Photobucket - Video and Image Hosting

Monday, March 12, 2007

LAGI LAGI BLOGGERS KENA SERANG

Menurut satu artikel dari majalah The Times tahun lalu, dilaporkan bahawa antara faktor utama kemenangan Bush sebagai Presiden Amerika untuk penggal kedua ialah sokongan dan propaganda bloggers khasnya di Amerika.

Dalam erti kata lain, bloggers mempunyai pengaruh besar dalam menentukan lanskap politik sesebuah negara.

Di Malaysia, realiti kuasa bloggers kian dirasai. Natijahnya, para politikus semakin rasa tergugat dengan kewujudan bloggers. Paluan gendang berupa rentak 'serangan' ke atas bloggers dimulak dengan kenyataan Perdana Menteri yang mendakwa bahawa para bloggers sebagai 'pembohong'.

Diikuti pula dengan tindakan mahkamah ke atas 2 bloggers prolifik dan Kitaro hormati;
Jeff Ooi dan Rocky's Bru.

Di kala para bloggers didakwa sebagai pembohong, tiba-tiba Kitaro keliru dengan definisi berbohong. Menurut Kamus Dewan, bohong ertinya berlainan drpd yg sebenarnya (cerita, keadaan, dll), dusta, karut, palsu. Tetapi bila timbul isu
hadiah pertandingan MyKad ditarik balik, 'bohong' mengikut definisi sebenar seolah satu ;bohongan' kerana mereka yang para menteri bertanggungjawab bersusah payah membela diri dan dibela PM serta TPM. Akhirnya, rakyat juga dipersalahkan kerana tidak patriotik, tidak ada kesedaran sivik dan 'rubbish'!

Kini, muncul lagi Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tengku (Teuku) Adnan Tengku (Teuku) Mansor Khamis lalu (8 Mac) menyifatkan pengendali blog (bloggers) 'pembohong' dan 80 peratus daripada mereka adalah wanita yang tidak mempunyai pekerjaan.

"Kesemua bloggers adalah pembohong, mereka menipu orang ramai dengan menggunakan pelbagai helah. Berdasarkan apa yang saya difahamkan, dari 10,000 bloggers yang menganggur, 8,000 adalah wanita."

1. Mana kajian yang didakwa itu? Siapa yang mengkaji? Mana sumbernya?
2. Takut sangatkah Menteri kepada para bloggers sehingga terpaksa meletakkan wanita dan penganggur sebagai scape goat?
3. Tengku Adnan lupa bahawa dia bahawa dia juga seorang penipu. Lupakah anda kepada pendedahan pilihanraya umum ke-11 lalu apabila dibongkarkan bukti-bukti kad pengenalan Tengku Adnan bahawa nama asalnya tiada 'Tengku'. Tetapi oleh kerana kuasa politik dan kable yang diperalatkannya, sehingga kini dia menipu seluruh rakyat Malaysia kononnya dia seorang 'Tengku'!

Buat akhirnya, kepada para pelayar yang teringin untuk mencipta blog sendiri... lupakan sahaja kerana walau hebat mana anda mengkaji, menyelidik, menganalisa dan menulis... anda tetap seorang PENIPU, PEMBOHONG!

Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?