Photobucket - Video and Image Hosting

Tuesday, January 02, 2007

THE SADDAM SAGA; MY POINT OF VIEW

Saddam Hussein telah dihukum gantung di 'Camp Justice', sebuah kem tentera Iraq Kazimain bersebelahan Baghdad menjelang umat Islam menyambut 'Eid al-Adha... Berikut adalah pandangan Kitaro mengenai The Saddam Saga;

1. Kitaro bersetuju Saddam dibicarakan kerana tuduhan kezaliman yang dilakukannya sewaktu memerintah Iraq. Tetapi, Kitaro amat meragui proses pengadilan yang dilakukan ke atas Saddam. Mengapa?

Pertama, kerana tribunal yang membicarakan Saddam dibentuk di bawah kuasa Amerika. Bukan melalui PBB, Mahkamah Antarabangsa atau mana-mana pertubuhan antarabangsa.

Kedua, hakim yang membicarakan Saddam (termasuk yang mengendalikan rayuan Saddam) adalah dilantik oleh kerajaan Amerika.

Justeru, kebebasan dan keadilan perbicaraan teramat diragui. Tambahan pula, perbicaraan Saddam seolah-olah sudah ada 'keputusan sebelum keputusan' kerana keputusan perbicaraan (sebelum rayuan) diumumkan (pada 5 November 2006) adalah ketika pilihanraya Amerika Syarikat. Bush dengan serta merta menggunakan isu Saddam untuk meraih undi untuk partinya.

2. Jika benar sekalipun Saddam didapati bersalah kerana tuduhan jenayah yang dilakukannya (membunuh 148 orang, menyeksa wanita dan kanak dan tahanan tidak sah ke atas 399 orang), maka penjenayah lain yang berselindung disebalik kuasa dan laungan memerangi keganasan iaitu Bush, Blair dan para sekutunya juga mesti dihadapkan ke muka pengadilan kerana jika dicampur jenayah mereka di Afghanistan dan Iraq sahaja, maka angka pembunuhan, penyeksaan wanita dan kanak-kanak serta tahanan tidak sah jauh berlipat kali ganda lebih banyak!

3. Hukuman yang dilakukan ke atas Saddam tidak akan menghentikan kemarahan rakyat Iraq dan masyarakat dunia terhadap pencerobohan Amerika ke atas Iraq. Malah, krisis berpanjangan yang melanda Iraq tidak akan selesai serta mereka. Dalam erti kata lain, hukuman bunuh ke atas Saddam tidak memberi apa-apa kecuali kepuasan kepada Amerika.

4. Hukuman ke atas Saddam juga dilihat terlalu tergesa-gesa malah menimbulkan keraguan terhadap sistem kehakiman Iraq seperti mana yang dilaporkan oleh akhbar Amerika sendiri, Chicago Tribune:
"Critics say Hussein's speedy execution casts doubt on Iraq's judicial system and leaves unresolved more grievous alleged crimes."

5. Kematian Saddam juga menunjukkan lemahnya bangsa Arab kerana bergantung dan terpaksa mengharap kepada Amerika untuk menyelesaikan krisis Iraq yang ternyata masih tiada berpenghujung. Perlu diingat, sebelum ketiadaan Saddam... Hanya Saddam yang berani dan konsisten mengkritik dasar-dasar kerajaan Amerika.

Pandangan Kitaro ialah selagi Amerika menjadi kuasa besar dunia dan umat Islam lemah kerana kelemahan serta halangan yang dicipta leh mereka sendiri, selagi itulah keadaan seperti ini akan berulang. Tidak akan ada khalifah atau pemimpin dunia di mana umat Islam bernaung di bawahnya mempertahan dan memperjuang nasib ummah.

Maka KItaro teringat akan apa yang pernah ditegaskan oleh bekas Ketua Hakim Mesir, Abdul Qadir 'Audah;

"Sejak kejatuhan Khalifah Uthmaniyyah pada 1924, maka umat Islam seluruhnya memikul dosa-dosa di atas bahu mereka kecuali pada mereka yang berjuang secara berjemaah untuk mengembalikannya!"

Comments:
hukuman saddam telah membarahkan lagi konflik sunni-syiah.
 
Who knows where to download XRumer 5.0 Palladium?
Help, please. All recommend this program to effectively advertise on the Internet, this is the best program!
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?