Tuesday, March 27, 2007
KHAS UNTUK WANITA MUSLIM
Orang kata jika pakai tudung, susah nak cari rezeki. Menteri kata pakai tudung hanya budaya orang Arab kerana depa berada di padang pasir. Artis kata pakai tudung tidak menyelesakan, nampak panas, rambut rosak. Orang juga kata pakai tudung nampak gelap dan hodoh!
Noorkumalasari kata pakai tudung lebih penting daripada jutaan ringgit, selesa dan lebih penting dari karier dunia artis kerana keredhaan Allah. Malah pakai tudung nampak cantik kerana Allah jadikan semua makhluk-Nya cantik.
Betapa seseorang itu menghargai NILAI CAHAYA setelah sekian lama berada dalam kegelapan. Tetapi bagi sesetengah orang yang sejak kecil menerima didikan agama dari ibu bapa tidak pernah menghargainya. Degil, tidak mahu bersyukur, malah sanggup lawan perintah Tuhan!
Jom selami pengalaman bagaimana akhirnya Noorkumalasari bertudung? Klik di sini

Read more!
Thursday, March 22, 2007
PERUMPAMAAN
KEBEBASAN MAKLUMAT
Apa itu kebebasan maklumat (Freedom of Information)? Adakah OSA (Akta Rahsia Rasmi) relevan? Ikuti Talk Show Bicara Kali Ini bersama hos Amin Idris dan Panelis Puan Fahda Nur serta Tuan Haji Hanipa Maidin.
Tonton: BICARA KALI INI: KEBEBASAN MAKLUMAT DI MALAYSIA

Baca juga:
Amin Idris terus belajar dan belajar!
Read more!
Sunday, March 18, 2007
KUASA 'JASA'
Kitaro tak sempat nak tonton perlawanan amal antara Man Utd menentang pasukan bintang-bintang di bawah pimpinan Marcello Lippi. Mungkin antara sebabnya kerana Becks tak dapat beraksi disebabkan kecederaan. Tapi yang paling tensinnya bila Kitaro dapat tahu Becks ada bagi ucapan khas buat penonton di Old Trafford dan peminat-peminatnya di seluruh dunia.
Moral of the story;
1. Jika kita banyak berjasa dan sentiasa memberi tanpa mengira balasan, lambat laun orang akan menghargainya walau di mana kita berada.
2. Man Utd. tetap JUARA!!!
Read more!
Thursday, March 15, 2007
EKONOMI TERKINI MALAYSIA DI TAHAP TERBAIK?
Ekonomi Malaysia dilaporkan sebagai mantap dan terbaik. Sejauhmanakah ini benar?
Pada pandangan ahli perniagaan asing pula, mereka melihat ekonomi negara kita lebih korup tahun ini berbanding tahun lepas. Menurut survey tahunan yang dijalankan oleh Political and Economic Risk Consultancy (PERC) yang berpengkalan di Hong Kong menunjukkan 1,476 eksekutif perniagaan expatriate di 13 buah negara dan wilayah di rantau ini dalam bulan Januari dan Februari.
Dalam sistem gred tersebut, sifar sebagai skor yang terbaik dan 10 yang paling teruk, Malaysia di tangga ketujuh dengan skor 6.25.
Menurut pengarah urusan PERC Robert Broadfoot, ia adalah penurunan daripada 2006 di mana Malaysia mendapat 6.13 walaupun ia lebih baik daripada skor 2005 iaitu 6.80.
"Indeks persepsi korupsi ini ialah suatu yang kami telah lakukan lebih 20 tahun dan walaupun persepsi dan realiti adalah dua perkara berbeza, apabila ia berkaitan korupsi, ia menjadi sangat penting,” katanya.
"Syarikat-syarikat kebiasaannya berpandukan persepsi dan bukan realiti, membuat keputusan pelaburan mereka. Jika syarikat-syarikat mengandaikan situasi di negara tertentu sukar untuk berurusan, dengan itu ia bertentangan dengan usaha pelaburan yang akan dibuat dan keputusan untuk melabur," katanya.
Broadfoot menambah bahawa responden termasuk para pengurus syarikat-syarikat multi-national dan bank-bank.
Ekonomi paling korup menurut survey tersebut ialah Filipina dengan skor 9.40, diikuti Thailand dan Indonesia, kedua-duanya berkongsi skor 8.03.
Hmmm... bagaimana negara mahu maju jika tidak pelabur luar negara yang berani melabur?
Mungkin kehebatan ekonomi negara sengaja direka dan dihebahkan sebagai salah satu taktik menarik pelabur asing? Atau ini hanya satu taktik Pak Lah agar dapat mengadakan pilihanraya umum?

