Saturday, June 02, 2007
INI BUKAN PERTEMPURAN ISLAM VS. BUKAN ISLAM
Di dalam keputusan rayuan Lina Joy di Mahkamah Persekutuan tempoh hari, 3 hakim yang bersidang telah menghasilkan keputusan sepertimana berikut;
Tun Fairuz
Mahkamah Shariah mempunyai bidang kuasa. Pertukaran status agama di dalam kad pengenalan perlu kebenaran mahkamah shariah (penghakiman penuh).
Dato’ Richard
Perlembagaan Persekutuan adalah Tertinggi (supremacy)
Peruntukan untuk mendapatkan kebenaran mahkamah shariah adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, beliau meluluskan permohonan Lina Joy (penghakiman penuh).
Dato Alaudin
Beliau bersetuju dengan keputusan Tun Ahmad Fairuz
Keputusannya ialah rayuan Azlina Jailani ditolak dengan majoriti 2-1. 2 orang hakim menolak rayuan Azlina Jailani, 1 orang hakim menerima.
(Klik di sini untuk laporan penuh)
Yang menghairankan, mengapa wujud media-media yang menggambarkan seolah berlaku 'pertempuran' dalam kes Azlina Jailani? Lebih menakutkan, pertembungan yang dimaksudkan ialah antara Muslim dan bukan Muslim di Malaysia.
Bagi Kitaro, isu Azlina Jailani adalah satu proses pendidikan. Proses pendidikan di mana rakyat Malaysia samada yang Islam mahupun bukan Islam belajar bagaimana untuk menjadi rakyat matang dalam menangani krisis sesama rakyat negara. Jika dengan isu agama boleh menyebabkan rakyat Malaysia berpecah belah, maka amat mudah bagi mana-mana kausa asing menghancurkan keamanan Malaysia dengan hanya melontarkan 'emosi agama'.
Oleh itu, isu Azlina Jailani bukanlah satu 'pertempuran' antara ISlam dan bukan Islam. Agama bukan satu perkara yang boleh 'main-main'. Main-main bererti masuk senang-senang, keluar senang-senang. Apa kes?
Islam adalah agama tanggungjawab.
Sebab itu dalam ajaran Islam, Tuhan melarang umat Islam memaksa sesiapa untuk memeluk Islam atas hujah kebebasan beragama dan seseorang itu memilih sendiri agama yang dianutinya.
Tatkala dia memilih agamanya, maka menjadi tanggungjawab untuk melakukan yang terbaik pada agama yang dipilihnya. Maka, pilihlah samada anda mahu menjadi manusia bertanggungjawab atau manusia yang 'lari' dari tanggungjawab!