Thursday, July 05, 2007
POLITIK MATANG
Sekadar memetik sebahagian dari kandungan Debat Perdana tempoh hari bertajuk: Semangat Dasar Ekonomi Baru (DEB) teras pembinaan bangsa Malaysia, Dr. Dzulkifli Ahmad (AJK PAS Pusat/Pengerusi Pusat Penyelidikan PAS) menyebut:
... bahawa perlaksanaan DEB kurang baik, mengakibatkan ia menjadi kurang berjaya. Kelahiran masyarakat Ali Baba contohnya sebagaimana yang dihujahkan oleh Mukhriz merupakan salah satu penyumbang ke arah kegagalan dasar ini.
Kita perlu melahirkan sesuatu dasar yang baru, apa sahaja namanya, dengan matlamat yang sama tetapi lebih penting lagi nanti akan berjaya mencapai cita-cita dan maksudnya kerana realitinya hari ini masalah yang cuba ditangani oleh DEB masih berdarah dan belum mampu dirawat pulih lagi...
Kenyataan di atas Dr. Dzul disokong oleh Dato Mukhriz Tun Dr Mahathir (EXCO Pemuda Umno).
Apa yang membuat saya tertarik ialah gaya perbahasan (juga kebetulan diulas oleh Roslan SMS, we have the same observation) dari 2 panelis iaitu Dr. Dzul dan Dato Mukhriz begitu matang dan tidak emosional.
Berbanding ahli Parlimen Muar YB Dato Razali Ibrahim yang typical dan seringkali mengulangi hujah sama yang pernah dikemukakan oleh wakil UMNO dalam siri-siri debat sebelum ini. Tiada idea yang fresh apatah lagi kritikal dan analytical.
Walau bagaimanapun, diharap moga semakin ramai pemimpin politik seperti Dr. Dzul dan Dato Mukhriz kerana dengan ini, pembudayaan kebebasan maklumat dapat dijana. Rakyat didedahkan dengan sumber maklumat yang pelbagai. Bukannya disuap dengan paksaan agar rakyat menyokong dasar pemerintah tanpa memberi ruang kritikan. Rakyat kini semakin matang dan sudah mampu berfikir, menilai dan membuat keputusan!