Photobucket - Video and Image Hosting

Wednesday, December 26, 2007

ISA... APA KATA RAKYAT MALAYSIA

Kata seorang negarawan yang juga mantan PM Malaysia tentang ISA;

Baru-baru ni bertempat di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya bekas PM Tun Dr. Mahathir telah ditanya berkenaan ISA. Beliau yang semasa kepimpinannya dahulu pernah menggunakan ISA terhadap para penentang dan pengkritiknya telah memberikan reaksi yang sangat tajam dan mendalam maknanya (sebagaimana kata Dato Mustapha Ali, dalam bahasa Tun Dr M).

Kata Tun (beliau memberikan kenyataannya dalam Bahasa Inggeris):

"It is up to the government and the people to decide this. You see we are a democratic country. If the people selected to lead are the people who support the use of ISA, then they will use it. The choice is yours."

Terpulanglah kepada kerajaan dan rakyat untuk memutuskan. Kita adalah sebuah negara demokrasi. Jika yang dipilih oleh rakyat adalah mereka yang menyokong penggunaan ISA, maka mereka akan menggunakannya. Pilihannya terletak pada anda.

Kata seorang anak Raja tentang ISA;

Dalam NST 23 Disember dimuatkan temuramah Syed Nazri dan Jeniffer Gomez dari akhbar tersebut bersama Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah. Salah satu soalan yang diajukan kepada Raja Nazrin adalah berkenaan ISA. ISA dikatakan suautu alat bagi kerajaan untuk bertindak terhadap mereka yang mengancam ketenteraman awam dan keselamatan negara, komen beliau:



"I hope it is used very sparingly, if at all, and only when there is a genuine threat to national security. It should never be used to stifle dissent."

Saya berharap ianya mestilah dikawal penggunaanya jikapun perlu digunakan ianya mestilah ketika berlaku ancaman yang sebenar terhadap keselmatan negara. Ia tidak wajar digunakan untuk mengekang perbezaan pendapat.

Kata rakyat Malaysia tentang ISA...


Setakat 50 tahun merdeka... rakyat masih memilih BN yang nyata menerima pakai ISA. Adakah ini bermakna rakyat Malaysia redha dengan ISA???

The Thing Speaks by Itself

Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?