Wednesday, August 22, 2007
MERDEKA?
Sedarkah anda. di kala kita sudah lebih '4 dekad' mencapai kemerdekaan, rupanya kita masih belum lagi merdeka. Buktinya, kita masih dijajah secara undang-undang (legally colonized).
Dalam satu Majlis anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) semalam, Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim mencadangkan agar penggunaan English Common Law dihapuskan dan diganti dengan undang-undang sivil milik negara agar tanah air benar-benar bebas dari penjajahan.
Utusan Malaysia hari ini (22 Ogos 2007) melaporkan;
Sambil menyifatkan mereka sebagai 'katak di bawah tempurung penjajah', Ahmad Fairuz menegaskan, gejala tersebut tidak seharusnya berlaku selepas 50 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan.
Menurut beliau, setelah negara merdeka selama lima dekad, pakar-pakar perundangan tempatan seharusnya sudah mampu mewujudkan undang-undang yang lebih bermutu dan sesuai dengan keadaan semasa.
"Sudah 50 tahun kita merdeka, sudah 50 tahun kita terlepas daripada cengkaman penjajah, tetapi Seksyen 3 dan 5 Undang-Undang Sivil 1956 masih kekal dalam perundangan kita."
"Apakah ini petanda bahawa Common Law Inggeris itu adalah undang-undang yang paling baik di dunia? Apakah ini petanda bahawa pakar undang-undang kita masih di bawah tempurung penjajah?" soalnya.