Photobucket - Video and Image Hosting

Wednesday, July 25, 2007

SEKULAR SUDAH TIDAK POPULAR DI TURKI

Fakta keputusan Pilihanraya Turki yang diumumkan semalam (24 Julai 2007);

550 kerusi untuk dipertandingkan

Hanya empat parti sahaja yang meraih kejayaan iaitu;
1. Parti AK (Islam) memperolehi 341 kerusi
2. Parti Republik Rakyat (Sekular) 112 kerusi
3. Parti Tindakan Nasionalis (Nasionalis) 70 kerusi
4. Parti Bebas termasuk Kurdis (Nasionalis) 27 kerusi.

Prestasi Parti AK meningkat berbanding kemenangan semasa pilihanraya 2002 iaitu kenaikan sokongan 12 peratus.

Parti AK merupakan contoh gerakan yang menggunakan 'strategi gelombang biru' (Blue Ocean Strategy). Mereka muncul di tengah kancah politik Turki bukan dengan bersaing dengan gergasi-gergasi sekular warisan Attartuk tetapi menggunakan taktik 'flanking'.

Mereka muncul dengan membawa 'product' kebajikan dan kemasyarakatan di tengah kegagalan pemerintahan sekular memperkukuhkan ekonomi di Turki.

Sebagai sebahagian dari perjuangan menegakkan keadilan, Kitaro mengucapkan tahniah kepada Parti AK> Ya benar kita gembira dengan kemenangan mereka, tetapi apa gunanya jika kita tidak belajar dari strategi yang menjulang mereka di tengah ketebalan sekular negara mereka.

Comments:
Saya tak merasakan kemenangan AKP adalah kemenangan terhadap sekular tetapi lebih kepada kemenangan ke arah pemulihan demokrasi yang lebih baik.

Saya merasakan isu pemulihan demokrasi dipandang oleh Erdogan yang dulunya anak murid kepada Erbakan adalah isu yang lebih utama berbanding isu lain (contoh mudah ialah isu hijab).

Perlu juga di fahami di Turki secara kasarnya, terdapat 2 jenis golongan sekular:

golongan pertama ialah golongan yang meyanjungi atau fanatik terhadap idea ataturk (aka golongan kemalisme)

golongan kedua ialah yang masih sekular tetapi mereka terkesan dengan pentingnya menegakkan kebebasan bersuara dan menegakkan demokrasi serta menentang campur tangan tentera.

sila lihat:

bersama atau berbeza

Dan Erdogan mengajak mereka yang dulunya penyokong kuat Erbakan untuk bergabung dengan mereka yang juga masih sekular tetapi mempunyai visi dan matlamat yang sama untuk melihat Turki bebas daripada pegangan tentera serta pemulihan demokrasi.
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?