Monday, May 07, 2007
AKU BANGGA DENAN PENGALAMAN SEBAGAI AKTIVIS MAHASISWA
Harian Metro hari ini terkandung satu artikel khas berkenaan 'student power' atau kuasa mahasiswa. Yang menarik ialah, walaupun di akhir artikel tersebut menyimpulkan bahawa mahasiswa tidak perlu protes kerana masih kedapatan saluran-saluran untuk disuarakan bantahan, namun artikel tersebut secara jelas mengakui bahawa bhawa kuasa mahasiswa tidak boleh dipanang enteng, dipandang sebelah mata dan diperkecilkan sebagaimana yang dinyatakannya;
"JIKA anda mempunyai tanggapan, suara dan peranan mahasiswa hanya terbatas dalam lingkungan kampus semata-mata, ia ternyata meleset. Sejarah membuktikan suara mahasiswa boleh menumbangkan satu kerajaan dan mengubah senario dunia.
Biarpun golongan itu dianggap ‘kurang matang’ dan terikat dengan tanggungjawab akademik, jangan memandang enteng kemampuan mereka. Gabungan mahasiswa boleh menjadi uniti kuat yang tidak mampu dirobohkan biarpun terpaksa berdepan dengan ancaman tentera atau undang-undang."
Lebih menarik apabila akhbar Harian Metro (bukan Harakah, Siasan atau Suara Keadilan) turut mengakui bahawa AUKU merupakan kekangan utama gerakan aktivisma mahasiswa di Malaysia dengan menyatakan;
"Bagaimanapun di Malaysia, keadaan masih terkawal kerana mahasiswa di institusi pengajian tinggi terutama awam terikat dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU)."
Tetapi yang memalukan, ahbar ini seolah menyeleweng dari fakta dan meminggirkan fkta sejarah negara apabila menyatakan;
"Tindakan itu juga seolah-olah menunjukkan mereka tidak pandai berfikir matang dan melihat masa depan, jadi wajarkah mereka dianggap pemimpin jika menangani masalah dengan perasan,?"
Benarkah mahasiswa yang lantang dan berani adalah tidak matang? benarkah hanya kerana keberanian dan kelantangan mereka tidak melayakkan mahasiswa menjadi pelapis pemimpin negara?
Mereka lupa bahawa pemimpin negara hari ini adalah bekas aktivis mahasiswa sewaktu di kampus. Samada mereka yangberada di dalam blok parti pemerintah mahupun pembangkang, majoriti di kalangan mereka meneroka dab membina bakat kepimpinan sewaktu di kampus. Anwar Ibrahim (mantan TPM), Ibrahim Ali (mantan Timbalan Menteri), Sabry Chik (ahli parlimen BN/UMNO), Anwar Musa (Pengerusi UMNO Kelantan), Husam Musa (exco kanan kerajaan Kelantan) adalah sebilangan kecil dari nama-nama besar pencorak negara hari ini. Malah bekas PM; Tun Dr.Mahathir suatu ketika dahulu adalah aktivis mahasiswa sewaktu di UM Singapura.
Setahu Kitaro, mereka yang tiada idealisma perjuangan gerakan mahasiswa adala mereka yang tenggelam dengan dunia hedonisma, hanya mementingkan keutamaan peribadi, tidak hirau sekiranya demokrsi dicabul, negara dilanda banjiran rasuah, aqidah ummah goyah. Mereka inilah sebilangan besar di kalangan 15.2 orang yang telah mencapai umur 21 tahun ke atas tetapi enggan mendaftarkan diri sebagai pemilih sah untuk pilihanraya!
Dan merekalah yang matang dan menjadi pelapis pemimpin negara!!! Malaysia BOLEH!!!
P.S: Sememangnya matlamat pemerintah untuk melahirkan geneasi muda yang mandul, tidak sensitif dan mementingkan diri sendiri.

Comments:
<< Home
Memang tidak dinafikan semasa dikampus mahasiswa akan terdedah suatu fenomina kehidupan yang baru. Namun begitu adalah amat sedikit bilangannya yg menikmati apa yang dikenali sentuhan pertama ideologi politik. Amat bersyukur aku tergolong dalam golongan mereka yang beruntung kerana sentuhan pertama tersebut membuatkan aku dan rakan2 lebih matang untuk memikirkan masa hadapan, bukan semata2 untuk diri sendiri, malah untuk generasi yang mendatang. Mahasiswa inilah yang lebih menonjol tahap kepimpinannya dan keprihatinanya. Mereka jugalah yang menjadi perhatian dari pihak universiti terutama HEP. Namun sudah 4 tahun berlalu, kenangan sebagai aktivis mahasiswa masih segar dalam memori. Pasti ia akan menjadi salah satu cerita perjuangan untuk cucu-cicit yang akan datang.
Post a Comment
<< Home