Photobucket - Video and Image Hosting

Thursday, March 15, 2007

EKONOMI TERKINI MALAYSIA DI TAHAP TERBAIK?

Ekonomi Malaysia dilaporkan sebagai mantap dan terbaik. Sejauhmanakah ini benar?

Pada pandangan ahli perniagaan asing pula, mereka melihat ekonomi negara kita lebih korup tahun ini berbanding tahun lepas. Menurut survey tahunan yang dijalankan oleh Political and Economic Risk Consultancy (PERC) yang berpengkalan di Hong Kong menunjukkan 1,476 eksekutif perniagaan expatriate di 13 buah negara dan wilayah di rantau ini dalam bulan Januari dan Februari.


Dalam sistem gred tersebut, sifar sebagai skor yang terbaik dan 10 yang paling teruk, Malaysia di tangga ketujuh dengan skor 6.25.

Menurut pengarah urusan PERC Robert Broadfoot, ia adalah penurunan daripada 2006 di mana Malaysia mendapat 6.13 walaupun ia lebih baik daripada skor 2005 iaitu 6.80.

"Indeks persepsi korupsi ini ialah suatu yang kami telah lakukan lebih 20 tahun dan walaupun persepsi dan realiti adalah dua perkara berbeza, apabila ia berkaitan korupsi, ia menjadi sangat penting,” katanya.

"Syarikat-syarikat kebiasaannya berpandukan persepsi dan bukan realiti, membuat keputusan pelaburan mereka. Jika syarikat-syarikat mengandaikan situasi di negara tertentu sukar untuk berurusan, dengan itu ia bertentangan dengan usaha pelaburan yang akan dibuat dan keputusan untuk melabur," katanya.

Broadfoot menambah bahawa responden termasuk para pengurus syarikat-syarikat multi-national dan bank-bank.

Ekonomi paling korup menurut survey tersebut ialah Filipina dengan skor 9.40, diikuti Thailand dan Indonesia, kedua-duanya berkongsi skor 8.03.

Hmmm... bagaimana negara mahu maju jika tidak pelabur luar negara yang berani melabur?

Mungkin kehebatan ekonomi negara sengaja direka dan dihebahkan sebagai salah satu taktik menarik pelabur asing? Atau ini hanya satu taktik Pak Lah agar dapat mengadakan pilihanraya umum?

Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?