Photobucket - Video and Image Hosting

Thursday, January 18, 2007

MANA LEBIH PENTING?

Kitaro terbaca artikel tulisan wartawan Utusan; Nazrullah Rosli dan Arshad Khan yang membuat analisa berkenaan pilihanraya kecil Batu Talam. Kandungan utamanya ialah betapa strategi PAS dan PKR memboikot pilihanraya adalah umpama penakut dan tidak 'cerdik' serta kononnya mendedahkan strategi PAS akan menaja calon;

"...Strategi Pas di Batu Talam dengan meletakkan calon bebas bukannya menggugat BN, tetapi diibaratkan sebagai menggali kubur sendiri.

Penyokong mereka sendiri yang mengharapkan satu pertandingan hebat pastinya kecewa dengan keputusan pucuk pimpinan tertinggi parti itu yang dibayangi oleh penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Memandangkan Pas sudah melakukan kesilapan, adalah lebih baik jika parti itu tidak meneruskan dengan sebarang idea yang tidak masuk akal.

Harus diingatkan, Batu Talam bukan kawasan hitam atau kelabu buat BN, ia adalah kubu kuat parti itu dan telah mendapat sokongan majoriti lebih besar daripada pengundi pada pilihan raya umum lalu.

Justeru, walau apa pun keputusan PAS pada penamaan calon esok, yang pastinya, baik parti itu mahupun calon bebas yang ditaja kelak tidak berupaya menandingi jentera pilihan raya BN yang sudah bersiap sedia dengan secukupnya."

Tiba-tiba... PANG! Muncul Ng Chee Pang. Nyata bacaan politik pemimpin parti politik terhebat dunia salah dan dangkal. Kali ini, siapa yang 'tidak cerdik'? Kali ini media sudah beralih arah. Kini UMNO semacam 'lemah' kerana berhempas pulas untuk menghadapi calon tidak tahu datang dari mana.

Memetik nasihat daripada
Roslan SMS; "...kepada rakan-rakan dari Umno termasuklah Puteri dan Putera yang berbondong-bondong ke bumi Mona Fendi tu, lebih baik berada di Johor sana, tolong cuci sekolah, masjid dan surau serta rumah-rumah mangsa banjir. Tinggalkanlah Khairy Jamaluddin dan Azeez Ketua Putera itu untuk berhadapan dengan Ng anak beranak. (Malulah seluruh kekuatan Umno dan BN ditalakan ke arah apa yang The Star panggil: UNKNOWN YOUNGSTER!"

Teka-teki; Antara pilihanraya kecil Batu Talam dan banjir Johor, mana lebih penting bagi UMNO? Perhatikan mana tempat paling banyak menteri turun...

Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?