saya sebagai Mufti ialah untuk mengeluarkan fatwa dan memberikan pandangan serta membincangkan fatwa. Saya tidak boleh berfungsi di sebalik bayang-bayang tokoh-tokoh tertentu dan menurut semua kata-kata atau tindakannya."

"Personaliti saya sebagai Mufti tidak boleh ditenggelamkan dalam personaliti orang lain. Jika identiti Mufti ditenggelami oleh identiti pihak berkuasa, apa guna negeri ini ada Mufti?" tambahnya.

P.S: Selamat bertugas Dr. Asri. Kembalikan martabat institusi mufti.

Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?