Photobucket - Video and Image Hosting

Wednesday, January 23, 2008

MEGATRON VS. OPTIMUS PRIME




Optimus Prime merupakan pemimpin yang diagung-agungkan oleh para Autobots. Kehebatannya merangkumi pemikiran strategik dan leading by example. Optimus terkenal kerana keberaniannya dan dan sanggup berkorban demi kebenaran. Optimus Prime dipatuhi kerana hormat dan rasa tanggungjawab di kalangan pengikutnya.

Megatron pula merupakan ketua kepada Decepticon. Megatron terkenal kerana kekejamannya menindas sesiapa sahaja yang menghalang apa jua kehendaknya. Megatron dipatuhi pengikutnya kerana takut.


Setiap kali berlaku pertempuran antara Optimus dan Megatron... dunia bergegar dan bergegak gempita.

Menjelang hujung Februari atau pada bulan Mac, Malaysia bakal bergegar kerana pertembungan kuasa-kuasa besar politik negara. Kita semua tahu siapa yang membawa watak Megatron kerana sikap mereka yang menindas rakyat atas nama kerajaan dan kononnnya 'kepentingan ralyat'. Namun, adakah kita sudah dapat menjangka siapakah yang membawa watak Optimus Prime?


Comments:
Cukup kreatif pemikiran nta ini. Saya pun patut berfikir kerana saya sudah bersuai 24 tahun dan layak mengundi.

http://zainulfaqar.wordpress.com
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?