Thursday, September 18, 2008
KE MANA PERGI MENTALITI 'WAITING GOVERNMENT'
Setelah sekian lama berdiam diri, Kitaro kembali berkongsi idea melalui ruangan blog Kitaro... Res Ipsa Liquitor.
Kegawatan politik yang sedang bertiup kencang di tanah airku mendorong Kitaro untuk kembali menulis.
Kitaro dengan penuh rendah diri ingin mengulas mengenai beberapa isu.
PAS dan Pakatan Rakyat
- Timbul perdebatan samada perlu atau tidak PAS meneruskan komitmen di dalam Pakatan Rakyat. Perdebatan menjadi panas apabila perhimpunan PROTES di cemari oleh konsert hasil idea Hishamudin Rais.
- Timbul pula isu PAS dianaktirikan oleh PKR dan sentiasa dibelakangkan oleh DAP.
- Sebutlah apa jua 1001 alasan... mengapa PAS perlu keluar dari PR tapi yang pasti dan Kitaro percaya, SAMPAI QIAMAT pun, PAS takkan dapat memerintah Malaysia bersendirian. Prinsip 'sharing power' atau 'tahalluf siyasi' adalah satu amalan yang terbukti mesti berlaku jika hasrat memenrintah mahu dijadikan kenyataan.
- Bagi Kitaro, inilah waktunya PAS berhadapan dengan cabaran sebenar untuk memerintah. Cabarannya ialah BAGAIMANA PAS berdakwah dengan cara mempengaruhi rakan di dalam PR untuk merealisasikan matlamat perjuangan PAS? Sekiranya PAS asyik dengan mentaliti mengkritik.
- Kitaro percaya PAS akan gagal menjadi sebuah parti arus perdana dan gagal merealisasikan gagasan Allahyarham Ust. Fadzil iaitu berfikir, bercakap dan bertindak sebagai 'The Waiting Government'.
Read more!
Monday, April 07, 2008
DOLLAH OH DOLLAH, STOP BANGAUING!
UMNO oh UMNO,
Kenapa engkau kalah,
Macamana UMNO tak kalah,
Anwar kritik Pak Lah.
Dollah oh Dollah,
Kenapa engkau lembik
Macamana Dolah tak lembik,
Dr. M selalu kritik.
UMNO oh UMNO,
Kenapa tak dapat Kelantan,
Macamana nak dapat Kelantan,
Ku Li buat setan.
BA oh BA kenapa engkau menang,
Macamana aku tak menang,
Memang sasar nak menang!
Sangka Kitaro bila BN / UMNO gagal merampas Kelantan dan hilang 4 negeri (Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang), maka UMNO khasnya akan insaf.
Insaf dari rasa bongkak kononnya merekalah yang layak berkuasa
Insaf dari menggubal undang-undang sesuka hati
Insaf dari menaikkan harga barang sesuaka hati
Insaf dari menangkap dan memenjarakan orang sesuka hati
Insaf dari mengguna harta rakyat umpama harta mak bapak mereka
Insaf dari menggunakan segala harta kerajaan khususnya media untuk kepentingan parti
Insaf dan sedar bahawa parti UMNO perlu dibuat reformasi besar-besaran
Insaf dari berlagak kononnya apa yang mereka buat semuanya betul
Namun sejak Kitaro menonton Buletin Utama semalam sehinggalah membaca akhbar hari ini, rupanya UMNO tidak pernah insaf.
UMNO melalui Presidennya hanyut dalam 'sindrom denial'. Sindrom Denial ialah penyakit enggan menerima hakikat dan menerima kesalahan diri.
Setelah keputusan menggemparkan politik Malaysia 8 Mac lalu, maka Dolah muncul bersama yang lain dengan hanya satu maksud: MENYALAHKAN ORANG LAIN!
Dollah dan konco-konconya menyalahkan Tun Dr. M kerana kritikan-kritikan sinisnya
Dollah dan konco-konconya menempelak Anwar kerana menggugat kedudukan UMNO
Dollah dan konco-konconya menuding jari pada Ku Li sebagai punca utama kekalahan di Kelantan
Apa yang pasti, UMNO kini berada dalam strategi kuno mereka iaitu menggunakan segala media untuk divert (mengalih pandangan) rakyat dari melihat kelemahan Dollah kepada kesalahan orang lain.
