Photobucket - Video and Image Hosting

Thursday, October 26, 2006

TAHNIAH PAK LAH...?

Laporan terkini oleh Reporters Without Borders’(RSF) 2006 World Press Freedom Index telah mencatatkan peningkatan memberangsangkan prestasi demokrasi Malaysia dalam konteks kebebsan media.

Menurut laporan tersebut, Malaysia telah meningkat ke ranking 92 untuk tahun 2006 berbanding 112 pada tahun 2005 iaitu selepas 1 tahun Pak Lah sebagai PM. Menurut laporan Malaysiakini.com, ini adalah pertama kali Malaysia mengatasi Singapura (146), Filipina (142), Thailand (122) dan Indonesia (103). Kitaro merasakan terdapat misleading dalam hal tersebut kerana pada tahun 2002, 2003 dan 2004 masing-masing menunjukkan Malaysia mengatasi Singapura kecuali Thailand, Indonesia dan Filipina. Dalam erti kata lain, lebih tepat ialah Malaysia buat pertama kali mengatasi Thailand, Indonesia dan Filipina untuk ranking 2006. Moga-moga Malaysiakini lebih teliti dalam membuat laporan pada masa akan datang. itaro percaya pada kredibiliti dan keupayaan Malaysiakini.

Tetapi yang menarik ialah ruang demokrasi di Timor Leste lebih baik berbanding Malaysia kerana mereka berada satu tangga lebih tinggi berbanding Malaysia. Apa pun, Pak Lah layak menerima sekalung tahniah untuk pencapaian ini.;

Tun Dr. M hampeh gak?
Berita baik untuk mahasiswa?


Daripada perangkaan di atas, perkara lain yang lebih menarik ialah pada tahun
2002, Malaysia berada di tangga ke-110, 2003 meningkat ke-105, 2004 merudum ke tangga 122. 2005 pula menyaksikan Malaysia naik ke tangga 113.

Di sini, Kitaro ingin membangkitkan 2 perkara;

1. Dr. M sering mengkritik pentadbiran Pak Lah dan mencerminkan Pak Lah sebagai seorang PM yang lemah. Mungkin benar dan mungkin salah. Tetapi Dr. M juga wajar melihat pada diri sendiri bagaimana prestasinya dalam menyuburkan demokrasi sewaktu sebagai PM. Prestasi Malaysia dalam kontek kebebasan akhbar amat memalukan terutama pada tahun antara 2002 hingga 2004.

Adakah anda perasaan, berdasarkan perangkaan fakta, tatkala Pak Lah dinobat sebagai PM pada 2004, Malaysia menunjukkan peningkatan prestasi hinggalah pada tahun 2006.

Adakah ini membezakan di antara Pak Lah dan Dr. M? Dari satu sudut, kelihatan Pak Lah seolah lebih demokratik berbanding Dr. M. Jika Pak Lah bertindak seperti Dr. M hari ini dan Dr. M sebagai PM, adakah Pak Lah akan bebas mengkritik kerajaan sepertimana Dr. M hari ini?

2. Jika prestasi Malaysia dalam kebebasan akhbar semakin baik sekalipun, mungkinkah mahasiswa mempunyai kebebasan memiliki media tersendiri seperti Gema Siswa, Mahasiswa Negara dsb sepertimana zaman 60an dahulu? Yang ada hari ini hanyalah Akhbar Mahasiswa terbitan koliasi BTN, Pemuda UMNO dan beberapa tenaga Aspirasi yang bersifat berat sebelah, karut marut dan tidak menggambarkan idealism perjuangan mahasiswa.

Setahu Kitaro, telah ramai rakan-rakan Kitaro samada Melayu, Cina mahupun India yang dikenakan tindakan kerana kononnya menyebarkan risalah melwan kerajaan.

MPP terpaksa berhadapan karenah birokrasi pentadbiran universiti untuk menghasilkan sebarang penerbitan. Isi kandungan ditapis, itu tak boleh, ini tak boleh.

