Photobucket - Video and Image Hosting

Wednesday, December 27, 2006

HARI INI DAN SEJARAH

Apa yang pernah berlaku pada Becks...

1. Menjadi aset utama kepada Kelab Manchester United selepas menjadi sebahagian dari juara skuad muda bawah 21 (dikenali sebagai 'Generasi Emas')

2. Kerana sumbangan besarnya di padang, Becks diberi penghormatan menyarung jersi nombor 7 (sebelum ini dipakai oleh pemain-pemain hebat seperti George Best, Bobby Robson dan Eric Cantonna).

3. Piala Dunia 1998 menjadi mimpi ngeri buat Becks. Walaupun menjadi wira kerana menjaringkan gol cantik hasil sepakan percuma ketika menentang Columbia (suku akhir) dan mencipta peluang untuk gol Wonderboy Michael Owen ketika menentang Argentina (separuh akhir), tetapi menjadi lelaki paling dibenci oleh negaranya kerana dibuang padang selepas bertindak kasar ke atas Diego Simoene (Argentina).

4. Musim 1998/99 merupakan zaman kebangkitan Becks dan menjadi sejarah buat Becks kerana menjadi sebahagian besar kepada sejarah Man. Utd. kerana berjaya mencatat sejarah bola sepak Inggeris; memenangi 3 piala utama (treble) iaitu Piala Liga Perdana, Piala F.A dan Piala Liga Juara-Juara.

Apa yang sedang berlaku pada Cristiano Ronaldo...

1. Merupakan pemain Man Utd yang menyarung jersi no. 7 selepas Becks.

2. Dicemuh dan dibenci oleh rakyat England kerana menjadi punca Wayne Rooney dibuang padang ketika England di suku akhir Piala Dunia 2006 menentang Portugal.

3. Kini Ronaldo sedang berada di tahap terbaik prestasinya. Menjaringkan 4 gol dalam 2 perlawanan dan Man. Utd. sedang berada di kemuncak liga, berjaya ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara.

4. Mungkinkah sejarah 'treble' berulang? Tidak mustahil kerana sejarah bisa berulang!

Sejarah membuktikan walau betapa hebat penipuan pemerintah sekalipun, ia pasti jatuh tersungkur. Sukarno yang korup, Attartuk yang zalim, Firaun yang kejam... Kesemuanya merupakan sejarah. Dan sejarah mereka adalah kejatuhan yang tidak pernah mereka jangka.

Di Malaysia, UMNO dan BN ibarat dewa. Setiap kali pilihanraya, rakyat disumbat dengan doktrin hanya BN mampu memerintah. Jika pembangkang memerintah, negara akan jatuh dan dijajah! UMNO dan BN bila memerintah, apa sahaja mereka buat adalah baik dan untuk 'kebaikan rakyat'. Tahan tanpa bicara, naik harga minyak, naik harga air, naik harga letrik, naik harga tol, yang kaya makin kaya dan yang miskin terus sengsara... adalah untuk 'kebaikan rakyat'...

Tetapi rakyat tidak bodoh... betapa hebat pemerintah yang berselindung di sebalik 1001 penipuan... mereka tidak akan kekal lama... sejarah mungkin berulang...


Comments:
1. jangan mimpi la MU nak dapat title.. Chelsea fc totap juara lagi musim ni!

2. pembetulan.. selepas Beck-sebelum c.ronaldo, ada player lain yg dapat jersi MU no. 7... apa nama dia, luper la...
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?