Rakyat Malaysia telah melihat bagaimana Tun Dr. M membuktikan kewibawaannya semasa lebih 10 tahun memerintah Malaysia. Anwar telah membuktikan karismanya memobilasikan kuasa rakyat ke arah perubahan, Ku Li telah membuktikan beliau tidak pernah kalah di Gua Musang lebih 18 tahun yang lalu.
Dollah pula telah buktikan dakwaan orang bahawa Dollah lembik, tak pandai memerintah, kaki tidur, cakap tak serupa bikin dsb sebagai satu kebenaran.
Dollah tak pernah berjaya membuktikan sebaliknya. Maka Dollah, Kitaro lebih yakin jika Rafidah menjadi PM berbanding Dollah yang terbukti lemah dan incompetent.
Read more!
Tuesday, April 01, 2008
SELANGOR DARUL EHSAN
- Internal: Menguasai 5 negeri. Jika Kelantan diserang, akan ada 4 negeri bakal menyerang semula. Cubalah kalau berani.
- External: UMNO/ BN tiada lagi majoriti 2/3 di parlimen. Kini undang-undang bukan lagi boleh digubal sesuka hati mereka!
Kini ruang mengisi kemenangan sudah terbentang. Pengalaman AKP di Turki dan Hamas di Palestin membuktikan mengisi kemenangan tidak semudah mencapai kemenangan. Ayuh susun barisan, mantapkan jemaah, perkukuhkan ukhuwwah, realisasikan perancangan, perhebatkan tindakan! Allahu Akbar!!! Reformasi!!!
Read more!
Thursday, February 28, 2008
JOM KITA BUAT PERUBAHAN!
Saturday, February 16, 2008
KUKU BERTEMU RUAS, MU vs. ARSENAL, PAK LAH vs. HAJI HADI
Contoh 1:
Manchester United lwn. Arsenal malam ni.
Contoh 2:
Pak Lah lwn. Haji Hadi
Amacam?
Read more!
Wednesday, February 13, 2008
PAK LAH... PAK LAH...
Tulisan mereka cukup hebat... Cuma hati-hati... mungkin Pak Lah sengaja berbohong kerana 3 sebab;
Pak Lah tak reti main politik. Akhirnya, tak pandai jawab soalan wartawan lalu terkantoi ketidak cerdikannya (dalam erti kata lain, BODOH)
Sebagai diversion. Di kala kita memainkan isu Pak Lah menipu, rakyat tidak lagi memandang isu pencabulan kehakiman, jenayah meningkat, rasuah, yuran sekolah satu pembohongan, krisis moral pemimpin UMNO (video seks Choi Soi Lek), harga barang dan minyak naik mendadak serta isu Negara Kebajikan.
UMNO memang suka guna pendekatan DIVERSION. Hati-hati rakan-rakan semua... Gendang perang sudah pun dipalu... Jangan kita hanyut menari dengan rentak lagu mereka...
Read more!
Monday, February 04, 2008
MALAYSIA TEMPAT KE-6 KOMPETTITIF DI DUNIA?
Kira-kira 2 minggu yang lalu, gegar satu Malaya apabila Pak Lah dalam satu perjumpaan bersama kakitangan awam sempena Majlis Perdana Perkhidmatan Awam kelapan tadi mengumumkan Malaysia merupakan yang keenam paling terbaik di dunia dari sudut kecekapan menurut World Competitiviness Year Book yang dikelaurkan oleh IMD yang berpusat di Switzerland.
PERTAMA, pengumuman itu langsung tidak menggembirakan kakitangan awam kerana yang mereka harapkan ialah pengumuman yang lebih menggembirakan.
Memandangkan kerajaan tidak membayar bonus pada hujung tahun lalu, CUEPACS telah menuntut agar kerajaan sebaliknya membayar honorarium kepada semua kakitangan awam iaitu sebanyak RM2,000.
Dengan kenaikkan kos hidup yang ternyata menekan itu, kenaikkan gaji kakitangan awam tahun lepas jelas tidak mencukupi untuk membantu kakitangan disektor ini berhadapan dengan harga barangan dan perkhidmatan yang terus-menerus naik.
KEDUA, benarkah Malaysia adalah ke-6 terbaik? Kitaro bukanlah rakyat Malaysia yang menelan bulat-bulat apa saja yang dikatakan oleh ahli politik khasnya pemimpin kerajaan.