Monday, March 12, 2007
LAGI LAGI BLOGGERS KENA SERANG
Menurut satu artikel dari majalah The Times tahun lalu, dilaporkan bahawa antara faktor utama kemenangan Bush sebagai Presiden Amerika untuk penggal kedua ialah sokongan dan propaganda bloggers khasnya di Amerika.
Dalam erti kata lain, bloggers mempunyai pengaruh besar dalam menentukan lanskap politik sesebuah negara.
Di Malaysia, realiti kuasa bloggers kian dirasai. Natijahnya, para politikus semakin rasa tergugat dengan kewujudan bloggers. Paluan gendang berupa rentak 'serangan' ke atas bloggers dimulak dengan kenyataan Perdana Menteri yang mendakwa bahawa para bloggers sebagai 'pembohong'.
Diikuti pula dengan tindakan mahkamah ke atas 2 bloggers prolifik dan Kitaro hormati; Jeff Ooi dan Rocky's Bru.
Di kala para bloggers didakwa sebagai pembohong, tiba-tiba Kitaro keliru dengan definisi berbohong. Menurut Kamus Dewan, bohong ertinya berlainan drpd yg sebenarnya (cerita, keadaan, dll), dusta, karut, palsu. Tetapi bila timbul isu hadiah pertandingan MyKad ditarik balik, 'bohong' mengikut definisi sebenar seolah satu ;bohongan' kerana mereka yang para menteri bertanggungjawab bersusah payah membela diri dan dibela PM serta TPM. Akhirnya, rakyat juga dipersalahkan kerana tidak patriotik, tidak ada kesedaran sivik dan 'rubbish'!
Kini, muncul lagi Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tengku (Teuku) Adnan Tengku (Teuku) Mansor Khamis lalu (8 Mac) menyifatkan pengendali blog (bloggers) 'pembohong' dan 80 peratus daripada mereka adalah wanita yang tidak mempunyai pekerjaan.
"Kesemua bloggers adalah pembohong, mereka menipu orang ramai dengan menggunakan pelbagai helah. Berdasarkan apa yang saya difahamkan, dari 10,000 bloggers yang menganggur, 8,000 adalah wanita."
1. Mana kajian yang didakwa itu? Siapa yang mengkaji? Mana sumbernya?
2. Takut sangatkah Menteri kepada para bloggers sehingga terpaksa meletakkan wanita dan penganggur sebagai scape goat?
3. Tengku Adnan lupa bahawa dia bahawa dia juga seorang penipu. Lupakah anda kepada pendedahan pilihanraya umum ke-11 lalu apabila dibongkarkan bukti-bukti kad pengenalan Tengku Adnan bahawa nama asalnya tiada 'Tengku'. Tetapi oleh kerana kuasa politik dan kable yang diperalatkannya, sehingga kini dia menipu seluruh rakyat Malaysia kononnya dia seorang 'Tengku'!
Buat akhirnya, kepada para pelayar yang teringin untuk mencipta blog sendiri... lupakan sahaja kerana walau hebat mana anda mengkaji, menyelidik, menganalisa dan menulis... anda tetap seorang PENIPU, PEMBOHONG!

