Photobucket - Video and Image Hosting

Saturday, November 04, 2006

SELAMAT HARI RAYA

Orang kata;
"Jangan kawan dengan Cina sebab mereka kafir."

Akhirnya, Islam tidak berkembang. Islam dipandang agama ekstrim. Orang Islam dipandang jumud.

Orang kata;
"Orang Cina tak boleh dibuat kawan. Mereka pentingkan diri sendiri dan kaum mereka saja!"

Akibatnya, orang Melayu Islam ketinggalan. Tidak berkembang dan syok sendiri.

Orang kata;
"Untuk membentuk kerajaan, sesebuah parti alternatif tidak boleh hanya bergantung kepada undi satu kaum sahaja seperti Melayu. Malah, jika berjaya menguasai undi semua kamu Melayu sekalipun, belum tentu dapat memerintah Malaysia. Cita-cita perjuangan mesti dikembangkan dan mendapat kepercayaan semua kaum terutama Cina dan India."

Tapi tidak ada apa-apa tindakan. Buat ahli bersekutu pun, jika sikap dan mentaliti tak berubah, perubahan hanyalah mimpi di siang hari.

Justeru;

1. Perlu ker perjuangan berdasarkan perkauman? Bukankah Islam adalah agama rahmat bagi sekelian alam?

2. Jika benar mahu memenangi hati kaum Cina, bukankah hubungan yang baik dalam bersosial dan berjuang perlu dipupuk seawal di IPT lagi?

3. Mengapa kita asyik melarang itu dan ini seperti isu kongsi raya sedangkan usaha menanamkan kefahaman kepada ummah yang kian keliru tidak giat dilakukan?

4. Salahkah kita mengucapkan Marry Christmas atau Happy Deepavali sebagai menghormati sesama manusia? Yang penting ialah i'tiqad (pengiktirafan di hati) pada setiap individu Muslim. Perhubungan sesama manusia (hablum minallah) tetap penting selagi tidak mengatasi ketaatan kepada-Nya.

5. Sedangkan mereka begitu mudah menunjukkan rasa hormat kepada kita orang Islam. Kitaro berbangga kerana mempunyai hubungan yang baik kaum Cina sehingga mereka menghormati Kitaro atas satu matlamat perjuangan... menegakkan KEADILAN. Prinsip yang tidak ada pertikaian oleh mana-mana agama, bangsa, kaum atau idealism.

Sempena lebaran baru-baru ini, Kitaro menerima sms berikut;

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.
Teruskan Perjuangan.
Hapuskan AUKU dan ISA.
- Wee Cheng

Selamat Hari Raya Aidil Fitri!
Mansuhkan ISA!
Hancurkan kezaliman!
- Chang Lih Kang

Ketika takbir kemenangan digemakan,
Tahlil keikhlasan dilantunkan dan
Tahmid pujian dipanjatkan,
Saatnya bagi umat manusia untuk bermaafan.
Salam Aidilfitri.
- Ginie Lim

Kitaro telah lama berjuangan bersama mereka. Kita berjuang demi memastikan keadilan disemai tanpa mengira bangsa dan agama. Dan mereka tidak segan silu mahukan Kitaro memimpin mereka.

Itulah keindahan prinsip yang dipelajar dan diajari oleh asy-Syahid Hasan al-Banna, "BEKERJASAMA DALAM PERKARA YANG DISEPAKATI,BERTOLAK ANSUR DALAM PERKARA YANG TIDAK DISEPAKATI."

Catatan: Kitaro berdiri teguh dan sanggup melakukan apa saja jika agama Kitaro dihina atau dipijak-pijak.

Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?