Photobucket - Video and Image Hosting

Tuesday, July 31, 2007

N.A.T.O.

Pernah tak anda dengar istilah "Let the Action do the Talk!!!", "Ilmu tanpa Amal Ibarat Pohon yang Tidak Berbuah"?

Pernah tak anda dengar istilah NATO atau "No Action Talk Only", "Cakap Tak Serupa Bikin"?

Istilah di atas dan di bawah merupakan 2 prinsip yang bertentangan. Asasnya, masuk utama ialah ada manusia yang

a. Suka cakap banyak tapi tak buat apa-apa.
b. Suka cakap banyak dan buat kerja @ bertindak
c. Tak cakap banyak dan banyak buat kerja @ bertindak.

Jika anda diberi pilihan mana antara manusia yang anda puji atau sekurangnya berikan perhatian, mana pilihan anda? Jika anda tanya saya, saya memilih b dan c!

Dan saya memilih untuk memberi pujian serta perhatian kepada kumpulan ini... mereka tak banyak cakap tapi mereka banyak bertindak. Mereka cakap tentang pilihanraya dan mereka bertindak dengan educate generasi muda tentang pilihanraya melalui program dialog dan kempen daftar pemilih. Tahniah Youth 4 Change!

Adik-adik Kitaro dalam GAMIS dan SMM... di mana anda?






Read more!

Wednesday, July 25, 2007

BECKS JADI FENOMENA DI AMERIKA!


Sebelum ini, jika anda ke kedai sukan khasnya Adidas... sudah pasti anda anda jumpa jersey Real Madrid, Liverpool, Chelsea, Argentina... dan anda tidak akan sesekali jumpa jersey satu kelab yang sukan bola sepak memang tak popular di negara mereka iaitu... L.A Galaxy.

Tapi bilan muncul seorang lelaki bernama David Beckham... tiba-tiba pada hari kemunculan pertamanya... sejarah tercipta apabila 27,000 orang memenuhi stadium Home Depot di Amerika. Ribuan jersey L.A Galaxy habis dijual!!!

Di kedai sukan Adidas nanti, pasti akan ada disangkut jersi-jersi L.A Galaxy untuk dijual. Hal yang sama tidak mustahil berlaku di Padang Besar, Perlis dan Rantau Panjang, Kelantan! Demikianlah fenomena David Beckham yang belum pudar popularitinya walaupun sudah berusia 32 tahun.

Barangkali, Malaysia memerlukan satu 'fenomena' baru untuk menjulang semula bolasepak negara. Tapi mampukah Malaysia melabur berjuta-juta sepertimana L.A Galaxy melabur untuk mendapatkan Beckham?

P.S: Pesawat Nuri pun baru nak tukar bila lebih 90 orang maut. Jadi tunggu saja bila kakank-kanak dan remaja Malaysia bertanya, "Bola sepak? Apa tu?" Barulah FAM akan terngadah-ngadah!

P.S lagi: Becks pun dah ada blog tau! Klik blog David Beckham

Read more!

SEKULAR SUDAH TIDAK POPULAR DI TURKI

Fakta keputusan Pilihanraya Turki yang diumumkan semalam (24 Julai 2007);

550 kerusi untuk dipertandingkan

Hanya empat parti sahaja yang meraih kejayaan iaitu;
1. Parti AK (Islam) memperolehi 341 kerusi
2. Parti Republik Rakyat (Sekular) 112 kerusi
3. Parti Tindakan Nasionalis (Nasionalis) 70 kerusi
4. Parti Bebas termasuk Kurdis (Nasionalis) 27 kerusi.

Prestasi Parti AK meningkat berbanding kemenangan semasa pilihanraya 2002 iaitu kenaikan sokongan 12 peratus.

Parti AK merupakan contoh gerakan yang menggunakan 'strategi gelombang biru' (Blue Ocean Strategy). Mereka muncul di tengah kancah politik Turki bukan dengan bersaing dengan gergasi-gergasi sekular warisan Attartuk tetapi menggunakan taktik 'flanking'.