Friday, March 09, 2007
MEREKA TAK PEDULI
1. Minyak naik
2. Tol naik
3. Bil telefon naik
4. Bil letrik naik
5. Skim Pinjaman Buku Teks dihapuskan
6. Peserta PLKN meninggal dunia
7. Demokrasi kampus 'dirogol' beramai-ramai
8. Demokrasi negara hancur
9. Salahguna kuasa oleh BPR sendiri
10. Menteri menyeleweng
11. Rumah-rumah kediaman rakyat marhain dirobohkan sewenanganya.
“Ini adalah kali ketiga rumah-rumah penduduk kampung tersebut diroboh, kali pertama pada November 2006 dan kali kedua pada 5 Mac lalu,”- Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah
"Empat daripada 32 penduduk setinggan Rimba Jaya dekat sini yang ditahan polis, cedera parah akibat tindakan ganas anggota Unit Polis Simpanan Persekutuan (FRU), Majlis Perbandaraan Shah Alam (MPSA) dan polis dalam operasi `sifar setinggan' Selangor, 6 Mac lalu." - Harakahdaily.net
Apa lagi yang nak dikata... bak kata Michael Jackson, "They Don't Care About Us."

Wednesday, March 07, 2007
PERLINDUNGAN UNTUK BLOGGERS
20 November 2006, Mahkamah Agung California memutuskan bahawa laman web yang menerbitkan maklumat hasil tulisan pihak lain tidak boleh disaman kerana kesalahan fitnah sebagaimana diperuntukkan oleh Communications Decency Act of 1996 iaitu; ...kekebalan yang diberikan daripada sebarang saman malu ke atas pihak yang menerbitkan maklumat di internet yang diperolehi dari sumber lain.
23 Februari 2007, Mahkamah Persekutuan Amerika dalam kes rayuan mengesahkan keputusan mahkamah terdahulu berkenaan kekebalan kepada ahli-ahli blogger daripada sebarang tindakan mahkamah.
Law Report on the above verdict
Mahakamah Agung AS telah mengubah keputusan mahkamah rayuan terdahulu. Mahkamah Rayuan negara tersebut memutuskan bahawa Communications Decency Act of 1996 memperuntukkan kekebalan yang kuat daripada tindakan undang-undang terhadap mereka yang menerbitkan maklumat di internet hasil pengumpulan maklumat dari sumber-sumber lain.
Dalam huraian mahkamah tersebut, selagimana Kongres Amerika tidak meminda undang-undang yang sedia ada, sesiapa yang mendakwa mereka difitnah di internet hanya boleh membuat tindakan mahkamah dan menuntut ganti rugi pada sumber asal yang menerbitkan maklumat tersebut.
Manakala mahkamah Persekutuan dalam keputusannya telah mengesahkan keputusan mahkamah agung. Mahkamah itu menyatakan bahawa Communications Decency Act of 1996 merupakan perlindungan kepada para bloggers dan pengendali informasi internet sebagai manifestasi kebebasan bersuara.
Seksyen 230 Communications Decency Act provides that "[no] provider or user of an interactive computer service shall be treated as the publisher or speaker of any information provided by another information content provider," and that "[n]o cause of action may be brought and no liability may be imposed under any State or local law that is inconsistent with this section."

