Sunday, July 22, 2007
KARUT MARUT
Program yang menemukan seluruh kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar MPP pada 9 hingga 11 September 2007 di Esset Bangi sekali lagi menyaksikan beberapa insiden menarik.
1. Adham Baba GELABAH
Adham Baba yang merupakan 'pencatur' penting di sebalik nama KPT untuk meng'UMNO'kan kampus tiba-tiba menjadi pucat dan gelabah apabila Presiden MPP Universiti Teknikal Melaka Malaysia (UTEM) dengan berani dan dan lantang bertanya kepada Adham:
"Mengapa perlu ada kumpulan ASPIRASI pro-Umno di IPTA? Sepatutnya, kita tidak perlu ada kumpulan Asprasi pro-Umno mahupun pembangkang kerana mahasiswa wajar diberi kebebasan membina identiti dan sikap tersendiri. Mahasiswa bukan budak-budak hingusan yang terpaksa akur dengan apa saja kehendak pemerintah!!!"
Adham dengan muka yang pucat menjawab, "Jika itu yang dikehendaki mahasiswa maka pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sedia membenarkan slogan "dari mahasiswa untuk mahasiswa" diperjuangkan oleh mahasiswa. Tidak akan ada campurtangan Umno dan mana-mana parti luar".
Itu jaminan dan janji beliau?
2. Adham Baba bisu tentang isu UIA
Bila ditanya tentang isu kelewatan kelulusan kabinet MMUIA, Adham Baba membisu malah berputar alam dengan isu-isu lain untuk mengelak dari menjawab persoalan tersebut.
Malah dari gaya bahasa badan dan raut wajah Adham, beliau tidak mampu menatap wajah Presiden MPP Universiti Islam Antarabangsa Malaysia apabila ditanya tentang kelewatan pihak UIAM memberi watikah perlantikan sebagai Ahli Majlis Perwakilan Pelajar selepas pelajar bukan Aspirasi itu memenangi pilihan raya kampus yang lalu.
3. Amin Idris masih menggugat?
Kitaro tak pasti samada jawapannya 'ya' atau pun 'tidak'. Yang pasti, Kitaro mendapat tahu bahawa sahabat Kitaro iaitu Sdr. Amin Idris sudah lama meninggalkan dunia perjuangan mahasiswa dan kini sedang fokus dalam karier dan perjuangan dunia barunya.
Namun, di tengah konvensyen MPP peringkat 'KEBANGSAAN' yang sepaptutnya membincangkan isu-isu nasional, kebajikan masyakarat, pembangunan pendidikan dan intelektual setaraf dengan level pemimpin mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi, namun masih ada sesi kutuk dan memfitnah individu-individu tertentu.
Nama Amin Idris tiba-tiba menjadi popular di kalangan MPP semua IPT. Seingat Kitaro, kali terakhir nama Amin Idris disebut ialah pada Konvensyen MPP 2004 (3 tahun lalu). Kitaro tak pasti apa berlaku pada Konvensyen MPP 2005 dan 2006, tetapi pada Konvensyen MPP 2007 ada pembentang yang memaparkan gambar beliau seterusnya mendakwa;
"Amin Idris merupakan seorang pengkhianat negara. Beliau sanggup menggadai maruah negara di luar negara. Dan gerakan beliau banyak dipengaruhi oleh anasir luar negara."
Kalau benarlah dakwaan ini, hebat betul Amin Idris kerana mempunyai jaringan sehingga ke seluruh dunia!!!