Photobucket - Video and Image Hosting

Monday, December 18, 2006

PROPAGANDA BARAT

Seorang juara dunia sukan badminton (atau mana-mana bidang sekalipun) bermula dengan memasang angan-angan dan impian untuk menjadi juara. Dengan itu, mereka berusaha 'bermati-matian' ke arah impian tersebut kerana ia menjadi motivasi diri untuk berjaya. Tetapi prinsip ini tanpa disedari, cuba dilenyapkan dari diri kita rakyat Malaysia. Bagaimana?

Kisah-kisah dongeng atau 'fairy tale' Barat amat berbeza berbanding kisah dongeng di Malaysia khususnya bangsa Melayu.

Tidak kira samada kisah Red Riding Hood, Goldilocks, Snow White and the 7 Dwarfs, Robin Hood, Sleeping Beauty, Cinderella dan sebagainya... persamaan kesemuanya ialah:

1. Bermula dengan kehidupan susah
2. Hidup penuh cabaran
3. Berfikiran positif dan tabah
4. Paling utama, mereka BERANI memasang IMPIAN untuk berjaya dan bahagia
5. Kemuncak kisah diakhiri dengan... "and they live happily ever after."

Bandingkan dengan cerita-cerita rakyat atau kisah dongeng Melayu seperti Pak Pandir atau Mat Jenin.

Kisah Pak Pandir bermula dengan kehidupan yang 'happy-go-lucky', lawak-lawak bodoh, tindakan yang tidak masuk akal dan berakhir dengan kerugian serta kesusahan.

Kisah Mat Jenin pula bermula dengan Mat Jenin yang miskin dan malas bekerja. Kerjanya hanya memanjat pokok kelapa lantas memasang angan-angan untuk kaya dan hidup senang. Akibat dari IMPIANnya, Mat Jenin terjatuh dari pokok kelapa lantas mati katak!

Selain dari propaganda penjajah yang mahu rakyat Tanah Melayu meminggirkan undang-undang agama yang sekian lama diamalkan, mereka juga merosakkan minda kita dengan kisah-kisah dongeng melarang kita untuk bersikap positif dan memasang impian.

Comments:
pernah dengar lagu 5forty2? tajuk:jom jadi jenin..boleh donlot kat
sini

url:http://ahas.multiply.com/music/item/1244
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?