Mereka muncul dengan membawa 'product' kebajikan dan kemasyarakatan di tengah kegagalan pemerintahan sekular memperkukuhkan ekonomi di Turki.

Sebagai sebahagian dari perjuangan menegakkan keadilan, Kitaro mengucapkan tahniah kepada Parti AK> Ya benar kita gembira dengan kemenangan mereka, tetapi apa gunanya jika kita tidak belajar dari strategi yang menjulang mereka di tengah ketebalan sekular negara mereka.

Read more!

Sunday, July 22, 2007

KARUT MARUT

Program yang menemukan seluruh kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar MPP pada 9 hingga 11 September 2007 di Esset Bangi sekali lagi menyaksikan beberapa insiden menarik.

1. Adham Baba GELABAH
Adham Baba yang merupakan 'pencatur' penting di sebalik nama KPT untuk meng'UMNO'kan kampus tiba-tiba menjadi pucat dan gelabah apabila Presiden MPP Universiti Teknikal Melaka Malaysia (UTEM) dengan berani dan dan lantang bertanya kepada Adham:

"Mengapa perlu ada kumpulan ASPIRASI pro-Umno di IPTA? Sepatutnya, kita tidak perlu ada kumpulan Asprasi pro-Umno mahupun pembangkang kerana mahasiswa wajar diberi kebebasan membina identiti dan sikap tersendiri. Mahasiswa bukan budak-budak hingusan yang terpaksa akur dengan apa saja kehendak pemerintah!!!"

Adham dengan muka yang pucat menjawab, "Jika itu yang dikehendaki mahasiswa maka pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sedia membenarkan slogan "dari mahasiswa untuk mahasiswa" diperjuangkan oleh mahasiswa. Tidak akan ada campurtangan Umno dan mana-mana parti luar".

Itu jaminan dan janji beliau?

2. Adham Baba bisu tentang isu UIA
Bila ditanya tentang isu kelewatan kelulusan kabinet MMUIA, Adham Baba membisu malah berputar alam dengan isu-isu lain untuk mengelak dari menjawab persoalan tersebut.

Malah dari gaya bahasa badan dan raut wajah Adham, beliau tidak mampu menatap wajah Presiden MPP Universiti Islam Antarabangsa Malaysia apabila ditanya tentang kelewatan pihak UIAM memberi watikah perlantikan sebagai Ahli Majlis Perwakilan Pelajar selepas pelajar bukan Aspirasi itu memenangi pilihan raya kampus yang lalu.

3. Amin Idris masih menggugat?
Kitaro tak pasti samada jawapannya 'ya' atau pun 'tidak'. Yang pasti, Kitaro mendapat tahu bahawa sahabat Kitaro iaitu Sdr. Amin Idris sudah lama meninggalkan dunia perjuangan mahasiswa dan kini sedang fokus dalam karier dan perjuangan dunia barunya.

Namun, di tengah konvensyen MPP peringkat 'KEBANGSAAN' yang sepaptutnya membincangkan isu-isu nasional, kebajikan masyakarat, pembangunan pendidikan dan intelektual setaraf dengan level pemimpin mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi, namun masih ada sesi kutuk dan memfitnah individu-individu tertentu.

Nama Amin Idris tiba-tiba menjadi popular di kalangan MPP semua IPT. Seingat Kitaro, kali terakhir nama Amin Idris disebut ialah pada Konvensyen MPP 2004 (3 tahun lalu). Kitaro tak pasti apa berlaku pada Konvensyen MPP 2005 dan 2006, tetapi pada Konvensyen MPP 2007 ada pembentang yang memaparkan gambar beliau seterusnya mendakwa;

"Amin Idris merupakan seorang pengkhianat negara. Beliau sanggup menggadai maruah negara di luar negara. Dan gerakan beliau banyak dipengaruhi oleh anasir luar negara."

Kalau benarlah dakwaan ini, hebat betul Amin Idris kerana mempunyai jaringan sehingga ke seluruh dunia!!!

Read more!

Wednesday, July 18, 2007

NAJIB... NAJIB...