Tuesday, March 06, 2007
AMIN IDRIS... PELARIS WEB IDEALIS MAHASISWA
Nampaknya Idealis Mahasiswa memang jelas dan nyata kekontangan modal. Tatkala samputan terhadap laman ini makin merosot, mereka terpaksa mempergunakan isu lapuk untuk melariskan semuala laman web Idealis-Mahasiswa dengan mempergunakan Amin Idris sebagai isu utama. Tidak cukup dengan satu laporan, disambung lagi dengan siri artikel baru. Kali ini Amin Idris disamakan dengan Anwar Ibrahim dan Amien Ra'is.
Read more!
Sunday, March 04, 2007
POLITIK ISLAM
Sejak di alam kampus, Kitaro pernah mendengar perdebatan mengenai relevan demokrasi dalam perjuangan Islam. Antara perkataan yang Kitaro boleh quote;
"Kerajaan Kelantan di bawah PAS hanya akan mampu bertahan 3 bulan sahaja (1990)"
"Nik Aziz tak pandai memerintah. Baik balik ke pondok semula dan mengajar agama."
"Politik dan agama tidak boleh dicampur adukkan. Islam suku, politik suku."
"Islam tidak akan tertegak dengan politik. Dakwah dan politik adalah 2 perkara berbeza."
"Asal usul demokrasi adalah daripada Barat. Kita tidak boleh menggunakan alat ciptaan Barat untuk memenangkan Islam kerana ia tidak akan berjaya kerana ia sudah dirancang oleh Barat. Barat telah merancang agar umat Islam terpengaruh dengan demokrasi dan dipermainkan dengan demokrasi!"
"PAS tidak akan dapat membuat apa-apa bila memerintah Kelantan kerana tersepit dengan halangan Kerajaan Pusat yang diperintah oleh UMNO / BN."

Keterangan gambar:
1. Gambar di atas hanya boleh didapati di Kelantan yang diperintah oleh MB yang juga mengajar ilmu agama, parti yang menggunakan demokrasi sebagai salah satu cabang perjuangan dakwah dan salah sebuah negeri di bawah Kerajaan Pusat.
2. Bagi yang tidak tahu, gambar di atas adalah Maya Karin mengenakan tudung menutup aurat dengan sempurna. Sekurangnya di akhirat nanti, mereka yang bersama melaksana dan menyokong usaha Kerajaan Kelantan boleh berkata, "Aku telah berusaha mengajaknya berpakaian mengikut ajaran Islam."
Read more!
PROMOSI PERCUMA
Pernahkah anda menonton filem terbaru 'Night at the Museum'? Ringkasnya, muzium yang asalnya mengalami masalah kekurangan pelawat telah mengalami kekecohan kerana setiap malam, semua patung-patung dan monumen di sana hidup!
Bila muncul pengawal malam yang baru, kekecohan bertambah-tambah dan mendapat liputan media. Pada awalnya, Pengarah muzium tersebut bengang dan marah kepada pengawal malam tersebut kerana liputan negatif media terhadap muzium itu.
Namun, 'kebengangannya' hilang apabila berduyun-duyun manusia datang untuk melawat muzium tersebut. Dalam erti kata lain, muzium itu telah mendapat promosi percuma dan menyebabkan orang ramai makin mengenali muzium itu dan mahu melihantnya sendiri. Inilah kuasa 'promosi percuma' tanpa dirancang dan diminta.
Ada satu laman web yang dahulu kala suka sangat mengutuk salah seorang aktivis mahasiswa sewaktu balajr dulu; Amin Idris. Kitaro sudah lama tidak melayarinya kerana isu-isu yang dilaporkan adalah terlalu membosankan, lapuk dan kering modal serta artikel-artikel yang hanya bersifat tidak membina.
Sangka Kitaro, setelah lama beroperasi mungkin mereka ada peningkatan khususnya pada setiap pengisian yang dimuatkan. Rupanya tanggapa Kitaro salah kerana 'kering modal' itu masih berlarutan. Laman web yang kononnnya membawa berita mahasiswa itu masih melaporkan isu lapok dan basi... Amin Idris masih menjadi subjek utama kutukan web Idealis Mahasiswa walaupun dia bukan lagi bergelar mahasiswa!

Apa pun, Amin Idris telah menerima 'promosi percuma'. Orang yang tidak tahu siapa Amin Idris lebih akan kenal dan mahu terus mengenali Amin Idris. Jika beliau membuka kedai runcit atau membuka firma guaman, sudah pasti akan laku bak goreng pisang panas! Amin Idris patut berterima kasih pada Idealis-Mahasiswa. Hehehe
Read more!