Merujuk laporan yang dikemukakan oleh IMD, tempat ke-6 dihuni oleh Switzerland dan Malaysia sebenarnya di tempat ke-22!!!
Klik di sini untuk dapatkan laporan penuh IMD
Menurut ulasan seorang penulis bebas, Zamri Mohammad, katanya;
Memetik WCY overall scoreboard menyatakan bahawa;
The World Competitiveness Scoreboard presents the 2007 overall ranking for the 55 countries covered by the WCY. The economies are ranked from the most to the least competitive and performance can be analyzed on the basis of time-series.
Fakta yang benar sebagaimana disebutkan dalam akhbar nasional, benar bahawa Malaysia mengatasi Jepun, Perancis dan Korea.
Tambah beliau,
Cuma satu kekeliruan apabila akhbar menyebut kenyataan ini.
Perdana Menteri yang memetik laporan World Competitiveness Year Book yang dikeluarkan oleh IMD, sebuah institusi pengajian perniagaan terkemuka berpejabat di Switzerland, berkata, dari segi kecekapan Malaysia yang tergolong dalam kategori negara mempunyai lebih 20 juta penduduk mengatasi United Kingdom, Jerman, Thailand, Sepanyol, Jepun, Rusia dan Perancis. - Petikan Utusan Malaysia 28 Januari 2008
Jika diukur kompetitif Malaysia daripada kedudukan kategori negara mempunyai lebih 20 juta, United Kingdom masih berada di atas Malaysia, begitu juga negara Jerman.
Sebelum ini, ramai ibu-bapa dan guru-guru kecewa kerana sudah tertipu rentetan dari pengumuman Pak Lah kononnnya kerajaan akan memberikan pendidikan PERCUMA kepada semua pelajarsekolah rendah dan menengah. Walhal, yang dihapuskan cuma RM 4.50 untuk sekolah rendah dan RM 9 untuk sekolah menengah. Yuran lain yang masih perlu dibayar. Ditambah lagi, Kementerian Pelajaran sendiri sebenarnya membenarkan yuran tambahan berdasarkan kategori-kategori tertentu.
Kini Pak Lah yang mewakili Barisan Nasional menjelas pilihanraya umum sekali lagi cuba menipu rakyat Malaysia. Itu kata Kitaro. Kitaro tak pasti dengan anda semua.
Yang pasti, cuba buka laman web ini, fikir, nilai dan buat keputusan anda sendiri!
Read more!
Wednesday, January 23, 2008
MEGATRON VS. OPTIMUS PRIME
Optimus Prime merupakan pemimpin yang diagung-agungkan oleh para Autobots. Kehebatannya merangkumi pemikiran strategik dan leading by example. Optimus terkenal kerana keberaniannya dan dan sanggup berkorban demi kebenaran. Optimus Prime dipatuhi kerana hormat dan rasa tanggungjawab di kalangan pengikutnya.
Megatron pula merupakan ketua kepada Decepticon. Megatron terkenal kerana kekejamannya menindas sesiapa sahaja yang menghalang apa jua kehendaknya. Megatron dipatuhi pengikutnya kerana takut.
Setiap kali berlaku pertempuran antara Optimus dan Megatron... dunia bergegar dan bergegak gempita.
Menjelang hujung Februari atau pada bulan Mac, Malaysia bakal bergegar kerana pertembungan kuasa-kuasa besar politik negara. Kita semua tahu siapa yang membawa watak Megatron kerana sikap mereka yang menindas rakyat atas nama kerajaan dan kononnnya 'kepentingan ralyat'. Namun, adakah kita sudah dapat menjangka siapakah yang membawa watak Optimus Prime?
Read more!
Wednesday, January 09, 2008
DSAI DAN 5 KUALITI MAHASISWA
"... the distinguishing marks of a democratic polity, such as human rights, rule of law and constitutionalism are 'moral imperatives of Islam too'... "
Anwar Ibrahim menjelaskan tatkala dunia membicarakan soal hak asasi manusia, prinsip keadilan undang-undang dan perlembagaan... hakikatnya ia adalah elemen yang amat penting di dalam Islam.
Anwar Ibrahim juga menerangkan bahawa sistem politik Islam adalah selari dengan prinsip demokrasi dan tidak sesekali menerima pendekatan autokrasi.