Nuri (Sikorsky S61) mula digunakan sejak 1968...
Negara membeli 31 buah pesawat Nuri dari AS
Dari 25 April 1969 hingga 29 Mei 2004, 17 insiden nahas berlaku + 1 (terbaru) = 18...
Lebih separuh pesawat Nuri telah musnah...
15 termasuk yang terbaru - terhempas...
2 mendarat cemas...
1 ditembak oleh pengganas komunis di Gubir Kedah pada 26 April 1976...
Jumlah korban melibatkan tentera, polis hutan dan orang awam adalah 82 orang termasuk pegawai tinggi ATM Allahyarham Maj. Jen. Datuk Mustaffa Awang Pegawai Pemerintah Markaz Divisyen Kedua dan Allahyarham Brig. Jen. Datuk Hasbullah Yusof Pemerintah Briged Ketiga Infantri...
3 orang hilang kerana mayat gagal ditemui...

Barulah kabinet kerajaan Malaysia memutuskan pesawat Nuri diganti dengan pesawat baru.

Sehari selepas pesawat Nuri dilaporkan terhempas, Najib Tun Razak dalam kenyataannya memberi alasan bahawa punca pesawat terhempas ialah kerana;

1. Kecuaian pemandu
2. Faktor cuaca

Alasan 1

Najib lupa bahawa yang cuai memandu itu dilatih oleh siapa? Bukankah oleh akademi di bawah Tentera Udara Di Raja Malaysia? TLDM di bawah kementerian apa? Jawabnya; Kementerian Pertahan. Kementerian Pertahanan portfolio siapa? Najib Tun Razak!!!

Alasan 2

Dalam BUletin Utama hari ini melaporkan surat dari seorang pesara tentera. Ringkasnya, jika bukan kerana faktor cuaca sekalipun, memandu pesawat Nuri adalah umpama memandu 'keranda terbang'!!!

Nah Najib!!!Rasakan!!!

Untuk makluman, bermula malam ini... gerakan untuk cover balik alasan Najib sedang digerakkan bermula dengan persidangan media tadi yang cuba mengguna pihak ketiga kononnnya semasa pesawat Nuri dinaiki oleh 6 mangsa terkorban, ia telah diperiksa dan tiada masalah. Tujuannya untuk menutup silap Najib dalam kenyataannya bahawa Nuri masih mampu untuk diguna lagi.

Read more!

Tuesday, July 17, 2007

TOK GURU, TOK GURU

Bulan lalu, selepas Kitaro membantu menjayakan satu forum bersama Jeff Ooi, Alizabeth Wong dan Dato' Paul Wong di Dewan Auditorium Majlis Peguam KL... Kitaro sempat berbual panjang bersama 2 orang Cina. Semasa perbualan tersebut, Kitaro menyatakan bahawa Kitaro berpendirian bahawa parti pilihan Kitaro adalah PAS.

Sepanjang dialog kami... apa yang paling menyentuh hati Kitaro ialah kata mereka ialah;

"You know what... I was a very important person in the government sector before. I have been travelling all over the world. After many years come... I think and I believe that PAS DESERVE MY VOTE!"

Tambah beliau lagi,
"After what they have worked in this country especially in Kelantan, I cant see anything that been negatively claimed about PAS are in fact a reality. It was totally a bluff!!!"


Bila timbul isu Tok Guru Nik Aziz menyarankan agar wakil rakyat PAS menjelang pilihanraya umum (yang dijangka semakin dekat) mesti di kalangan mereka yang tidak merokok sahaja, muncul manusia-manusia yang kononnya pejuang 'nasib rakyat'. Antaranya, muncul Nazri Aziz dengan kenyataannya;

Nazri argued for freedom of choice, saying that smoking was not wrong as long as smokers did not indulge in their habit in places where it was prohibited. Smoking is not something bad. Its not taking drugs. The only concern is that smoking causes cancer.



Petang tadi, rakan saya dari masyarakat Cina yang pernah mengatakan bahawa "PAS deserve my vote," menghubungi saya melalui telefon bimbit. Katanya ringkas;

"I really hate there's a kind of politician like Nazri and Guan Eng. They really proved that they want to get the peoples' vote by hook or by crook. Don't worry my friend, eventhough the votes for PAs may not give them the opportunity to get Malaysia, but at least they rpoved their sinceirty to deliver good to all no matter what religion they are."

