Sunday, September 30, 2007
BACALAH DUNIA... INILAH BUDAYA DI TAMAN ILMU DAN BUDI!!!
Bila orang bertanya Kitaro, mengapa gerakan pro-mahasiswa dapat bertahan di UIA, antara jawapan popular Kitaro ialah masih ada dari kalangan pentadbiran UIAM yang AMANAH.
Ust. Hamidon tetap dengan prinsipnya
Mengenai isu SPR PRK UIA yang membuka semula penamaan calon dari 27 September kepada 30 September, Kitaro percaya ia bukan tindakan sukarela Pengerusinya; Ust. Hamidon yang juga merupakan Timbalan Rektor HEP. Dengan menggunakan ungkapan "Directive From Top Management" di dalam notis pilihanraya dan juga menjawab soalan wartawan, jelas bahawa terdapat 'kuasa tersembunyi' yang menjadikan SPR PRK UIA sebagai boneka dan mainan mereka.
Kitaro mendapat tahu dari sumber dalaman menyatakan bahawa calon-calon Aspirasi UIA memang tidak layak untuk bertanding menyebabkan ramai calon pro-mahasiswa menang tanpa bertanding. Majoriti calon Aspirasi / GPMS yang tidak melepasi ujian Bahasa Inggeris malah ada yang tak pandai isi borang sehingga menyebabkan pencalonannya terbatal! MAlah ada yang tak cukup syarat kerana tak cukup satu sesi pengajian untuk melayakkan bertanding.
Kenyataan Ust. Hamidon yang menggunakan istilah "Directive From Top Management" cukup memberi makna;
- Beliau sudah muak dengan tekanan 'atasan'
- Itu bukan keputusan SPR PRK UIA
- Mungkin ini kali terakhir Ust. Hamidon sebagai Pengerusi SPR PRK
Kemenangan Reezal sebagai Presiden GPMS adalah berita buruk di UIA
Kemenangan Reezal MErican menewaskan Suhaimi Ibrahim sebagai Presiden GPMS adalah satu berita buruk kepada demokrasi kampus UIA kerana Reezal akan memastikan tempat beliau menerima ijazah, akan kekal dalam cengkaman UMNO sebagai menjaga air mukanya sebagai Presiden GPMS. Apatah lagi Reezal merupakan Setiausaha Politik Paklah Badawi, PM Malaysia!
Justeru, kekalahan awal sebelum terjun ke medan budak-budak UMNO UIA ibarat menconteng arang di muka Reezal. Dia sanggup melakukan apa saja demi menjaga air mukanya walaupun dengan mengorbankan prinsip keadilan yang pernah dipelajarinya di Taman Ilmu dan Budi suatu ketika dahulu. Ilmu tidak dipeduli, budi dilontar ke tong sampah. Lantas, mengikut sumber yang memberitahu, Reezal menekan Rektor UIA; Syed Arabi Idid atas nama Kerajaan Malaysia bertindak segera mengarahkan Hamidon mengeluarkan satu notis baru memaklumkan proses penamaan calon dibuka semula pada hari minggu, 30 September dan hari mengundi tidak berganjak daripada tarikh asal, 2 Oktober, Selasa.
Bukti Campurtangan UMNO di UIA
Kitaro telah menerima satu dokumen dari seorang sahabat (kebetulan juga terlebih awal didedahkan oleh Lutfi Othman di dalam Harakah Daily) yang mendedahkan tangan kotor Reezal sebagai murabbi Aspirasi di UIAM. Kertas kerja tersebut dinamakan 'e-day 07/08' dan bertajuk 'Revival of Students Movement'.
Kertas kerja tersebut menrangkan secara terperinci strategi untuk merampas Majlis Perwakilan Pelajar (SRC) UIAM daripada kumpulan pro-mahasiswa.
Merujuk pada lampiran 1, panel penasihat adalah;
- Menteri Pengajian Tinggi Mustapa Mohamad
- Menteri Pelajaran, Hishammuddin Hussein; Dr Khir Toyo
- Menteri Besar Selangor;
- Presiden UIAM; Sanusi Junid
- Rektor UIA; Dr Syed Arabi Idid
- Presiden GPMS; Reezal Merican
- Setiausaha Parlimen KPT; Dr Adham Baba
- Adun Gombak; Yuszahari Mohd Yusoff
Kemudahan UIA dipergunakan untuk kemudahan Aspirasi melalui Pengetua Kolej Kediaman Bilal, Dr Jamil Hashim. Adun Gombak Setia, Yuszahari bertanggungjawab memcari markas operasi di luar kampus. Isteri Reezal turut menjadi pembantu kanan beliau.
