Sunday, September 30, 2007
BACALAH DUNIA... INILAH BUDAYA DI TAMAN ILMU DAN BUDI!!!
Bila orang bertanya Kitaro, mengapa gerakan pro-mahasiswa dapat bertahan di UIA, antara jawapan popular Kitaro ialah masih ada dari kalangan pentadbiran UIAM yang AMANAH.
Ust. Hamidon tetap dengan prinsipnya
Mengenai isu SPR PRK UIA yang membuka semula penamaan calon dari 27 September kepada 30 September, Kitaro percaya ia bukan tindakan sukarela Pengerusinya; Ust. Hamidon yang juga merupakan Timbalan Rektor HEP. Dengan menggunakan ungkapan "Directive From Top Management" di dalam notis pilihanraya dan juga menjawab soalan wartawan, jelas bahawa terdapat 'kuasa tersembunyi' yang menjadikan SPR PRK UIA sebagai boneka dan mainan mereka.
Kitaro mendapat tahu dari sumber dalaman menyatakan bahawa calon-calon Aspirasi UIA memang tidak layak untuk bertanding menyebabkan ramai calon pro-mahasiswa menang tanpa bertanding. Majoriti calon Aspirasi / GPMS yang tidak melepasi ujian Bahasa Inggeris malah ada yang tak pandai isi borang sehingga menyebabkan pencalonannya terbatal! MAlah ada yang tak cukup syarat kerana tak cukup satu sesi pengajian untuk melayakkan bertanding.
Kenyataan Ust. Hamidon yang menggunakan istilah "Directive From Top Management" cukup memberi makna;
- Beliau sudah muak dengan tekanan 'atasan'
- Itu bukan keputusan SPR PRK UIA
- Mungkin ini kali terakhir Ust. Hamidon sebagai Pengerusi SPR PRK
Kemenangan Reezal sebagai Presiden GPMS adalah berita buruk di UIA
Kemenangan Reezal MErican menewaskan Suhaimi Ibrahim sebagai Presiden GPMS adalah satu berita buruk kepada demokrasi kampus UIA kerana Reezal akan memastikan tempat beliau menerima ijazah, akan kekal dalam cengkaman UMNO sebagai menjaga air mukanya sebagai Presiden GPMS. Apatah lagi Reezal merupakan Setiausaha Politik Paklah Badawi, PM Malaysia!
Justeru, kekalahan awal sebelum terjun ke medan budak-budak UMNO UIA ibarat menconteng arang di muka Reezal. Dia sanggup melakukan apa saja demi menjaga air mukanya walaupun dengan mengorbankan prinsip keadilan yang pernah dipelajarinya di Taman Ilmu dan Budi suatu ketika dahulu. Ilmu tidak dipeduli, budi dilontar ke tong sampah. Lantas, mengikut sumber yang memberitahu, Reezal menekan Rektor UIA; Syed Arabi Idid atas nama Kerajaan Malaysia bertindak segera mengarahkan Hamidon mengeluarkan satu notis baru memaklumkan proses penamaan calon dibuka semula pada hari minggu, 30 September dan hari mengundi tidak berganjak daripada tarikh asal, 2 Oktober, Selasa.
Bukti Campurtangan UMNO di UIA
Kitaro telah menerima satu dokumen dari seorang sahabat (kebetulan juga terlebih awal didedahkan oleh Lutfi Othman di dalam Harakah Daily) yang mendedahkan tangan kotor Reezal sebagai murabbi Aspirasi di UIAM. Kertas kerja tersebut dinamakan 'e-day 07/08' dan bertajuk 'Revival of Students Movement'.
Kertas kerja tersebut menrangkan secara terperinci strategi untuk merampas Majlis Perwakilan Pelajar (SRC) UIAM daripada kumpulan pro-mahasiswa.
Merujuk pada lampiran 1, panel penasihat adalah;
- Menteri Pengajian Tinggi Mustapa Mohamad
- Menteri Pelajaran, Hishammuddin Hussein; Dr Khir Toyo
- Menteri Besar Selangor;
- Presiden UIAM; Sanusi Junid
- Rektor UIA; Dr Syed Arabi Idid
- Presiden GPMS; Reezal Merican
- Setiausaha Parlimen KPT; Dr Adham Baba
- Adun Gombak; Yuszahari Mohd Yusoff
Kemudahan UIA dipergunakan untuk kemudahan Aspirasi melalui Pengetua Kolej Kediaman Bilal, Dr Jamil Hashim. Adun Gombak Setia, Yuszahari bertanggungjawab memcari markas operasi di luar kampus. Isteri Reezal turut menjadi pembantu kanan beliau.
Politik wang juga tidak lari dalam pilihanraya kampus. Duit menjadi motivasi utama budak-budak UMNO UIA;
- Dari Reezal- RM15,000
- Ahmad Ikmal Ismail Exco Pendidikan Pemuda Umno - RM15,000 (+ RM1,000 lagi untuk kegunaan segera).
Wahai dunia... inilah budaya demokrasi kampus. Apa lagi yang diharapkan jika di kampus lagi, bakal siswazah dididik dengan budaya politik sebegini! Inikah caranya membentuk mentaliti kelas pertama?