Tuesday, December 05, 2006
BOLA OH BOLA

Pada suatu hari, ada seorang Setiausaha FAM yang bernama Dato' Ibrahim Saad memperlekeh sebuah skuad bolasepak yang dibentuk dari kalangan pemain-pemain marhain dari seluruh pelosok negara. Skuad ini digelar MyTeam. Katanya lagi dengan bahawa skuad mereka tidak layak menentang skuad kebangsaan kerana tidak setanding maka dihantar skuad muda bimbingan Raja Gopal berdepan MyTeam. Fortunately, depa menang 2-1.
Kemudian, pada suatu hari lagi... Setiausaha FAM ini juga mendabik dada kononnya skuad muda sekarang adalah yang terbaik dan disasarkan layak ke Piala Dunia 2012.
Maka tatkala rakyat Malaysia mengharapkan prestasi meningkat dan skuad bola sepak kebangsan membuat 'come back' di Sukan Asia Doha, maka inilah hasilnya;

Manusia memang suka beralasan dan enggan mengakui kelemahan. Lebih teruk lagi, mereka tidak pernah belajar dari kesilapan;
"Biarpun tewas buat kali kedua, Norizan tetap berpuas hati dengan persembahan anak buahnya terutama sekali kemampuan mereka menembusi gawang China, yang sebelum ini gagal dilakukan Iraq yang tewas 0-1 dalam perlawanan kedua-dua pasukan sebelum ini." - Harian Metro, 4 Disember 2006
So what?!! Sekurang-kurangnya Iraq tak bolos. Malaysia dapat score 1 gol, tapi defence bocor 3 gol! Apa kes???