Politik wang juga tidak lari dalam pilihanraya kampus. Duit menjadi motivasi utama budak-budak UMNO UIA;
- Dari Reezal- RM15,000
- Ahmad Ikmal Ismail Exco Pendidikan Pemuda Umno - RM15,000 (+ RM1,000 lagi untuk kegunaan segera).
Wahai dunia... inilah budaya demokrasi kampus. Apa lagi yang diharapkan jika di kampus lagi, bakal siswazah dididik dengan budaya politik sebegini! Inikah caranya membentuk mentaliti kelas pertama?
Read more!
Thursday, September 27, 2007
"Lawyers don't walk everyday. Not even every month. Not even every year. But when they walk, then something must be very wrong."
(Peguam tidak berdemonstrasi setiap hari. Tidak setiap bulan. Malah tidak setiap tahun. Tetapi bila mereka berdemonstrasi, mesti ada sesuatu yang tak kena!!!"
Kata-kata itu diucap di hadapan lebih 1000 peguam yang juga merupakan ahli Majlis Peguam serta pemimpin parti politik, NGO dan rakyat kebanyakan. Perarakan dibuat menuju ke pejabat Perdana Menteri dan menyerahkan 2 memorandum;
1. Memorandum menuntut kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Di Raja untuk menangani isu kontroversi yang melibatkan Ketua Hakim Negara melalui pembongkaran rakaman Lingam dan
2. Memorandum menuntut penubuhan suruhanjaya perlantikan dan kenaikan pangkat
Sebelum ini orang kata demonstrasi menyalahi undang-undang... kali ini orang yang tahu, arif, pakar dan hidup dalam undang-undang berdemonstrasi. Amacam?
Apa isu yang berlaku? Isu ini membabitkan rakaman yang didedakan oleh DSAI mengenai dialog telefon seorang peguam terkenal bernama Lingam tentang percaturan untuk melantik Ketua Hakim Negara pada tahun 2002. Ketua Hakim yang akan dilantik bertugas untuk menjaga survival politik UMNO dan akan dibayar dengan anugerah Tun.
Timbul dakwaan bahawa orang yang Lingam sedang bercakap ialah Tun Fairuz sendiri (Ketua Hakim Negara) sekarang dan terdapat beberapa menteri yang didakwa terlibat dalam mengatur perlantikan Ketua Hakim Negara.
Apa masalahnya? Kitaro tak ambik peduli siapa Lingam, siapa yang Lingam sedang bercakap dan siapa menteri terlibat sebab yang paling utama ialah dakwaan telah ada maka siasatan perlu dibuat kerana ini melibatkan sistem kehakiman negara.
Siasatan pula mestilah adil. Oleh itu, kalau kerajaan sendiri yang siasat, apa jaminan mereka akan adil kerana besar kemungkinan mereka akan siasat ala kadar untuk 'cuci tangan'! Contohnya, Nazri Aziz menyatakan kes ini selesai kerana Ketua Hakim Negara yang didakwa terlibat menafikannya. Eh? Mengapa yang didakwa yang ditanya kerana jika benar dia bersalah sekalipun, takkan dia nak mengkantoikan diri?
Seharusnya ditanya pada pihak 'whistle blower' atau yang mendakwa kerana mereka yang akan bertanggungjawab membuktikannya. Kenapa tak tanya? Adakah bimbang jika didedahkan lebih banyak bukti dan pembongkaran?
Kenapa Suruhanjaya Di Raja? Kerana dalam sistem negara kita, satu-satunya kuasa yang mengatasi kerajaan yang memerintah dan tidak berpihak ialah kuasa di raja. Oleh itu, siasatan yang dibuat mempunyai ruang ketelusan, adil dan tidak berpihak.
Ada apa dengan sistem kehakiman? Dalam negara kita, terdapat pembahagian kuasa dalam memastikan pemerintahan yang adil dan saksama iaitu kuasa legislatif (parlimen yang menggubal dasar dan undang-undang negara), kuasa eksekutif (menteri-menteri yang melaksanakan dasar) dan judisiari (kehakiman yang memastikan dasar dilaksanakan secara adil dan mengikut lunas undang-undang).
