Wednesday, March 07, 2007
PERLINDUNGAN UNTUK BLOGGERS

23 Februari 2007, Mahkamah Persekutuan Amerika dalam kes rayuan mengesahkan keputusan mahkamah terdahulu berkenaan kekebalan kepada ahli-ahli blogger daripada sebarang tindakan mahkamah.
Law Report on the above verdict
Mahakamah Agung AS telah mengubah keputusan mahkamah rayuan terdahulu. Mahkamah Rayuan negara tersebut memutuskan bahawa Communications Decency Act of 1996 memperuntukkan kekebalan yang kuat daripada tindakan undang-undang terhadap mereka yang menerbitkan maklumat di internet hasil pengumpulan maklumat dari sumber-sumber lain.
Dalam huraian mahkamah tersebut, selagimana Kongres Amerika tidak meminda undang-undang yang sedia ada, sesiapa yang mendakwa mereka difitnah di internet hanya boleh membuat tindakan mahkamah dan menuntut ganti rugi pada sumber asal yang menerbitkan maklumat tersebut.
Manakala mahkamah Persekutuan dalam keputusannya telah mengesahkan keputusan mahkamah agung. Mahkamah itu menyatakan bahawa Communications Decency Act of 1996 merupakan perlindungan kepada para bloggers dan pengendali informasi internet sebagai manifestasi kebebasan bersuara.
Seksyen 230 Communications Decency Act provides that "[no] provider or user of an interactive computer service shall be treated as the publisher or speaker of any information provided by another information content provider," and that "[n]o cause of action may be brought and no liability may be imposed under any State or local law that is inconsistent with this section."