Photobucket - Video and Image Hosting

Monday, December 25, 2006

TUNJUK AJARKU SIFU

Ketepikan sekejap soal hukum,
Ketepikan sementara isu hiburan,
Ketepikan sejenak isu hedonisma,
Lupakan sementara pertikaian kemenangan Fiq kerana SMS...

Bila bercakap soal patriotisma dan semangat cintakan negara di kalangan rakyat Malaysia, kadangkala Kitaro rasa ragu. Ragu kerana rakyat Malaysia tidak berasa apa-apa bila pemimpin negara korup, pemerintah senang-senang naikkan harga minyak, air, latrik dll dan rakyat tak persoal apa-apa, malah yang persoal pula dianggap pengkhianat negara.

Tapi bilamana
Fiq (juara Mentor musim ke-2) menang ke atas Ima (juara Bintang Mencari Bintang) dari Indonesia, Kitaro merasakan masih ada sedikit rasa semangat cintakan negara di kalangan rakyat Malaysia. Mengapa?

Sebab rakyat Malaysia 'termakan' dengan gelek gerusi dan comel Ima. Walaupun Fiq dikritik hebat kerana nyanyi sumbang dan tidak cukup tenaga berbanding Ima, rakyat Malaysia tetap undi untuk Fiq kerana Fiq mewakili Malaysia.

Justeru, walaupun mungkin memakan masa, moga kesedaran itu akan makin bercambah sehingga timbul rasa political conciousness yang matang di kalangan terbesar rakyat Malaysia.

P.S: Teringat kat Sukan Asia Doha, kalau bukan kerana Malaysia mempunyai rakyat Cina, mungkin Malaysia kekurangan atau gagal memperolehi sebarang pingat emas.

Comments:
teringat teman tentang buku si faisal tehrani 'advencer si peniup ney'...org malaysia ni mcm jin di negara fantasia..suka pada keseronokan dan hedonisme...alahai pak lah..ni lah negara acuan kamu
 
Salam,
Saya sebenarnya hilang kata-kata apabila berpeluang
menonton TV. Mentor lawan bintang cari bintang -
itulah tajuk program yang akan disiarkan oleh TV 3 pd
24/12 ni. Sementara sebhg ibu bapa, adik beradik, sdra
mara dan kenalan kita bermandi keringat mencari
keredhaan Allah di Kota suci Mekah dan Madinah, kita
di Mlaysia dihidangkan dengan iklan program yang di
ulang beribu2 kali waktu prime atau bukan waktu prime
untuk menyaksikan satu rancangan yang saya kategorikan
sangat merosakkan malah lucah. cara mereka yang di
panggil protege menghayun tubuh badan dan menggayakan
tarian yang menggiorkan sambil menyanyi dgn penuh
perasaan begitu menjolok mata dan mengaibkan. Adakah
diantara kita kumpulan ALKIS yang membaca tulisan saya
ini yang berbeza pendapat dgn saya tentang kelucahan
dan melampaunya iklan program yang tersebut. belum
lagi tengok program tersebut yang saya tidak akan
tengok kerana tidak mahu di hisab oleh Allah melakukan
kerja sia2. Saya seolah2 'helpless' dan useless kerana
tidak mampu menghalang program2 seperti ini terus
merosakan dan mencemarkan mata, telinga dan minda
terutama golongan muda. Dimanakah tanggung jawab
sosial pengendali2 media letronik kita. Kalu yang
beragama Islam pula tidakkah mereka takut
menghidangkan 'dosa jariah' yang akan dibawa
berterusan hingga akhir zaman. sape yang hendak
menanggung dosa ini, sape pula yang hendak bertanggung
jawab atas kebejatan akhlak dan moral generasi yang
ada . Kita sebagai ibu-bapa sudah tidak menang tangan
menangani serangan2 hebat bukan dari luar rumah tetapi
dalam rumah kita sendiri. Pagi ni kita menanamkan
nilai mulia, malam karang musnah bila anak2 kita
mencerap dalam mindanya kebobrokan dalam media yang
terhidang depan mata. tidak termampu kita menutup mata
dan telinga anak2 kita yang sedang meningkat remaja
dan remaja. yang kecil2 mungkin boleh kita atur2,
tetapi yang sudah besar dan pandai berusaha sendiri ,
sudah tidak terhalang lagi. bagaimana pula anak-anak
kita yang lain? anak buah, anak jiran anak rakan
pejabat kita yang juga ternganga depan TV. Sebenarnya
baaanyak lagi program2 seperti ini, ada yang kita
perasan ada yang tidak, bukan kita nak duduk depan TV
dan buka semua saluran. Tanggungb jawab siapakah
memastikan media tidak menjadi media yang rosak dan
merosakkan, media yang sesat dan menyesatkan.tanggung
jawab guru?, ibu bapa? ahli masyarakat? penguasa? atau
pemimpin yang memerintah atau rakyat yang memilih,
menyokong, mengampu malah memuja pemimpin dan
pemerintah yang ada? Ya Allah.. ampun kan dosa kami,
kami sangat lemah Ya Allah. La haula wala quwatailla
billa hil 'aliyil 'adzim.

Dr Lo'lo' HMG

p/s: takut kitaro alpa maka terlupa..
 
Kitaro tidak mudah lupa... Thanks x-mate
 
rock, dangdut, nasyid dan ...
(dah nama hiburan)

rock - bisa tune fikiran jadi gila.
dangdut - bisa tune fikiran jadi 'melayang-layang'. rasa 'stim' semacam aje bila tengok Ima (iras-iras Inul) gelek...

nasyid - dah ada nasyid yg layan 'jiwang' skrg. 'feeling' gitu bial dengar senikata dia...
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?