Photobucket - Video and Image Hosting

Thursday, September 27, 2007

Semalam, Kitaro menyertai perarakan peguam-peguam ke Putrajaya untuk menyatakan bantahan terhadap krisis kehakiman yang sedang kritikal melanda negara. Apa yang menarik ialah, Kitaro ingin memetik kata Presiden Majlis Peguam, Ambiga Sreenevasan;

"Lawyers don't walk everyday. Not even every month. Not even every year. But when they walk, then something must be very wrong."

(Peguam tidak berdemonstrasi setiap hari. Tidak setiap bulan. Malah tidak setiap tahun. Tetapi bila mereka berdemonstrasi, mesti ada sesuatu yang tak kena!!!"

Kata-kata itu diucap di hadapan lebih 1000 peguam yang juga merupakan ahli Majlis Peguam serta pemimpin parti politik, NGO dan rakyat kebanyakan. Perarakan dibuat menuju ke pejabat Perdana Menteri dan menyerahkan 2 memorandum;

1. Memorandum menuntut kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Di Raja untuk menangani isu kontroversi yang melibatkan Ketua Hakim Negara melalui pembongkaran rakaman Lingam dan

2. Memorandum menuntut penubuhan suruhanjaya perlantikan dan kenaikan pangkat


Sebelum ini orang kata demonstrasi menyalahi undang-undang... kali ini orang yang tahu, arif, pakar dan hidup dalam undang-undang berdemonstrasi. Amacam?

Apa isu yang berlaku? Isu ini membabitkan rakaman yang didedakan oleh DSAI mengenai dialog telefon seorang peguam terkenal bernama Lingam tentang percaturan untuk melantik Ketua Hakim Negara pada tahun 2002. Ketua Hakim yang akan dilantik bertugas untuk menjaga survival politik UMNO dan akan dibayar dengan anugerah Tun.

Timbul dakwaan bahawa orang yang Lingam sedang bercakap ialah Tun Fairuz sendiri (Ketua Hakim Negara) sekarang dan terdapat beberapa menteri yang didakwa terlibat dalam mengatur perlantikan Ketua Hakim Negara.

Apa masalahnya? Kitaro tak ambik peduli siapa Lingam, siapa yang Lingam sedang bercakap dan siapa menteri terlibat sebab yang paling utama ialah dakwaan telah ada maka siasatan perlu dibuat kerana ini melibatkan sistem kehakiman negara.

Siasatan pula mestilah adil. Oleh itu, kalau kerajaan sendiri yang siasat, apa jaminan mereka akan adil kerana besar kemungkinan mereka akan siasat ala kadar untuk 'cuci tangan'! Contohnya, Nazri Aziz menyatakan kes ini selesai kerana Ketua Hakim Negara yang didakwa terlibat menafikannya. Eh? Mengapa yang didakwa yang ditanya kerana jika benar dia bersalah sekalipun, takkan dia nak mengkantoikan diri?

Seharusnya ditanya pada pihak 'whistle blower' atau yang mendakwa kerana mereka yang akan bertanggungjawab membuktikannya. Kenapa tak tanya? Adakah bimbang jika didedahkan lebih banyak bukti dan pembongkaran?

Kenapa Suruhanjaya Di Raja? Kerana dalam sistem negara kita, satu-satunya kuasa yang mengatasi kerajaan yang memerintah dan tidak berpihak ialah kuasa di raja. Oleh itu, siasatan yang dibuat mempunyai ruang ketelusan, adil dan tidak berpihak.

Ada apa dengan sistem kehakiman? Dalam negara kita, terdapat pembahagian kuasa dalam memastikan pemerintahan yang adil dan saksama iaitu kuasa legislatif (parlimen yang menggubal dasar dan undang-undang negara), kuasa eksekutif (menteri-menteri yang melaksanakan dasar) dan judisiari (kehakiman yang memastikan dasar dilaksanakan secara adil dan mengikut lunas undang-undang).

Jika kehakiman sudah bersubahat dengan eksekutif, apa lagi yang kita harapkan untuk memastikan wujudnya keadilan dan pemerintah mengikut lunas undang-undang?


Comments:
lori fru 2 gambar waktu demo kelmarin gak ke?
kalau betol lah..polis ni dengan sume org dia takut ke? drpd lawyer, rakyat sampai ke bdk2 U demo sume depa susah hati..

erm, kitaro sertai perarakan peguam? kitaro peguam ke ek?
 
Yup. Itu FRU semasa perarakan tersebut. Kitaro adalah siswazah undang-undang tapi bukan peguam :)

Perarakan tersebut terbuka untuk semua rakyat Malaysia.
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?