Malah AUKU dalam peruntukkannya melarang sebarang penerbitan risalah tanpa kelulusan TNC.

Dari satu sudut, mungkin kebebasan media di Malaysia semakin meningkat rentetan dari segelintir media bebas mempersoal kedudukan Islam di Malaysia seperti dalam isu Muhammad @ Moorthy, Artikel 121 (1A), Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.

Pada sudut yang berbeza, mungkin ini adalah satu peluang buat pejuang keadilan samada ahli politik, aktivis sosial mahupun mahasiswa mengecapi kebebasan untuk bersuara melalui media jika disusuli langkah bijak dan efektif.

Pokok pangkalnya, Kitaro teringat kata keramat pemimpin Turki, Tayyip Erdogan; "Frredom of Expression does not justify Freedom to insult!"

Read more!

WAKIL RAKYATKU

Kitaro tak tahu nak jelaskan macamana, tapi sejak akhir-akhir ini Kitaro agak meluat bila melihat dan memikirkan wakil-wakil rakyat di Malaysia. Mereka tak ubah hanya sebagai 'plitikus-politikus', 'politibai-politibai' dan 'politipu-politipu' yang hanya tahu berselindung di sebalik janji kosong.

Namun, 'kemeluatan' itu seolah terhakis tatkala melihat kerja kuat wakil rakyat DUN Kijang di mana salah seorang rakyatnya adalah Kitaro. Wakil rakyat ini tanpa sebarang protokol, dengan sendiri pergi ke rumah rakyat menghulurkan bantuan Hari Raya, menziarahi orang-orang tua, menghantar bakal-bakal mahasiswa di lapangan terbang, memberi kuliah Subuh di masjid dan surau berbeza tiap-tiap minggu. Di kala kesibukannya dan kesempitan masa, beliau tidak pernah meninggalkan tebiat yang sama dengan mentornya, Tok Guru Nik Aziz iaitu membaca.

Kitaro membezakan wakil rakyat ini dengan wakilk rakyat lain tidak kira samada dari PAS atau UMNO. Dia memang berbeza. BErbeza kerana kerja kuatnya, berbeza kerana sifat 'energetic'nya, berbeza kerana karismanya, bebrbeza kerana ilmunya, berbeza kerana sikapnya yang yang tidak ekslusif dan turun ke akar umbi.

Pilihanraya akana dayang, Kitaro akan tetap mengundinya bukan kerana dia PAS... tetapi kerana KUALITI yang dimiliki YB Dato' Hj. Husam Musa.

Baca juga:
Pernahkah seorang wakil rakyat meminta maaf?

Read more!

Monday, October 23, 2006

MAAF ZAHIR BATIN

1. Kepada semua penyokong Barcelona dan Liverpool, Kitaro mohon maaf kerana Man. Utd dan Real Madrid ternyata hebat dan sukar untuk ditewaskan. Pakdi... berbaloi tak ponteng waktu perdana berterawih. Hehehe

2. Kitaro juga ingin mohon maaf buat semua kawan-kawan sekampus Kitaro. Setelah sekian lama bergelar aktivis mahasiswa, Insya-Allah jika tiada aral melintang, Kitaro akan melangkah ke 'dunia baru'.

3 Selamat hari raya buat warga bloggers, pengunjung blog Kitaro dan rakan-rakan. Maaf Zahir dan Batin. Syawal memang disambut dengan kegembiraan, tetapi pemergian Ramadhan adalah tangisan buat mereka yang menghargai nilai 'bonus' oleh Allah SWT.

Baca:
Tak salah greet Deepavali
Insaf woooo...

Read more!

Tuesday, October 17, 2006

UNTUK PEMIMPIN REMAJA







Check it out!
RK Ketua Pasukan
RK Ketua Biro

Sumber:
Blog Abid Abdullah

Read more!