"If we were to look at the issue of Islam and democracy from the empirical angle, I dare say the threat to democracy is not Islam at all"
Anwar Ibrahim menyimulakn tentang kesempurnaan Islam dengan berkata tiada sebab demokrasi adalah bertentangan dengan Islam dan Islam adalah agama universal. Katanya;
"I am convinced that there are no foundational reasons as to why democracy should be opposed to Islam or vice versa.
"Islam is universal but if the notion of this universalism is to mean anything, it would require that its values of justice, compassion and tolerance be practised everywhere."
Inilah kualiti yang dimiliki oleh DSAI. Beliau adalah seorang tokoh dunia, pemimpin yang diterima oleh pelbagai kaum, agama dan bangsa. Dan perlu diingat... kualiti ini dibina oleh beliau sejak di zaman mahasiswa.
Justeru... soalan buat para mahasiswa hari ini, adakah anda sedang membina kualiti diri yang cukup bagi mendepani cabaran politik masa depan? Mahasiswa perlu mempersiapkan diri dengan kualiti berikut;
- Jaringan kenalan yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang politik
- Kemahiran komunikasi seperti pidato awam, public relation, seni perundingan dan mempengaruhi
- Teknik-teknik berfikir secara analytikal, kreatif, kritis dan positif.
- Kemampuan mengurus organisasi secara efektif, merancang dan mengurus dengan strategik
- Pengurusan diri yang legkap merangkumi fizikal dan mental
Kitaro percaya, mahasiswa hari ini mungkin dapat mengecapi kauliti-kualiti di atas dengan menceburkan diri dalam dunia aktivisma mahasiswa. Sebabnya cukup jelas... segala kualiti di atas takkan diperolehi dalam kelas dan dewan kuliah. Namun, buat para aktivis, anda tidak hars complacent... buat koreksi diri samada anda sedang dalam progres ke arah memiliki kualiti di atas. Jika belum, buat post-moterm mengapa gagal dan rancang apakah yang mesti dilakukan.
Moga Malaysia di masa depan bakal dipimpin oleh siswazah yang punya kualiti... bukannya mereka yang hanya mula belajar cara mengurus negara hanya tatkala di saat mula memerintah negara.
Read more!
Thursday, January 03, 2008
JAWATAN KOSONG
Jawatan:
MENTERI KESIHATAN
Faedah:
Buat video sex, minta maaf, letak jawatan dan dijamin anda terlepas.
Perdana Menteri hanya akan kata, "WAJAR..."
Read more!
Wednesday, December 26, 2007
ISA... APA KATA RAKYAT MALAYSIA
Baru-baru ni bertempat di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya bekas PM Tun Dr. Mahathir telah ditanya berkenaan ISA. Beliau yang semasa kepimpinannya dahulu pernah menggunakan ISA terhadap para penentang dan pengkritiknya telah memberikan reaksi yang sangat tajam dan mendalam maknanya (sebagaimana kata Dato Mustapha Ali, dalam bahasa Tun Dr M).
Kata Tun (beliau memberikan kenyataannya dalam Bahasa Inggeris):
"It is up to the government and the people to decide this. You see we are a democratic country. If the people selected to lead are the people who support the use of ISA, then they will use it. The choice is yours."
Terpulanglah kepada kerajaan dan rakyat untuk memutuskan. Kita adalah sebuah negara demokrasi. Jika yang dipilih oleh rakyat adalah mereka yang menyokong penggunaan ISA, maka mereka akan menggunakannya. Pilihannya terletak pada anda.
Kata seorang anak Raja tentang ISA;
Dalam NST 23 Disember dimuatkan temuramah Syed Nazri dan Jeniffer Gomez dari akhbar tersebut bersama Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah. Salah satu soalan yang diajukan kepada Raja Nazrin adalah berkenaan ISA. ISA dikatakan suautu alat bagi kerajaan untuk bertindak terhadap mereka yang mengancam ketenteraman awam dan keselamatan negara, komen beliau:
"I hope it is used very sparingly, if at all, and only when there is a genuine threat to national security. It should never be used to stifle dissent."
Saya berharap ianya mestilah dikawal penggunaanya jikapun perlu digunakan ianya mestilah ketika berlaku ancaman yang sebenar terhadap keselmatan negara. Ia tidak wajar digunakan untuk mengekang perbezaan pendapat.
Kata rakyat Malaysia tentang ISA...
