Photobucket - Video and Image Hosting

Wednesday, January 31, 2007

BATU TALAM; UMNO KALAH DALAM MENANG

Sebaik sehaja selepas pengumuman keputusan Pilihanraya Kecil Batu Talam, Najib membuat kenyataan dan antara lain disiarkan oleh TV3:

"Kempen boikot pembangkang gagal kerana terbukti majoriti meningkat dan rakyat tetap turun mengundi..."


Apakah itu kenyataan yang terdesak? Terdesak kerana nak buktikan bahawa UMNO menang besar? Terdesak kerana terpaksa berhempas pulas walaupun hanya berdepan seorang 'unknown youngster'? Atau terdesak menutup kelemahan dek tergugat dek kempen BOIKOT pembangkang?

Yang pasti, peratusan mengundi hanyalah
67.32% berbanding 73.4% pada 2004. Walaupun kelebihan undi majoriti untuk UMNO meningkat 5,857 daripada 2,671, namun UMNO kalah dalam menang kerana;

1. UMNO telah menggunakan semua jentera kerajaan dan memonopoli seluruh media, namun peratusan mengundi jatuh 6%. Kempen boikot sebenarnya tidak gagal.

2. UMNO terpaksa menghantar seluruh menteri termasuk Timbalan Perdana Menteri hanya untuk menewaskan soerang 'budak' yang langsung tidak popular apatah lagi bukan penduduk tempatan.

3. Buletin TV3 melaporkan bahawa undi terbanyak diterima oleh calon UMNO ialah dari saluran orang-orang tua berbanding saluran generasi muda. Ini bermakna, UMNO tidak mempunyai masa depan kerana 10 tahun mendatang, adakah golongan tua itu masih hidup untuk mengundi UMNO?

Tambahan pula, kata
Pakdi bahawa mentaliti mereka jauh ketinggalan dan sudah tidak relevan lagi pada hari ini.

Pembangkang mungkin boleh mengambil kesempatan atas peluang ini untuk memenangi hati generasi muda. Tetapi mungkin di sana ada sebab lain iaitu mungkin ini satu indikator bahawa generasi baru Malaysia sudah muak dan tidak percaya lagi dengan sistem pilihanraya Malaysia?

Lebih parah lagi jika generasi muda sudah tiada lagi kesedaran politik lantas tidak mahu mengundi lagi walaupun PAS, PKR atau DAP bertanding.

Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?