Photobucket - Video and Image Hosting

Sunday, March 04, 2007

POLITIK ISLAM

Sejak di alam kampus, Kitaro pernah mendengar perdebatan mengenai relevan demokrasi dalam perjuangan Islam. Antara perkataan yang Kitaro boleh quote;

"Kerajaan Kelantan di bawah PAS hanya akan mampu bertahan 3 bulan sahaja (1990)"

"Nik Aziz tak pandai memerintah. Baik balik ke pondok semula dan mengajar agama."

"Politik dan agama tidak boleh dicampur adukkan. Islam suku, politik suku."

"Islam tidak akan tertegak dengan politik. Dakwah dan politik adalah 2 perkara berbeza."

"Asal usul demokrasi adalah daripada Barat. Kita tidak boleh menggunakan alat ciptaan Barat untuk memenangkan Islam kerana ia tidak akan berjaya kerana ia sudah dirancang oleh Barat. Barat telah merancang agar umat Islam terpengaruh dengan demokrasi dan dipermainkan dengan demokrasi!"

"PAS tidak akan dapat membuat apa-apa bila memerintah Kelantan kerana tersepit dengan halangan Kerajaan Pusat yang diperintah oleh UMNO / BN."




Keterangan gambar:

1. Gambar di atas hanya boleh didapati di Kelantan yang diperintah oleh MB yang juga mengajar ilmu agama, parti yang menggunakan demokrasi sebagai salah satu cabang perjuangan dakwah dan salah sebuah negeri di bawah Kerajaan Pusat.

2. Bagi yang tidak tahu, gambar di atas adalah Maya Karin mengenakan tudung menutup aurat dengan sempurna. Sekurangnya di akhirat nanti, mereka yang bersama melaksana dan menyokong usaha Kerajaan Kelantan boleh berkata, "Aku telah berusaha mengajaknya berpakaian mengikut ajaran Islam."

Comments:
setuju ngan kitaro... byk dah apa yang kerajaan Islam Kelantan buat ditiru oleh kerajaan pusat. inilah bukti kepimpinan islam... bersama pertahankan kerajaan islam kelantan dalam PRU 12 nanti..
 
uuu... ambo kene benar tengok maya karin pakai hijab ni...
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?