Photobucket - Video and Image Hosting

Tuesday, April 01, 2008

SELANGOR DARUL EHSAN

Semalam Kitaro bertandang ke Stadium Malawati Shah Alam kerana mahu menjadi saksi kepada hari bersejarah buat pertama kali laungan azan, takbir dan alunan Qur'an bergema di stadium tersebut.

Kehadiran memang luar biasa. Bila para makmum sujud menyembah Allah, air mata Kitaro hampir mengalir keluar kerana terharu melihat betapa hebatnya nikmat kemenangan.




Semangat Kitaro kemudian menjadi berkobar-kobar kerana para hadirin menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh semangat disusuli dengan nyanyian lagu tema PAsti Islam Se-Malaysia. Ini membuktikan walaupun menyokong pembangkang (tidak lagi di Selangor), tidak bererti kita tiada semangat cintakan negara. Malah, kerana kita cintakan negara maka kita menyokong pembangkang yang dinilai melalui pertimbangan ilmu dan rasional dan UMNO mesti ditentang habis-habisan.

Kitaro terfikir, memang BN / UMNO patut kalah kerana dalam sejarah Selangor sejak sebelum dan selepas merdeka, mana-mana stadium yang mereka bina tidak pernah di'imarahkan dengan aktiviti pembinaan insaniah... walaupun Paklah melaungkan pembangunan insan sana-sini!

Kitaro teringat sejarah 1990 bila PAS / APU mula-mula merampas semula Kelantan. 1001 rintangan dan serangan ditabur dari segenap penjuru. Kini, suasana berbeza. Sekurang-kurangnya, Barisan Rakyat punya 1 kelebihan internal dan satu kelebihan external;

  1. Internal: Menguasai 5 negeri. Jika Kelantan diserang, akan ada 4 negeri bakal menyerang semula. Cubalah kalau berani.

  2. External: UMNO/ BN tiada lagi majoriti 2/3 di parlimen. Kini undang-undang bukan lagi boleh digubal sesuka hati mereka!

Kini ruang mengisi kemenangan sudah terbentang. Pengalaman AKP di Turki dan Hamas di Palestin membuktikan mengisi kemenangan tidak semudah mencapai kemenangan. Ayuh susun barisan, mantapkan jemaah, perkukuhkan ukhuwwah, realisasikan perancangan, perhebatkan tindakan! Allahu Akbar!!! Reformasi!!!


Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?