Thursday, December 21, 2006
PENDIDIKAN RAKYAT
Ada orang kata dengan kenyataan Dr. Asri (Mufti Perlis) tentang hentikan operasi tangkap khalwat membongkarkan sikap sebenar beliau terhadap maksiat.
Golongan Islam Liberal pula tiba-tiba rasa senang hati kerana mereka menerima ahli baru dari kalangan mufti.
Buat golongan Islam Liberal... anda ternyata salah. Tidak akan ada mereka yang berkefahaman agama jelas yang akan sesekali menyebelahi kamu. Ikuti penjelasan Mufti Perlis, Dr. Asri Zainal Abidin.
Tok Guru Nik Aziz juga menggunakan pendekatan 'kenyataan kontroversi' dalam dakwahnya. Hasilnya, orang mula berdebat dan masyarakat tertunggu-tungu penjelasan Tok Guru. Setelah proses perdebatan sana-sini, rakyat secara tidak langsung menerima pandidikan tidak formal... ditambah pula dengan penjelasan Tok Guru yang menyelesaikan segala isu perdebatan. Secara tidak langsung, rakyat menerima 'tarbiah' dari Tok Guru.
Baca komen Awan-Guling