Monday, October 16, 2006

KEBAJIKAN RAKYAT 'KEUTAMAAN' KAMI

1. Minyak

Harga minyak dunia berada di paras terendah selepas lonjakan tertinggi Julai lalu. Berbanding kadar Julai, USD$ 78.40 dengan kadar sekarang di bawah USD$ 60 setong. Pengurangan sebanyak RM 74 setong.
Husam Musa menyimpulkannya umpama, "Liatnya harga minyak nak turun, tak seperti cepatnya naik." Pak Lah dan Najib pernah kata, jika harga minyak dinaikkan sekaligus, ia lebih baik dan lebih sedikit dari naikkan berperingkat-peringkat. Faktor utama harga minyak naik ialah kerana harga pasaran dunia melonjak.

Nah! Sekarang harga minyak jatuh. Amacam Pak Lah dan Najib? Mau turun harga minyak? Berani?

2. Air...;


Menjelang 'Eidul Fitri, rakyat Selangor dah dapat dapat
habuan raya (bukan duit raya). Maklumlah, perkkhidmatan air di Selangor adalah yang terbaik di dunia (terutama di Kelang dan Shah Alam). Rakyat tak pernah ada masalah air. Selangor Maju! Maka rakyat Selanogr kena bayar lebih untuk yang 'terbaik.' Di Malaysia, hanya Kelantan yang ada masalah air. Kata Pak Lah, Sungai Kelantan dah jadi macam aya' teh, aya' kopi!

Soalan:

1. Benarkah Sungai Kelantan seteruk yang digambar dan dilaporkan di TV3? Mungkin benar. Tetapi manakah yang lebih kotor, busuk dan meloyakan berbanding Sungai Kelang? Sungai Kelang di mana? Kelantan? Kota Bharu? Pulau Melaka?

2. Kata Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Keng Yaik, "...beliau memberi jaminan bahawa kenaikan itu tidak akan membebankan golongan berpendapatan rendah yang mewakili 42 peratus daripada jumlah penduduk di kawasan itu."

Jaminan macaman tu? Kos sara hidup turun? Harga minyak turun? Harga letrik turun? Atau purata pendapatan bulanan rakyat semakin naik?

Apa kerja wakil rakyat?

Di luar sana rakyat terpaksa hidup melarat di rumah usang, 7 adik beradik menanggung derita dalam keadaan ibu mereka koma 7 bulan tanpa peduli wakil rakyat dan kerajaan. Benarlah kata Pakdi:

"Kau yang duduk di Parlimen itu, kau yang duduk disebalik timbunan buku akademik itu, kau yang duduk di pejabat Putrajaya itu, kau yang buat kerja dalam pejabat penyelidikan yang serba lengkap itu, bergaduhlah puas-puas (dalam isu Ekuiti Melayu dan DEB membantu Melayu).

Masih ada Ah Pek, Subra dan Ali yang kelaparan di Malaysia."


Mana pergi wakil rakyat? Di era globalisasi ini, tugas wakil rakyat terbahagi kepada 2;

1. Menabur janji semasa pilihanraya
2. Menabur janji ketika kawasannya dilaporkan media kerana ada rakyat menderita

Lepas tu? Lepas tu mereka mengumpul kekayaan. Yang kaya menjadi makin kaya, yang miskin akan terus menderita apa kedana.

Wahai wakil rakyat semua, sila letak jawatan. Berikan tugas anda kepada staff-staff di Bersamamu TV3 atau Tabung Kebajikan Harakah. Kewujudan anda tidak dirasai, ketiadaan anda tiada kehilangan!

Baca:

Satu daripada ribuan derita rakyat
YB Husam ucap tahniah kepada Keng Yek
Pakdi bersuara dalam isu rakyat

Read more!

Friday, October 13, 2006

KUASA

Spiderman memang hebat. Daripada seorang lelaki bernama Peter Parker yang sering dibuli, lembik dan sentiasa kurang bernasib baik, tetapi dengan kuasa labh-labah, Peter Parker menjadi manusia hebat menyelamatkan mereka yang susah dan yang tertindas.