Setakat 50 tahun merdeka... rakyat masih memilih BN yang nyata menerima pakai ISA. Adakah ini bermakna rakyat Malaysia redha dengan ISA???
The Thing Speaks by Itself
Read more!
Saturday, December 22, 2007
JERSI BARU
Tuesday, November 20, 2007
POLIS? BPR? SIAPA MEREKA?
Dalam sidang akhbar tersebut, Wee telah mendedahkan laporan polis yang dibuat oleh adik peguam kontroversial VK Lingam iaitu V.Thirunama Karasa, 49 tahun, di Balai Polis Brickfield pada 19 Mac lalu (sebelum itu satu lagi laporan telahpun dibuat pada 16 Mac di balai yang sama).
Antara kandungannya:
Beliau menyaksikan Lingam menyerahkan sekeping cek bernilai RM50,000 kepada seorang hakim Mahkamah Perusahaan.
Beliau membantu dalam menjayakan sebuah majlis makan malam yang dianjurkan oleh Lingam untuk seorang bekas Ketua Hakim Malaya dan keluarganya. Turut hadir seorang bekas Ketua Mahkamah Rayuan dan isterinya.
Beliau diarahkan menyerahkan sebuah beg kulit baru yang di dalamnya mengandungi beberapa dokumen, dompet dan beg tangan kulit untuk wanita ke rumah seorang hakim kanan
Beliau telah beberapa kali menghantar Lingam ke rumah seorang bekas Ketua Hakim Malaya sekita jam 11.30 malam dan setiap kali Lingam akan keluar dari rumah tersebut sekitar jam 12.30 malam atau 1 pagi
Beliau pernah diarahkan menghantar sebuah beg yang berat kepada seorang hakim Mahkamah Rayuan.
Beliau dan seorang rakan pernah menghantar dua buah telefon bimbit baru ek seorang Hakim Mahkamah Rayuan
Beliau pernah diberi wang tunai untuk mebayar bil telefon bimbit seorang bekas Ketua Polis Negara
Menurut blog Roslan SMS, beliau memetikan antara lain kandungan laporan polis bertarikh 19 Mac 2007 tersebut iaitu;
I WAS USED BY MY BROTHER V. KANAGALINGAM TO CORRUPT THE FORMER CHIEF JUDGE TUN EUSOFF CHIN, THE FORMER ATTORNEY GENERAL TAN SRI MOHTAR ABDULLAH, THE FORMER IGP TAN SRI RAHIM NOOR, THE PRESENT COURT OF APPEAL JUDGES DATUK MOHTAR SIDIN, THE PRESENT COURT OF APPEAL JUDGE DATO LOW HOP BING AND A FORMER JUDGE DATO K.L REKRAJ
Saya diperalatkan oleh abang saya V. Kanagalingam untuk merasuah bekas Ketua Hakim Tun Eusoff Chin, bekas Peguam Negara Tan Sri Mohtar Abdullah, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor, Hakim Mahkamah Rayuan kini Dato Low Hop Bing dan bekas Hakim Dato K.L Rekraj
IN 1995 I WITNESS A DINNER HOSTED BY MY BROTHER DATO V. KANAGALINGAM AT HIS HOUSE NO 1 JALAN SS 7/24 KELANA JAYA 47301 PJ FOR THE FORMER CHIEF JUDGE TUN EUSOFF CHIN'S WIFE AND CHILDREN WERE PRESENT. ALSO PRESENT IN THIS DINNER WERE THE FORMER COURT OF APPEAL PRESIDENT TAN SRI LAMIN YUNUS AND HIS WIFE
Pada tahun 1995 saya menjadi saksi kepada majlis makan malam yang dianjurkan oleh abang saya Dato V. Kanagalingam di rumahnya di No. 1 Jalan SS 7/24 Kelana Jaya 47301 PJ untuk bekas Ketua Hakim Negara Tun Eusoff Chin. Isteri dan anak-anaknya juga hadir. Turut hadir dalam majlis makan malam itu adalah bekas Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Lamin Yunus dan isteri.
Rasanya, Dato' Yusof Haslam kena buat satu episod Gerak Khas tentang betapa gagalnya Polis dan juga BPR dalam menangani isu rasuah dalam negara.
The Thing Speaks by Itself
Read more!
