Photobucket - Video and Image Hosting

Monday, January 08, 2007

WAITING GOVERNMENT

Sebelum ini, satu-satunya parti yang terbukti menghina dan memperkecil-kecilkan institusi ulama' ialah parti yang ditubuhkan pada 1946 dan ditubuhkan semula pada 1988 iaitu United Malay Nation Organization (UMNO).

Pada tahun 31 Oktober 1997 Mufti Selangor, al-Fadhil Ustaz Ishak Baharom dipecat gara-gara teguran dan tindakannya ke atas 2 orang Melayu Muslim Malaysia yang menyertai pertandingan ratu cantik.

Begitu juga dalam isu bekalan jarum dan kondom percuma oleh kerajaan pada tahun 2005, Pak Lah membuat pengumuman keputusan kerajaan dan pelaksanaannya serta merta sebelum merujuk kepada Malis Fatwa dan para ulama'.

Malah pada tahun 2004, Mufti Perak, al-Fadhil Ustaz Harussani Zakaria pernah mengeluarkan fatwa haram ke atas program Sure Heboh. Namun, ia tidak dipeduli kerana program tersebut dikekalkan dan ditukar nama kepada Jom Heboh.

Dalam kesemua isu di atas, PAS merupakan juara dan konsisten dalam memperjuangkan institusi ulama' malah menuntut agar institusi mufti dihormati akan pandangan dan teguran mereka. Kitaro juga pernah menghadiri dan mendengar ceramah Tok Guru yang menegur agar para ulama' khasnya mufti-mufti lantang dalam menyuarakan pandangannya berlandaskan displin ilmu Qur'an dan Sunnah, bukannya pasif dan redha dengan apa sahaja yang berlaku dalam negara.

Kitaro kesal apabila
PAS melenting hanya kerana beberapa kerat kenyataan Mufti Perlis yang mengkritik parti tersebut. Bukankah yang menegur itu adalah mufti yang sudah pasti termasuk di kalangan ulama' tanah air? Sudah pasti jawapannya 'ya'. Namun, mengapa hampir kesmeua laporan di dalam laman Harakah Daily semacam menghentam Mufti Perlis?

Kitaro bukanlah penyokong tegar mahupun pembela Mufti Perlis, malah Kitaro mula mengisi borang PAS seawal usia 17 tahun. Tetapi atas rasa keyakinan dan kepercayaan terhadap perjuangan PAS, maka Kitaro melontarkan beberapa pandangan untuk difikirkan bersama;

1. Jika benar PAS menghormati dan menyanjung tinggi insitusi ulama', mengapa PAS tidak menerima secara positif teguran yang diutarakan oleh Mufti Perlis? Malah secara pertimbangan politik, Kitaro dengan rasa rendah diri percaya jika PAS menerimanya maka ia menampilkan sikap keterbukaan dan demokratik PAS.

2. Alangkah malangnya jika selama ini apa yang diperjuangkan di bawah agenda mempertahankan institusi ulama' hanya berdasarkan pertimbangan politik semata. Jika begitu, PAS tiada bezanya dengan UMNO.

3. PAS sewajarnya memikirkan 'mengapa' Mufti Perlis menyatakan "Ya, kita perlu menumpukan kepada menghapuskan maksiat yang terbuka termasuk merompak, mencuri dan berjudi. Jangan tanya pembangkang. Saya tidak tahu bagaimana negara Islam yang mereka hendak bentuk..." daripada terus menghentamnya.

Allahyarham Ustaz Fadzil Mohd Noor pernah menegaskan di dalam salah satu muktamar tahunan PAS bahawa PAS dan ahli-ahli mesti berfikir dan bergerak sebagai 'The Waiting Government'.

4. Justeru, apakah model pemerintahan yang telah ditonjolkan oleh PAS bagi meyakinkan rakyat bahawa PAS layak bergelar 'The Waiting Government'? Bersediakah PAS mencorakkan bentuk hiburan tatkala rakyat memberi mandat memerintah Malaysia suatu hari nanti? Adakah radio Era, Hot.fm dsb diharamkan dari menyiarkan lagu-lagu bukan nasyid? Adakah Siti Nurhaliza tidak dibenarkan lagi muncul di kaca tv?

Bagaimana pula dengan sistem diplomatik antarabangsa? Ekonomi global? Sistem kehakiman? Sistem pendidikan dsb? Inilah lapangan-lapangan yang mesti difikirkan oleh PAS daripada menunggu untuk menonjolkan kelemahan orang sana-sini. Khusus dalam teguran Mufti Perlis, bagaimanakah corak pemerintahan PAS agar bukan hanya berlegar pada kerangka slogan 'Membangun Bersama Islam'.

Namun, setakat ini tiada mana-mana pimpinan PAS khususnya Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Hj. Hadi ada mengeluarkan sebarang kenyataan rentetan dari teguran Mufti Perlis. Justeru, Kitaro membuat 'presumption' bahawa segala laporang adalah bukan pendirian rasmi parti. tetapi, dalam satu aspek lain, massa sudah melihat sikap 'tertutup' PAS dalam menangani kritikan Mufti Perlis.

Kitaro pernah berbual dengan seorang pensyarah dan juga seorang ketua jabatan dari UPSI. Dia menyatakan bahawa jika PAS terus dengan sikap dan gaya orientasi gerakannya sepertimana sekarang, sampai qiamat pun PAS takkan dapat memerintah! Adakah ini benar...? Hanya PAS sendiri mampu menjawab.

Comments:
Sapa la Pak Tam Mat yang tulis artikel tuh...?
 
PAS kelihatan masih selesa menjadi pembangkang dan bukannya waiting gomen.
 
Entah laar...
 
kitaro ni blogger yang tuli, bisu, buta, dan wala' kpd ust Asri kah?

;)
 
Biasa la... Kitaro dah agak dah... Rasanya kalau uli, bisu dan buta... takkan ada blog ni.

Setia dengan Mufti Perlis... Sori.. Kitaro bukan jenis taat membuta kayu.
 
1. siapa individu dan institusi yang mula-mula menentang mufti?

Kitaro kata PAS ker individu atau institusi yang mula-mula menentang mufti?

Perkara furu'iyyah? Isu dasar-dasar negara seperti ekonomi, hiburan, budaya, pendidikan dsb termasuk dalam perkara furu' ker? Setahu Kitaro, those are subtstance dalam mana-mana govermantal administration.

2. Kenyataan Dr asri diputarbelitkan...? Have i wrote it? Bair betul nuruddin?

3. Bersama membina keterbukaan dalam memperjuangkan isu yang lebih mendasar seperti rasuah dan penipuan dalam pembahagian harta negara. apakah Dr Asri mampu menegur keadaan ini?

Nurudin... pada pndgn Kitaro, jika Ustaz Nasa Tentawi sekalipun jadi mufti dan Kitaro sebegai penasihat politiknya, Kitaro akan nasihatkan agar jangan tergesa-gesa mengkritik pemerintah tatkala masih baru dilantik sbg mufti.

Tambahan pula, adakah menegur mesti secara langsung? Sekurangnya kita punya mufti yang lantang dan tidak pasif. Its a matter of positioning bro. Itupun kalau nuruddin faham istilah 'positioning'. Hehe :)

Kitaro dengan penuh rendah diri ajak Nuruddin fikir semula kenapa KItaro letak tajuk 'waiting government'. Amcm?
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?