Photobucket - Video and Image Hosting

Saturday, June 30, 2007

50 TAHUN MERDEKA; KEBEBASAN MEDIA?

Para pemimpin UMNO / BN seringkali mendakwa bahawa pemerintahan Malaysia cukup demokratik di atas hujah 'demokrasi terpimpin'. Mereka juga menafikan bahawa kerajaan tidak pernah memberi arahan kepada media-media untuk tidak melaporkan sebarang liputan positif mengenai pembangkang.

Asasnya, pengamalan minima sebuah negara demokratik dalam aspek media ialah sekurang-kurangnya memberi ruang kepada pembangkang di dalam media-media arus perdana.

Bagaimana di Malaysia? Perhatikan di bawah;

Satu salinan surat bertarikh 7 Jun 2007 yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang mengarahkan semua stesen radio dan televisyen swasta supaya berhenti menyiarkan ucapan pemimpin pembangkang.

"Adalah dimaklumkan bahawa pihak kerajaan mendapati bahawa beberapa stesen-stesen TV dan radio swasta telah menyiarkan ucapan dari pemimpin parti pembangkang," kata Pengerusi SKMM, Datuk Dr Halim Shafie.

"Sehubungan dengan itu, pihak tuan adalah diminta untuk tidak lagi menyiarkan ucapan sedemikian di masa akan datang," tambahnya.

Menurut surat itu lagi, mereka diminta melaksanakan serta merta arahan tersebut.

SKMM adalah agensi kerajaan di bawah Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi, mempunyai kuasa untuk mengawal perkara berkaitan dengan aktiviti komunikasi dan multimedia, termasuk stesen radio dan televisyen swasta serta lamanweb internet.

Bidangkuasanya merangkumi urusan pelesenan stesen radio dan televisyen swasta.

Klik
di sini untuk melihat surat asal

Amacam? Saya percaya anda cukup bijak untuk berfikir, menilai dan membuat keputusan samada layakkah parti sebegi diberi mandat memerintah? Res Ipsa Liquitor = The thing speaks by itself!

Comments:
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0704&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?