Photobucket - Video and Image Hosting

Wednesday, January 23, 2008

MEGATRON VS. OPTIMUS PRIME




Optimus Prime merupakan pemimpin yang diagung-agungkan oleh para Autobots. Kehebatannya merangkumi pemikiran strategik dan leading by example. Optimus terkenal kerana keberaniannya dan dan sanggup berkorban demi kebenaran. Optimus Prime dipatuhi kerana hormat dan rasa tanggungjawab di kalangan pengikutnya.

Megatron pula merupakan ketua kepada Decepticon. Megatron terkenal kerana kekejamannya menindas sesiapa sahaja yang menghalang apa jua kehendaknya. Megatron dipatuhi pengikutnya kerana takut.


Setiap kali berlaku pertempuran antara Optimus dan Megatron... dunia bergegar dan bergegak gempita.

Menjelang hujung Februari atau pada bulan Mac, Malaysia bakal bergegar kerana pertembungan kuasa-kuasa besar politik negara. Kita semua tahu siapa yang membawa watak Megatron kerana sikap mereka yang menindas rakyat atas nama kerajaan dan kononnnya 'kepentingan ralyat'. Namun, adakah kita sudah dapat menjangka siapakah yang membawa watak Optimus Prime?


Read more!

Wednesday, January 09, 2008

DSAI DAN 5 KUALITI MAHASISWA

Semalam, 8 Januari 2008 bertempat di Regional Outlokk Forum, Singapura... Anwar Ibrahim mula menunjukkan fikrahnya terhadap Islam dan politik. Pandangan Anwar Ibrahim cukup menarik dan menggambarkan Islam dengan cara yang penuh diplomasi dengan berkata;

"... the distinguishing marks of a democratic polity, such as human rights, rule of law and constitutionalism are 'moral imperatives of Islam too'... "

Anwar Ibrahim menjelaskan tatkala dunia membicarakan soal hak asasi manusia, prinsip keadilan undang-undang dan perlembagaan... hakikatnya ia adalah elemen yang amat penting di dalam Islam.

Anwar Ibrahim juga menerangkan bahawa sistem politik Islam adalah selari dengan prinsip demokrasi dan tidak sesekali menerima pendekatan autokrasi.

"If we were to look at the issue of Islam and democracy from the empirical angle, I dare say the threat to democracy is not Islam at all"

Anwar Ibrahim menyimulakn tentang kesempurnaan Islam dengan berkata tiada sebab demokrasi adalah bertentangan dengan Islam dan Islam adalah agama universal. Katanya;

"I am convinced that there are no foundational reasons as to why democracy should be opposed to Islam or vice versa.

"Islam is universal but if the notion of this universalism is to mean anything, it would require that its values of justice, compassion and tolerance be practised everywhere."

Inilah kualiti yang dimiliki oleh DSAI. Beliau adalah seorang tokoh dunia, pemimpin yang diterima oleh pelbagai kaum, agama dan bangsa. Dan perlu diingat... kualiti ini dibina oleh beliau sejak di zaman mahasiswa.

Justeru... soalan buat para mahasiswa hari ini, adakah anda sedang membina kualiti diri yang cukup bagi mendepani cabaran politik masa depan? Mahasiswa perlu mempersiapkan diri dengan kualiti berikut;
  1. Jaringan kenalan yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang politik
  2. Kemahiran komunikasi seperti pidato awam, public relation, seni perundingan dan mempengaruhi
  3. Teknik-teknik berfikir secara analytikal, kreatif, kritis dan positif.
  4. Kemampuan mengurus organisasi secara efektif, merancang dan mengurus dengan strategik
  5. Pengurusan diri yang legkap merangkumi fizikal dan mental

Kitaro percaya, mahasiswa hari ini mungkin dapat mengecapi kauliti-kualiti di atas dengan menceburkan diri dalam dunia aktivisma mahasiswa. Sebabnya cukup jelas... segala kualiti di atas takkan diperolehi dalam kelas dan dewan kuliah. Namun, buat para aktivis, anda tidak hars complacent... buat koreksi diri samada anda sedang dalam progres ke arah memiliki kualiti di atas. Jika belum, buat post-moterm mengapa gagal dan rancang apakah yang mesti dilakukan.

Moga Malaysia di masa depan bakal dipimpin oleh siswazah yang punya kualiti... bukannya mereka yang hanya mula belajar cara mengurus negara hanya tatkala di saat mula memerintah negara.


Read more!

Thursday, January 03, 2008

JAWATAN KOSONG


Jawatan:
MENTERI KESIHATAN

Faedah:
Buat video sex, minta maaf, letak jawatan dan dijamin anda terlepas.
Perdana Menteri hanya akan kata, "WAJAR..."

Read more!

This page is powered by Blogger. Isn't yours?