Photobucket - Video and Image Hosting

Tuesday, May 22, 2007

ALAHAI MALAYSIA

Mereka guna prasarana universiti + memperalatkan TNC-TNC dan pegawai universiti

Kementerian Pengajian Tinggi telah mengeluarkan "Standard Operating Procedure Pemantauan Pilihan Raya Kecil DUN N08 Machap" yang terangkum dalam 10 halaman bercetak, yang memperincikan panduan khusus mengumpul bukti bagi tujuan membolehkan pihak universiti membuat pendakwaan terhadap mana-mana pelajar atau kakitangannya yang berkempen untuk calon pembangkang di Machap (rujuk:
Standard Operating Procedure Pemantauan Pilihan Raya Kecil)

Inilah hasilnya...

Senarai pembabitan pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang menyokong parti pembangkang dengan berkempen secara aktif pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Machap dan Ijok diserahkan kepada Jawatankuasa Pemantau peringkat kementerian untuk diambil tindakan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed, berkata setakat ini 38 pelajar di beberapa IPTA sudah dikenal pasti.

"Kami mempunyai maklumat mengenai pembabitan mereka dan saya sudah mengarahkan jawatankuasa itu supaya mengambil tindakan terhadap mereka mengikut peraturan yang ada."
(
Berita Harian, 22 Mei 2007)

Sedangkan mereka sendiri cakap tak serupa bikin apabila mempergunakan mahasiswa menganjurkan Bakti Siswa di Kelantan kononnya atas nama 'Anak Angkat IPTA' (rujuk Berita Harian, 14 Mei, halaman 16).

Kesimpulannya: Demokrasi Malaysia bermaksud = Mahasiswa sokong pembangkang TAK BOLEH, sokong parti kerajaan BOLEH.

Baca:
IPTA JADI PERKAKAS BN!
Taktik lama UMNO memperalat mahasiswa sebelum PRU

Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?