Photobucket - Video and Image Hosting

Monday, September 17, 2007

RAKYAT KELANTAN TIDAK BODOH

Baru-baru ni Kitaro ke Kelantan dengan menaiki flight MAS. Setibanya di Lapangan Terbang Kota Bharu, Kitaro terasa lapar kerana sepanjang bermusafir, Kitaro belum menjamah sebarang makanan lalu terfikir untuk makan tengahari.

Lantas menuju ke restoran KFC. Terkejut rasanya kerana buat pertama kali Kitaro melihat KFC tutup pada siang hari.


Oohhh... patutlah tutup kerana menghormati solat Jumaat. Hasilnya, ia memberi ruang kepada pekerja KFC pergi solat Jumaat bagitu juga rakyat-rakyat yang lain supaya tak berpeluang ponteng solat Jumaat kerana makan KFC (nasib baik Kitaro sedang musafir).

Peringatan! Persekitaran begini takkan ditemui di negeri-negeri lain.

Mungkin ini sebabnya rakyat Kelantan tak nak pada UMNO

Baru-baru ini, sempena lawatan Pak Lah ke Kelantan, akhbar NST menyiarkan laporan satu muka bertajuk: Who will win Kelantan is anybody's guess

Penulis laporan tersebut; Zabidi Ishar setelah mengulas berkenaan sejarah politik Umno dan PAS di negeri Serambi Mekah itu. Beliau terus menjurus kepada ulasan dua orang kuat masing-masing parti iaitu Annuar Musa dan Husam Musa (anak-anak Musa kata MSO). Annuar seperti biasa terus ghairah dengan mengatakan tidak ada sebab mengapa Umno tidak boleh menumbangkan PAS kali ini (saya percaya inilah ucapan yang sama diucapkannya pada pilihnaraya 95, 99 dan 2004 lalu). Husam pula berkata rakyat Kelantan sudah muak dengan Umno.

Dan MB Kelantan Tok Guru Nik Abd Aziz pula dipetik sebagai berkata bahawa: (dengan nada Annuar) Tidak ada sebab rakyat menolak PAS kerana PAS telah berkhidmat dengan sebaik mungkin kepada rakyat dan tidak pernah mengkhianati mereka.

Dari tokoh-tokoh besar itu, Zabidi memuatkan pula pandangan seorang tukang emas, rakyat tempatan, Asri Yaakub 42, yang berkata bahawa beliau yakin rakyat Kelantan akan setia kepada kepimpinan ulamak yang ada. Tambahnya:

Rakyat Kelantan kini memperolehi apa yang tidak pernah kami rasai sepanjang pemerintahan BN dulu.

Dan sebagai penutup dimuatkan pula ulasan tokoh veteran Umno, Tan Sri Hussien Ahmad yang berkata:

Umno memang telah melakukan beberapa lonjakkan namun ianya belum begitu kuat bagi memungkinkan (parti itu) berkuasa. Apa yang saya nyatakan ini memang tidak akan disenangi oleh sesetengah pihak, tetapi ia merupakan realiti yang perlu diterima.

Malah tambah Hussien lagi rakyat Kelantan memerlukan seorang Mr Clean untuk mentadbir negeri ini, dan ternyata BN tiada tokohnya.

Siapa Mr. Clean? Pak Lah atau Tok Guru Nik Aziz??? Rakyat Kelantan tidak bodoh!


Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?