Nah!!! Rakan-rakan kalian, itu kata bicara dari seorang Cina yang bukan beragama Islam. Apakata anda?

Read more!

Tuesday, July 10, 2007

Kitaro tak pasti apa yang sahabat-sahabat Kitaro dalam GAMIS dan SMM sedang buat sekarang, tetapi Kitaro pasti ada satu gerakan yang matlamat mereka jelas dan tindakan mereka jelas.

Matlamat mereka ialah melahirkan generasi muda yang sedar dan tidak buta politik. Lantas, setiap aktiviti mereka jelas dan berpotensi memberi impak besar. Kitaro recommend sangat-sangat anda hadir program mereka!!!



Invitation to JUST-FOR-YOU
Youth Carnival !

Please bring your friends to join us!
Exciting programs & performances. Don't miss it !!!
1. Voters' Registration
2. Theme Exhibition Booth by youth wing of different political parties
3. Youth Charter Declaration
4. Meet youth leaders & young celebrities
5. Hip-Hop Dance, Sketch and MORE! and FREE LUNCH !!!


Time: 10am - 2pm,
Date: 15 July 2007 (Sunday)
Veneu: Kuala Lumpur Chinese Assembly Hall (Near Monorail station: Maharajalel A)

Meet more than 1000 "Young BOSSES" (Young voters) together!

Youth Can Make A Difference !
(For further information, please see our poster)

Contact Number :

Youth For Change (Y4C)
Tel/Fax :603-77831164 , Email: y4c2006@gmail. com ,
Website : y4c.seacem.com
The Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)

Tel :03-22746645
Email :info@scah.org. my
Website: www.scah.org. my


Read more!

Thursday, July 05, 2007

POLITIK MATANG

Sekadar memetik sebahagian dari kandungan Debat Perdana tempoh hari bertajuk: Semangat Dasar Ekonomi Baru (DEB) teras pembinaan bangsa Malaysia, Dr. Dzulkifli Ahmad (AJK PAS Pusat/Pengerusi Pusat Penyelidikan PAS) menyebut:

... bahawa perlaksanaan DEB kurang baik, mengakibatkan ia menjadi kurang berjaya. Kelahiran masyarakat Ali Baba contohnya sebagaimana yang dihujahkan oleh Mukhriz merupakan salah satu penyumbang ke arah kegagalan dasar ini.

Kita perlu melahirkan sesuatu dasar yang baru, apa sahaja namanya, dengan matlamat yang sama tetapi lebih penting lagi nanti akan berjaya mencapai cita-cita dan maksudnya kerana realitinya hari ini masalah yang cuba ditangani oleh DEB masih berdarah dan belum mampu dirawat pulih lagi...

Kenyataan di atas Dr. Dzul disokong oleh Dato Mukhriz Tun Dr Mahathir (EXCO Pemuda Umno).

Apa yang membuat saya tertarik ialah gaya perbahasan (juga kebetulan diulas oleh Roslan SMS, we have the same observation) dari 2 panelis iaitu Dr. Dzul dan Dato Mukhriz begitu matang dan tidak emosional.

Berbanding ahli Parlimen Muar YB Dato Razali Ibrahim yang typical dan seringkali mengulangi hujah sama yang pernah dikemukakan oleh wakil UMNO dalam siri-siri debat sebelum ini. Tiada idea yang fresh apatah lagi kritikal dan analytical.

Walau bagaimanapun, diharap moga semakin ramai pemimpin politik seperti Dr. Dzul dan Dato Mukhriz kerana dengan ini, pembudayaan kebebasan maklumat dapat dijana. Rakyat didedahkan dengan sumber maklumat yang pelbagai. Bukannya disuap dengan paksaan agar rakyat menyokong dasar pemerintah tanpa memberi ruang kritikan. Rakyat kini semakin matang dan sudah mampu berfikir, menilai dan membuat keputusan!



Read more!

This page is powered by Blogger. Isn't yours?