Photobucket - Video and Image Hosting

Saturday, December 09, 2006

BAGUS... TAPI...

BAGUS...

Kerajaan Malaysia mahu menyekat usaha menghidupkan kembali al-Arqam kerana sesat dan menyesatkan demi menyelamatkan aqidah umat Islam
(baca: Rufaqa' Sesat).

TAPI...

Pada masa sama, golongan yang menghalalkan murtad atas justifikasi hak kebebasan asasi manusia dan berselindung di sebalik dialog intelektual dibiarkan bermaharajalela dan terus mengelirukan umat Islam.

BAGUS...

Kerajaan Malaysia sedang membongkarkan kesesatan Rufaqa' dan media tiap-tiap hari menyiarkan bukti-bukti penyelewengan Rufaqa'.

TAPI...

Apa gunanya kalau isu ini diperbesarkan hanya untuk divert pandangan rakyat dari melihat kelemahan Barisan Nasional.

Ketika al-Arqam diharamkan pada 1994, isu ini diperbesarkan untuk menutup kelemahan UMNO / BN kerana kemerosotan ekonomi khususnya dalam menghadapi pilihanraya umum 1995.

Kemungkinan pilihanraya diadakan pada awal 2008 bagi mengelak DSAI bertanding (kerana masih menjalani hukuman larangan menyertai kegiatan politik). Maka dihebohkan isu Rufaqa' / al-Arqam bagi menutup kelemahan isu
roboh surau, masjid dan rumah, Pak Lah tidur semasa perhimpunan Agung UMNO, perbalahan Pemuda UMNO dan Pemuda MCa kerana isu keris, penggabungan NST dan Utusam Malaysia, kerugian Proton, skandal pemimpin UMNO dan mamcam-macam lagi ada!

Ini taktik lama UMNO. Menggunakan taktik diversion untuk tutup kelehaman dan meraih sokongan... tapi macam biasa... Rakyat Malaysia terus menelannya bulat-bulat.

The Thing Speaks by Itself

Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?