Photobucket - Video and Image Hosting

Sunday, September 23, 2007

INILAH AKIBATNYA....

Kira-kira 5 tahun yang lalu, Kitaro masih teringat suasana pilihanraya kampus yang menjadi acara tahunan mahasiswa di seluruh kampus dari seluruh negara. Acaranya meriah dan menjadi medan di mana para siswa-siswi berlatih serta mula memahami erti semangat demokrasi.

Ketika itu...
  1. Semua calon dibenarkan berkempen secara berkumpulan atau bebas. Sama seperti pilihanraya yang sebenar. Rakyat diberi kebebasan samada mahu memilih calon kerana individu (bebas) atau kumpulan yang diwakili.
  2. Tempoh kempen adalah selama seminggu sebelum hari pembuangan undi.
  3. Atas semangat dan prinsip 'hak untuk dipilih dan memilih', maka syarat calon untuk bertanding ialah mempunyai CGPA sekurangnya 2.5.
  4. Poster calon dibenarkan untuk dihasilkan mengikut kreativiti. Maka ketika itu, perang poster amat meriah dengan warna-warni dan kepelbagaian hasil dari kreativiti mahasiswa.
  5. Calon-calon dibenarkan membuat rapat umum di mana sahaja selagimana tidak mengganggu ketenteraman awam. Jika ada berlaku gangguan, mana-mana pihak boleh membuat laporan dan calon yang membuat gangguan boleh dibatalkan pencalonan jika sabit kesalahan.
  6. Keputusan pilihanraya diumumkan secara terbukan di stadium universiti. Semua pelajar dibenarkan menyaksikan keputusan pilihanraya.
  7. Calon-calon yang menang, akan membentuk organisasi dan menghasilkan kabinet MPP. Pihak pentadbiran mengambil masa maksima 2 minggu selepas keputusan pilihanraya untuk meluluskan kabinet MPP.

2 hari yang lalu, Kitaro terbaca satu laporan di dalam Malaysiakini bahawa pilihanraya kampus bermula tahun ini akan berubah iaitu tempoh kempen dilanjutkan kepada semnggu;

"Pilihanraya kampus bagi semua universiti awam di seluruh negara akan diadakan pada 2 Oktober depan.

Menurut lamanweb Universiti Sains Malaysia (USM), hari penamaan calon ditetapka pada 26 September. Ini bermakna calon-calon mempunyai enam hari untuk berkempen.

Ia merupakan tempoh berkempen yang paling lama sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Biasanya, calon-calonnya diberi tempoh berkempen tidak melebihi tiga hari.

Dipercayai keputusan untuk memanjangkan tempoh berkempen itu adalah hasil perbincangan antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Nazri Abdul Aziz dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed."


Walaubagaimanapun, jangan tertipu. Jika dibandingkan pada 7 perkara yang Kitaro ungkapkan pernah berlaku 5 tahun yang lalu, pilihanraya kampus masih lagi 'jakun' kerana selain no. 2, yang lain anda hanya perlu gantikan perkataan 'dibenarkan' kepada 'tidak dibenarkan'.

Akibatnya...

  1. Pilihanraya kampus umpama acara perlantikan ketua kelas.
  2. Siswa-dan siswi tidak didedahkan tentang semangat dan prinsip demokradsi.
  3. Siswa-dan siswi buta tentang kesedaran berpolitik dan kesedaran sivil.

Bila mereka menjadi siswazah... maka inilah akibatnya = Orang Melayu tertinggi tidak daftar sebagai pemilih

Apa pun... SELAMAT BERJUANG mahasiswa-mahasiswi!!! Selamat menempuh PRK 2007!!!

Fokus pada matlamat, rancang secara strategik, pelaksanaan ikut yang dirancang dan terus fokus pada matlamat. Jangan peduli pada sebarang provokasi atau propaganda murahan.


Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?