Begitu juga Superman. 'Superman the Return' membuktikan walaupun Louis Lane pernah menulis artikel bertajuk, 'Why the World doesn't need Superman' tetapi pada akhirnya terpaksa mengakui bahawa dunia sebenarnya memerlukan penyelamat. Dengan kepantasan melebih kelajuan peluru, kemampuan melompat menjangkaui bangunan tinggi, terbang seperti burung dan kekuatan seperti lelaki besi, Superman adalah lelaki terhebat di dunia.

Persamaan antara kedua-dua superhero ini ialah kuasa yang dimiliki mereka hanya wujud jikalau mereka terus wujud. Dan hakikatnya samada Superman, Spiderman, Batman mahun Cicakman, kesemua mereka adalah khayalan. Malah jika mereka wujud sekalipun, kuasa mereka tidak boleh dimiliki oleh kita mansia biasa.

Memang benar dunia memerlukan penyelamat. Tetapi penyelamat yang diutus bukannya Superman ataupun Spiderman. Dunia telah dihadiri seorang wira bernama Muhammad bin Abdullah. Kuasanya dipelihara sehingga ke akhir zaman. Muhammad bin Abdullah tidak pernah lemah walau dicaci, disakiti mahupun dihampiri batu Kryptonite. Kuasa yang dimilikinya boleh dikongsi bersama manusia sejagat dan dengan kuasa itu juga, manusia boleh terselamat dari api Neraka dan tidak akan sesat selama-lamanya!

Selamat menyambut Nuzul Qur'an...

Semoga mereka menjadi pewaris dan penjana
generasi al-Qur'an. Bukannya mat rempit yang menyusahkan diri dan orang lain.

Read more!

PEMUDA HARAPAN BANGSA


Kitaro tak nak komen apa-apa. The picture speaks by itself. Mungkin benar antara puncanya ialah kerajaan meminggirkan agama dalam membentuk generasi muda. Soalnya, mana pergi mahasiswa di menara gading? Mana peranan persatuan-persatuan pelajar? Oh lupa... individu-individu mahasiswa sedang asyik 'menuntut ilmu'. Persatuan-persatuan terlalu syok dengan dunia sendiri. Maklumlah, kubur asing-asing...

Read more!

Wednesday, October 04, 2006

HUSAM MUSA

Beliau adalah idola dan inpirasi Kitaro untuk menjadi pemimpin yang holistik. Beliau berjaya 'integrate' dan menampilkan kepemimpinan spiritual dalam era modernisasi. Pernah memukau rakyat Malaysia dan menerima tepukan gemuruh penonton semasa menjadi panelis Debat Perdana di RTM 1.

Beliau juga digeruni sebagai Ahli Dewan Rakyat yang tidak akan bercakap kecuali mempunyai hujah fakta yang terperinci. Kini merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan, Exco Kanan Kerajaan Negeri dan dilihat sebagai bakal peneraju kepimpinan Tok Guru Nik Aziz di Kelantan.

Jom selami gaya fikiran beliau di blog
YB Husam Musa

"The Thing Speaks by Itself"

Read more!

Sunday, October 01, 2006

1 + 1 = 2

Mahasiswa tidak boleh kritik kerajaan + tak boleh sanggah kata menteri + tak boleh kritik pentadbiran universiti + AUKU = Universiti-universiti di Malaysia gagal menempatkan diri dalam ranking universiti dunia

Tidak boleh lantang bersuara + Tidak boleh buat kenyataan tanpa kebenaran FAM + tidak boleh mengkritik FAM = Bola sepak Malaysia terus merudum dalam ranking dunia. Layak Piala Dunia 2014?

Demokrasi bola sepak Malaysia
Malaysia jatuh ke ranking 148

P.S: Makluman, semalam Liverpool kalah dalam liga domestik, 2-0. Dengan Bolton lak tu. Har har har.

Read more!

This page is powered by Blogger. Isn't yours?