Tuesday, November 13, 2007
MENTERI BODOH
Tapi di Malaysia, rupanya ada manusia BODOH yang diangkat menjadi pemimpin. Diangkat pula menjadi menteri. Kitaro berasa sungguh malu apabila ada seorang menteri Malaysia yang dianggap negara membangun dan maju, tetapi menteri itu bukan sahaja memalukan diri sendiri, malah memalukan negara dengan percakapannya yang langsung tidak menggambarkan bebijaksanaan seorang pemimpin negara. Anda tak percaya? Lihat video di bawah;
Antara kebodohan menteri yang bernama Zainudin Maidin yang terserlah di video ini ialah;
- Bahasa Inggerisnya yang tunggang langgang.
- Tidak menjawab soalan wartawan secara spesifik.
- Cakap berbelit-belit. Katanya negara demokratik, tetapi mengapa timbul perlunya permit untuk berhimpun? Atau jika perlunya permit sekalipun, kenapa tidak diberikan permit?
- Zam sendiri tidak bersifat tidak demokratik kerana melenting apabila pemimpin pembangkang yang ditemuramah, bukannya wakil kerajaan.
- Menuduh secara melulu kepada al-Jazeera sebagai membuat laporan tanpa asas secara tidak profesional.
- Bercakap secara emosi.
- Tidak menghormati wartawan ketika bertanya.
- Memburukkan negara Myanmar, Pakistan tanpa memikirkan kesan diplomatik.
Berikut adalah dialog video di atas;
The telephone interview that Malaysia's Minister of Information Zainuddin Maidin (ZAM) gave to the Doha-based TV Network Al-Jazeera (AJ) over the 5.00pm bulletin yesterday, moments after the BERSIH memo was delivered to Royal Palace at the close of the biggest anti-government protest in Malaysia in ten years.
ZAM: ....I commend your journalists trying to project, to exaggerate more than what actually happened. That, that, that, that's it. We, we are not, the, the... and I, I congratulate your journalists behaving like an actor, that, that's...
AJ: As you say that, sir, we're watching scenes of protesters being sprayed by chemical-filled water ...
ZAM (interrupts): Ya, I am watching, I hear, [?] .... trying to do it everywhere but in Malaysia people are allowed, to, you know [?] ... Police have allowed the procession to go to the Istana Negara, you know, do police, first police, like, they handle them, they [?] them, they ... the police don't, don't, don't fire anybody ...
AJ: Our correspondent came back to the office, sir, with chemicals in his eyes!
ZAM (speaking over her): ... You, you, you, you are here with the idea, you are trying to project, what is your mind, you think that we are Pakistan, we are Burma, we are Myanmar, everything you, you are thinking ...
AJ: Well unfortunately when you refuse to let people protest, it does appear so.
ZAM (speaking over her): ...Ya, ya, we are not like you, you have early perception, you come here, you want to project us like undemocratic country. This a democratic country!
AJ: So why can't people protest then, if it's a democratic country?
ZAM (interjects at "protest then"): Ya, people protest, people then -- first they protest, we are allowing protests, and they have demonstrated. But we just trying to disperse them and then later they, you know, disperse, but later our police compromise. They have compromised and allowed them to proceed to Negara. Police, our police have succeeded in handling them gently, right? Why do you report that and you take the opposition, someone from opposition party you ask him to speak, you don't take from the government, right?
AJ: Why did you not break up these protesters --
ZAM (interrupting): Pardon? Pardon? Pardon?
AJ: Why did you not break up these protests more peacefully?
ZAM: I can't hear you. I can't hear you.
AJ: Why did you not break up these protests more peacefully?
ZAM: No we, we are, we, this protest is illegal. We don't want, this, the, normally ... (slight pause, then continues to talk while she interjects)
AJ (interjecting): OK, so let me return to my former question. Why is this protest illegal?
ZAM (babbling on): Ya it's illegal protest because (AJ: Why?) we have the election in Malaysia. It's no, no point on having the protest, we are allowing to have every, an election every five years, never fail. We not our like, are not like Myanmar, not like other country. And, and you are helping this. You Al-Jazeera also is helping this, this forces, the, you know, these forces who are not [?], who don't believe in [?]...
AJ (seems to want to say something, but decides not to): I don't ... many thanks for joining us.
ZAM: I don't, ya, you, Jazeera, this is, is Al-Jazeera attitude. Right?
(she doesn't reply. In the background, the chants of the protesters fill the silence)
Read more!