Photobucket - Video and Image Hosting

Tuesday, September 11, 2007

BOHONGAN DEMI BOGONGAN

Semasa saya di tingkatan 4 ketika era reformasi mula hangat membahang, tatkala ditanya tentang akhbar perdana, jawab seorang senior Kitaro, "Berita Harian, Utusan Malaysia dll... semuanya tak leh caya khasnya dalam bab laporan tentang pembangkang. Yang boleh caya hanya tarikh dan tajuk akhbar jer!!!"

Dalam isu rusuhan di Terengganu, timbul percanggahan tentang laporan 'isu polis tembak guna peluru hidup'.

"Polis tembak Suwandi sambil berdiri!" - mengikut seorang saksi yang melihat dari jarak dekat peristiwa tembakan peluru hidup ke atas orang awam di Batu Buruk.

"Kami nampak percikan api keluar dari pistol polis"

Kenyataan ini sama sekali berbeza dengan apa yang diterangkan oleh Ketua Polis Terengganu, seperti di bawah;

Ayub said the policeman, who suffered a blow to his eye causing it to bleed, then fell to the ground but the mob allegedly did not relent and continued to hit him.

"He had no choice, he used his left hand to fend the blows and with his right hand, he reached for his gun. Because his face was bleeding profusely, he couldn’t see properly as well.

"He was still on the ground, his elbow was on the ground when he fired into the air. He did not even know that someone had been hit (by the shot),"
he added.


Siapa benar?

Apa yang berlaku di Terengganu

Menurut
Roslan SMS, antara lain beliau menulis;

Ia sepatutnya menjadi majlis ceramah umum. Tuan rumah di tempat ceramah tersebut telah berpuluh kali membenarkan kawasan rumahnya dijadikan tempat cermah oleh PAS, dan sepanjang sejarah tidak pernah berlaku gangguan apabila majlis-majlis ceramah dianjurkan di situ.

Tiba-tiba pihak polis enggan memberikan permit apabila BERSIH atau Gabungan Pilihnaraya Bersih dan Adil (badanag dianggotai PAS, PKR, DAP dan beberapa NGO lain) mahu mengadakan ceramah di tempat yang sama. Alasan-alasan penolakkan yang diberikan semuanya bukan merupakan isu sebelum ini.

Lalu dipaksa batallah majlis tersebut. Yang menjadi isu adalah cara bagaimana ianya dibatalkan. Pihak polis melalui FRU menggunakan gas pemedih mata dan memancut air dari water canon nya. Itu taktik biasa, walaupun pada malam tersebut tindakan itu dirasakan amat keterlaluan kerana pihak penganjur telah pun berjanji akan memaklumkan dari hal pembatalan itu kepada yang hadir secara aman.

Isu yang paling besar adalah seorang anggota polis telah melepaskan tembakan dari senjatapinya, peluru hidup ke arah mereka yang hadir. Menurut laporan para pendokong PAS yang terlatih telah mengenal-pasti seorang penghasut dikalangan mereka, yang tidak dikenali. Dalam suasana haru-biru itu, seorang penghasut upahan memang mampu membakar semangat dan mencetuskan lagi ketegangan. Lalu beliau telah dipeganga dan didapati rupanya beliau seorang anggota polis yang tidak beruniform.

Anda sudah melihat, mendengar segala suapan media yang menjadi suara dan jurucakap UMNO / BN. Apakata anda dengar pula kata pihak yang terlibat secara langsung di dalam insiden tersebut dan buat pertimbangan rasional atas kebijaksanaan anda.
Klik di sini

Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?