Photobucket - Video and Image Hosting

Wednesday, August 15, 2007

MINTAK MAAF...?

Menurut laporan akhbar hari ini, pelajar Malaysia di sebuah universiti di Taiwan yang mempersendakan negara, kerajaan, orang Melayu dan Islam dalam klip video bertajuk 'Negarakuku', memohon maaf secara terbuka kepada kerajaan dan rakyat negara ini semalam (14 Julai 2007).

Permohonan maaf Wee Meng Chee, pelajar Universiti Ming Chuan kelahiran Muar, Johor itu disampaikan Naib Presiden MCA, Datuk Dr Chua Soi Lek, pada sidang media khas di pejabat Menteri Kesihatan itu di sini.

Kitaro rasa keliru dan sangsi dengan permohonan maaf tersebut.

Adakah ia 'dipaksa rela' oleh Naib Presiden MCA, Datuk Dr Chua Soi Lek untuk menutup kelemahan kerajaan pimpinan Pak Lah menanganinya lantaran 'kuasa yang terhad' pihak berkuasa Malaysia?

Jika benar keikhlasan maaf dari Wee Meng Chee, mengapa dia tidak lakukannya secara terbuka melalui rakaman video dan disiarkan melalui youtube sepertimana yang sering Wee Meng Chee lakukan? Bukankah Wee Meng Chee memang popular dengan klip video buatannya yang kreatif?

Kitaro tidak pasti dengan rakyat Malaysia mahupun UMNO, PAS, PKR, DAP, Gerakan ataupun MIC termasuk Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) yang telah membuat laporan polis rentetan isu ini... tapi ternyata MCA dengan mudah menerima 'kemaafan' Wee Meng Chee.

Kata Dr. Chua selaku Naib Presiden MCA;
"I accept his apology because I could detect from his voice that he was very sincere."

Di Malaysia... bila ada mahasiswa yang berdemonstrasi mengkritik dasar kerajaan, terus ditangkap, digantung dan dinafi hak pendidikan mereka.

Di Malaysia... bila ada rakyat biasa yang bangkit berhimpun membantah kenaikan minyak, muncul FRU memukul, menymbur air kimia dan menangkap rakyat marhain.

Di Malaysia... bila belum ada lagi bukti kukuh, kononnya ada dakwaan beberapa aktivitis politik ingin menggunakan bom molotiv cocktail, maka terus ditahan ISA (tanpa bicara).

Di Malaysia... bila ada parti Islam berceramah mengajak rakyat mendekati agama, ceramah itu
diserbu dan penceramah ditahan...

Di Malaysia... bila ada ustaz-ustaz, berceramah di surau atau masjid, mereka ditahan dan didakwa di mahkamah kerana tiada tauliah...

Bila ada rakyat Malaysia menghina agama (Tak kira apa agama. Dalam isu ini; Islam) + hina lagu kebangsaan + hina negara = Minta maaf jer... jamin lepas!!!

Mengapa? Adakah kerana UMNO / BN takut hilang undi Cina... maruah negara tergadai!

P.S: Right of expressin does not justify right to insult!!!

Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?