Sunday, January 21, 2007
DAULAT TUANKU
Kitaro tertarik dengan titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin sempena Sambutan Ma'al Hijrah yang dilaporkan hari ini iaitu;
"...Umat Islam perlu mempunyai beberapa sikap seperti kemampuan memberikan pendapat, idea, inovasi, pemikiran, reka cipta, berani berkarya, pintar, rasional, berhikmah dan mempunyai daya juang yang konsisten.
"Kita hanya boleh berubah daripada pencapaian sekarang kepada yang lebih baik dengan memiliki sikap demikian," titah baginda. (Berita Harian, 21 Januari 2006)
Soalnya, adakah persekitaran Malaysia khusus mereka yang diberi amanah kuasa memberikan ruang untuk rakyat khususnya rakyat Malaysia memberikan pendapat, idea, inovasi, pemikiran, reka cipta, berani berkarya, pintar, rasional, berhikmah dan mempunyai daya juang yang konsisten dsb?
Kemampuan memberi pendapat sememangnya berkait rapat dengan keupayaan bersuara. Tanpa keupayaan ini, mana mungkin pendapat dapat diutarakan. Dan keupayaan untuk bersuara hanya menjadi realiti jika wujud ruang kebebasan.
Walaupun Perlembagaan Persekutuan mempunyai peruntukan menjamin hak-hak antaranya kebebasan bersuara, namun terlalu banyak pencabulan sehingga menimbulkan tanda tanya adakah Malaysia sebuah negara demokrasi atau sebaliknya. Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan memberikan hak-hak berpolitik seperti kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat, kebebasan mengadakan perhimpunan dan kebebasan berpersatuan kepada rakyat Malaysia sekalipun sebenarnya hak itu lebih banyak dinafikan atas sebab-sebab keselamatan negara, hubungan diplomatik dengan negara lain, keamanan dan melindungi keistimewaan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dan sebagainya yang pada asasnya banyak dipersoalkan kerana timbul keraguan samada keselamatan negara ataupun keselamatan parti Barisan Nasional yang memerintah? Begitu juga dalam hal hubungan diplomatik, kamanan, melindungi keistimewaan Parlimen, Dewan Undangan Negeri dsb.
Laporan khas oleh wakil PBB, Mr Abid Hussain, pada tahun 1998 berkenaan perlindungan hak bersuara dan mengeluarkan pandangan menunjukkan bahawa Malaysia masih gagal untuk melindungi hak-hak tersebut. Beliau berpendapat wujud beberapa undang-undang yang mengekang hak untuk bersuara dan mengeluarkan pendapat seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Akta Dadah Berbahaya 1985, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Akta Siaran 1987, Akta Persatuan 1966, Akta Polis 1967, Akta Hasutan 1948 dan Akta Rahsia Rasmi 1971 (pindaan 1986).
Daripada pemerhatian beliau, pihak media terkesan dengan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan seperti akhbar The Star, Watan dan Sin Chew Jit Poh. Mereka terpaksa mengadakan kekangan ke atas diri mereka agar selari dengan kehendak pemerintah. Akta tersebut juge digunakan untuk menyekat suara beberapa aktivis hak asasi manusia seperti Puan Irene Fernandez, Presiden Tenaganita. Hampir keseluruhan syarikat- syarikat akhbar dan penyiaran dikuasai oleh syarikat-syarikat yang menjadi sayap pelaburan parti-parti pemerintah. Contohnya, Syarikat Nanyang Press Sdn. Bhd. telah dikuasai oleh syarikat sayap pelaburan milik parti MCA pada Julai 2001. Keadaan ini menyebabkan berita-berita yang disiarkan dieksploitasi dan dimanipulasi bagi memenuhi hasrat politik individu tertentu.
Sesiapa yang menunjukkan kecenderungan tidak menyokong pemerintah akan diberhentikan dan ditamatkan perkhidmatan sebagaimana yang berlaku kepada dua orang editor akhbar Melayu, Utusan Malaysia dan Berita Harian yang ditamatkan perkhidmatan sebelum peristiwa 2 September 2001. Pendakwaan secara terpilih, pertikaian tentang professionalisme polis dalam mengendalikan kes dan ketidakpercayaan terhadap sistem kehakiman menggugat keyakinan masyarakat terhadap entiti yang dikatakan sepatutnya melaksanakan keadilan. Beliau berpendapat bahawa undang-undang (sebagaiman yang disebutkan di atas) telah gagal melindungi hak-hak bersuara dan mengeluarkan pendapat sebagaimana yang diperuntukkan di bawah undang-undang antarabangsa. Tiada negara akan maju melainkan kebebasan bersuara terjamin bagi setiap individu di bawah undang-undang.
Terkini, 2 orang bloggers telah didakwa di mahkamah hanya kerana mendedahkan kepincangan di dalam isu penggabungan New Straits Time dan Utusan Malaysia.
Ringkasan Eksklusif oleh SUARAM menyorot tentang hak-hak sivil dan berpolitik pada tahun 2001 yang dibuat mendapati bahawa jumlah tahanan ISA telah meningkat daripada 4 orang pada tahun sebelumnya kepada 25 orang pada tahun 2001. Malaysia turut hanyut dalam kempen Bush 'Memerangi Keganasan' apabila peristiwa 11 September 2001 dijadikan satu alasan yang kukuh bagi menghalalkan penggunaan kekerasan dan penahanan tanpa bicara atas sebab gerakan militan.
Akta-akta yang digunakan, selain ISA, ialah Ordinan-ordinan dan Peraturan-peraturan Darurat, Akta Tahanan Kediaman dan Akta Pencegahan Jenayah. Keadaan bertambah buruk apabila gerakan mahasiswa turut menjadi sasaran sehingga dua orang pimpinan pelajar telah ditahan di bawah akta ‘draconian’ ISA. Seramai 400 orang telah ditahan kerana terlibat dalam himpunan secara aman. Keyakinan terhadap pihak polis terus meredum apabila laporan demi laporan tentang keganasan polis ke atas tahanan di dalam lokap sehingga menyebabkan kematian terus berlaku tanpa tindakan yang tuntas daripada pihak berwajib.
Kitaro amat menghormati isntitusi di raja. Malah Kitaro akan cuba merealisasikan titah baginda. Tetapi dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem raja berparlimen, Kitaro merasakan kesempitan untuk mengamalkan titah baginda kerana pemerintah yang bersikap seolah flebih 'superior' dari Yang di Pertuan Agung. Daulat Tuanku!