Photobucket - Video and Image Hosting

Tuesday, November 20, 2007

POLIS? BPR? SIAPA MEREKA?



Semua akhbar-akhbar tempatan kecuali Utusan Malaysia telah melaporkan sidang akhbar yang dipanggil oleh seorang peguam dan bekas ahli Parlimen Bukit Bintang, Sdr Wee Chee Keong semalam. Laporannya boleh didapat dalam akhbar-akhbar

Dalam sidang akhbar tersebut, Wee telah mendedahkan laporan polis yang dibuat oleh adik peguam kontroversial VK Lingam iaitu V.Thirunama Karasa, 49 tahun, di Balai Polis Brickfield pada 19 Mac lalu (sebelum itu satu lagi laporan telahpun dibuat pada 16 Mac di balai yang sama).

Antara kandungannya:

Beliau menyaksikan Lingam menyerahkan sekeping cek bernilai RM50,000 kepada seorang hakim Mahkamah Perusahaan.

Beliau membantu dalam menjayakan sebuah majlis makan malam yang dianjurkan oleh Lingam untuk seorang bekas Ketua Hakim Malaya dan keluarganya. Turut hadir seorang bekas Ketua Mahkamah Rayuan dan isterinya.

Beliau diarahkan menyerahkan sebuah beg kulit baru yang di dalamnya mengandungi beberapa dokumen, dompet dan beg tangan kulit untuk wanita ke rumah seorang hakim kanan

Beliau telah beberapa kali menghantar Lingam ke rumah seorang bekas Ketua Hakim Malaya sekita jam 11.30 malam dan setiap kali Lingam akan keluar dari rumah tersebut sekitar jam 12.30 malam atau 1 pagi

Beliau pernah diarahkan menghantar sebuah beg yang berat kepada seorang hakim Mahkamah Rayuan.

Beliau dan seorang rakan pernah menghantar dua buah telefon bimbit baru ek seorang Hakim Mahkamah Rayuan

Beliau pernah diberi wang tunai untuk mebayar bil telefon bimbit seorang bekas Ketua Polis Negara


Menurut blog
Roslan SMS, beliau memetikan antara lain kandungan laporan polis bertarikh 19 Mac 2007 tersebut iaitu;

I WAS USED BY MY BROTHER V. KANAGALINGAM TO CORRUPT THE FORMER CHIEF JUDGE TUN EUSOFF CHIN, THE FORMER ATTORNEY GENERAL TAN SRI MOHTAR ABDULLAH, THE FORMER IGP TAN SRI RAHIM NOOR, THE PRESENT COURT OF APPEAL JUDGES DATUK MOHTAR SIDIN, THE PRESENT COURT OF APPEAL JUDGE DATO LOW HOP BING AND A FORMER JUDGE DATO K.L REKRAJ

Saya diperalatkan oleh abang saya V. Kanagalingam untuk merasuah bekas Ketua Hakim Tun Eusoff Chin, bekas Peguam Negara Tan Sri Mohtar Abdullah, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor, Hakim Mahkamah Rayuan kini Dato Low Hop Bing dan bekas Hakim Dato K.L Rekraj

IN 1995 I WITNESS A DINNER HOSTED BY MY BROTHER DATO V. KANAGALINGAM AT HIS HOUSE NO 1 JALAN SS 7/24 KELANA JAYA 47301 PJ FOR THE FORMER CHIEF JUDGE TUN EUSOFF CHIN'S WIFE AND CHILDREN WERE PRESENT. ALSO PRESENT IN THIS DINNER WERE THE FORMER COURT OF APPEAL PRESIDENT TAN SRI LAMIN YUNUS AND HIS WIFE

Pada tahun 1995 saya menjadi saksi kepada majlis makan malam yang dianjurkan oleh abang saya Dato V. Kanagalingam di rumahnya di No. 1 Jalan SS 7/24 Kelana Jaya 47301 PJ untuk bekas Ketua Hakim Negara Tun Eusoff Chin. Isteri dan anak-anaknya juga hadir. Turut hadir dalam majlis makan malam itu adalah bekas Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Lamin Yunus dan isteri.

Rasanya, Dato' Yusof Haslam kena buat satu episod Gerak Khas tentang betapa gagalnya Polis dan juga BPR dalam menangani isu rasuah dalam negara.

The Thing Speaks by Itself

Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?