Sunday, March 04, 2007
PROMOSI PERCUMA

Bila muncul pengawal malam yang baru, kekecohan bertambah-tambah dan mendapat liputan media. Pada awalnya, Pengarah muzium tersebut bengang dan marah kepada pengawal malam tersebut kerana liputan negatif media terhadap muzium itu.
Namun, 'kebengangannya' hilang apabila berduyun-duyun manusia datang untuk melawat muzium tersebut. Dalam erti kata lain, muzium itu telah mendapat promosi percuma dan menyebabkan orang ramai makin mengenali muzium itu dan mahu melihantnya sendiri. Inilah kuasa 'promosi percuma' tanpa dirancang dan diminta.

Sangka Kitaro, setelah lama beroperasi mungkin mereka ada peningkatan khususnya pada setiap pengisian yang dimuatkan. Rupanya tanggapa Kitaro salah kerana 'kering modal' itu masih berlarutan. Laman web yang kononnnya membawa berita mahasiswa itu masih melaporkan isu lapok dan basi... Amin Idris masih menjadi subjek utama kutukan web Idealis Mahasiswa walaupun dia bukan lagi bergelar mahasiswa!
Apa pun, Amin Idris telah menerima 'promosi percuma'. Orang yang tidak tahu siapa Amin Idris lebih akan kenal dan mahu terus mengenali Amin Idris. Jika beliau membuka kedai runcit atau membuka firma guaman, sudah pasti akan laku bak goreng pisang panas! Amin Idris patut berterima kasih pada Idealis-Mahasiswa. Hehehe