Photobucket - Video and Image Hosting

Monday, April 07, 2008

DOLLAH OH DOLLAH, STOP BANGAUING!

UMNO oh UMNO,
Kenapa engkau kalah,
Macamana UMNO tak kalah,
Anwar kritik Pak Lah.

Dollah oh Dollah,
Kenapa engkau lembik
Macamana Dolah tak lembik,
Dr. M selalu kritik.

UMNO oh UMNO,
Kenapa tak dapat Kelantan,
Macamana nak dapat Kelantan,
Ku Li buat setan.

BA oh BA kenapa engkau menang,
Macamana aku tak menang,
Memang sasar nak menang!


Sangka Kitaro bila BN / UMNO gagal merampas Kelantan dan hilang 4 negeri (Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang), maka UMNO khasnya akan insaf.

Insaf dari rasa bongkak kononnya merekalah yang layak berkuasa
Insaf dari menggubal undang-undang sesuka hati
Insaf dari menaikkan harga barang sesuaka hati
Insaf dari menangkap dan memenjarakan orang sesuka hati
Insaf dari mengguna harta rakyat umpama harta mak bapak mereka
Insaf dari menggunakan segala harta kerajaan khususnya media untuk kepentingan parti
Insaf dan sedar bahawa parti UMNO perlu dibuat reformasi besar-besaran
Insaf dari berlagak kononnya apa yang mereka buat semuanya betul

Namun sejak Kitaro menonton Buletin Utama semalam sehinggalah membaca akhbar hari ini, rupanya UMNO tidak pernah insaf.

UMNO melalui Presidennya hanyut dalam 'sindrom denial'. Sindrom Denial ialah penyakit enggan menerima hakikat dan menerima kesalahan diri.

Setelah keputusan menggemparkan politik Malaysia 8 Mac lalu, maka Dolah muncul bersama yang lain dengan hanya satu maksud: MENYALAHKAN ORANG LAIN!

Dollah dan konco-konconya menyalahkan Tun Dr. M kerana kritikan-kritikan sinisnya
Dollah dan konco-konconya menempelak Anwar kerana menggugat kedudukan UMNO
Dollah dan konco-konconya menuding jari pada Ku Li sebagai punca utama kekalahan di Kelantan


Apa yang pasti, UMNO kini berada dalam strategi kuno mereka iaitu menggunakan segala media untuk divert (mengalih pandangan) rakyat dari melihat kelemahan Dollah kepada kesalahan orang lain.

Rakyat Malaysia telah melihat bagaimana Tun Dr. M membuktikan kewibawaannya semasa lebih 10 tahun memerintah Malaysia. Anwar telah membuktikan karismanya memobilasikan kuasa rakyat ke arah perubahan, Ku Li telah membuktikan beliau tidak pernah kalah di Gua Musang lebih 18 tahun yang lalu.

Dollah pula telah buktikan dakwaan orang bahawa Dollah lembik, tak pandai memerintah, kaki tidur, cakap tak serupa bikin dsb sebagai satu kebenaran.

Dollah tak pernah berjaya membuktikan sebaliknya. Maka Dollah, Kitaro lebih yakin jika Rafidah menjadi PM berbanding Dollah yang terbukti lemah dan incompetent.


Comments:
Great work.
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?