Wednesday, August 30, 2006
ALTERNATIF
Tiba-tiba Kitaro berkata pada diri sendiri dan ingin berkongsi dengan anda, "Mereka yang sedar, cerdik dan bijak sudah muak dan bosan dengan karenah pemerintah hari ini yang ternyata korup. Tetapi rakyat tiada pilihan lain kerana setakat ini, tiada 'produk' yang boleh menandingi dan memperoleh kepercayaan 'pembeli' produk UMNO / BN."
Dalam entri Pakdi bertarikh 29 Ogos 2006, dia menulis;
"Soalan untuk difikirkan bersama oleh para pencinta Islam sekaliannya.
Sekiranya PAS berjaya memerintah Islam dalam pilihan raya akan datang, apakah yang akan terjadi dengan RTM keesokan harinya?
Soalan ini pernah ditujukan kepada kawan-kawan. Dan belum ada jawapan yang munasabah dapat didengari. Apakah ini antara tanda PAS belum bersedia untuk memerintah negara?"
Atas rasa sedar dan dengan penuh hormat, Kitaro amat bersetuju dengan lontaran yang dikemukakan oleh Pakdi. Sebenarnya Kitaro juga pernah mengutarakan persoalan sama dalam menegur PAS sebagai wadah Alternatif rakyat. Dalam tulisan Kitaro itu, Kitaro menyatakan;
"Agaknya bila PAS/BA memerintah, apakah bentuk hiburan yang ditonjolkan jika taman tema seperti Disneyland pun dipandang serong? PAS mahu membentuk kerajaan alternatif, tetapi gagal mengemukakan pendekatan altrnatif yang meyakinkan rakyat. Kalau beginilah sikap pimpinan tertinggi PAS, sampai bila pun PAS tidak akan dapat memenangi hati rakyat seterusnya menerajui pemerintahan Malaysia. Akhirnya, UMNO terus berkuasa dengan amalan korup dan meminggirkan kepentingan rakyat!"
Kitaro juga ketika membenatangkan kertas kerja dan beberapa siri dialog dalam program-program rasmi pernah melontarkan padangan untuk PAS memenangi hati rakyat sekaligus memerintah Malaysia, apakah model pemerintahan yang ditawarkan? Jika PAS memerintah;
1. Adakah nak HARAMkan Siti Nurhaliza dari mengadakan persembahan.
2. Selain RTM, apakah kedudukan syarikat-syarikat penyiaran swasta seperti TV3, NTV7, Channel 9 mahupun Astro?
3. Adakah tiap-tiap hari rakyat akan dihidangkan dengan nasyid dan ceramah sahaja?
Samada 'Ya' ataupun 'Tidak' atau apa sahaja jawapan kepada persoalan di atas, apakah persiapan praktikel + realistik yang dilakukan HARI INI untuk menghadapi HARI ESOK?
Kitaro bukan mahu mengaibkan satu-satunya parti Islam di Malaysia, Kitaro memetik kenyataan di awal tulisan ini bahawa Kitaro sudah muak dan bosan dengan karenah pemerintah hari yang ternyata korup. Tetapi rakyat tiada pilihan lain kerana setakat ini, tiada 'produk' yang boleh menandingi dan memperoleh kepercayaan 'pembeli' produk UMNO / BN.