Jika kehakiman sudah bersubahat dengan eksekutif, apa lagi yang kita harapkan untuk memastikan wujudnya keadilan dan pemerintah mengikut lunas undang-undang?
Read more!
Sunday, September 23, 2007
INILAH AKIBATNYA....
Ketika itu...
- Semua calon dibenarkan berkempen secara berkumpulan atau bebas. Sama seperti pilihanraya yang sebenar. Rakyat diberi kebebasan samada mahu memilih calon kerana individu (bebas) atau kumpulan yang diwakili.
- Tempoh kempen adalah selama seminggu sebelum hari pembuangan undi.
- Atas semangat dan prinsip 'hak untuk dipilih dan memilih', maka syarat calon untuk bertanding ialah mempunyai CGPA sekurangnya 2.5.
- Poster calon dibenarkan untuk dihasilkan mengikut kreativiti. Maka ketika itu, perang poster amat meriah dengan warna-warni dan kepelbagaian hasil dari kreativiti mahasiswa.
- Calon-calon dibenarkan membuat rapat umum di mana sahaja selagimana tidak mengganggu ketenteraman awam. Jika ada berlaku gangguan, mana-mana pihak boleh membuat laporan dan calon yang membuat gangguan boleh dibatalkan pencalonan jika sabit kesalahan.
- Keputusan pilihanraya diumumkan secara terbukan di stadium universiti. Semua pelajar dibenarkan menyaksikan keputusan pilihanraya.
- Calon-calon yang menang, akan membentuk organisasi dan menghasilkan kabinet MPP. Pihak pentadbiran mengambil masa maksima 2 minggu selepas keputusan pilihanraya untuk meluluskan kabinet MPP.
2 hari yang lalu, Kitaro terbaca satu laporan di dalam Malaysiakini bahawa pilihanraya kampus bermula tahun ini akan berubah iaitu tempoh kempen dilanjutkan kepada semnggu;
"Pilihanraya kampus bagi semua universiti awam di seluruh negara akan diadakan pada 2 Oktober depan.
Menurut lamanweb Universiti Sains Malaysia (USM), hari penamaan calon ditetapka pada 26 September. Ini bermakna calon-calon mempunyai enam hari untuk berkempen.
Ia merupakan tempoh berkempen yang paling lama sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Biasanya, calon-calonnya diberi tempoh berkempen tidak melebihi tiga hari.
Dipercayai keputusan untuk memanjangkan tempoh berkempen itu adalah hasil perbincangan antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Nazri Abdul Aziz dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed."
Walaubagaimanapun, jangan tertipu. Jika dibandingkan pada 7 perkara yang Kitaro ungkapkan pernah berlaku 5 tahun yang lalu, pilihanraya kampus masih lagi 'jakun' kerana selain no. 2, yang lain anda hanya perlu gantikan perkataan 'dibenarkan' kepada 'tidak dibenarkan'.
Akibatnya...
- Pilihanraya kampus umpama acara perlantikan ketua kelas.
- Siswa-dan siswi tidak didedahkan tentang semangat dan prinsip demokradsi.
- Siswa-dan siswi buta tentang kesedaran berpolitik dan kesedaran sivil.
Bila mereka menjadi siswazah... maka inilah akibatnya = Orang Melayu tertinggi tidak daftar sebagai pemilih
Apa pun... SELAMAT BERJUANG mahasiswa-mahasiswi!!! Selamat menempuh PRK 2007!!!
Fokus pada matlamat, rancang secara strategik, pelaksanaan ikut yang dirancang dan terus fokus pada matlamat. Jangan peduli pada sebarang provokasi atau propaganda murahan.
Read more!
Friday, September 21, 2007
DAVID BECKHAM THE FOOTBALLER (Part 1-3)
Monday, September 17, 2007
RAKYAT KELANTAN TIDAK BODOH
Lantas menuju ke restoran KFC. Terkejut rasanya kerana buat pertama kali Kitaro melihat KFC tutup pada siang hari.
Oohhh... patutlah tutup kerana menghormati solat Jumaat. Hasilnya, ia memberi ruang kepada pekerja KFC pergi solat Jumaat bagitu juga rakyat-rakyat yang lain supaya tak berpeluang ponteng solat Jumaat kerana makan KFC (nasib baik Kitaro sedang musafir).
Peringatan! Persekitaran begini takkan ditemui di negeri-negeri lain.
Mungkin ini sebabnya rakyat Kelantan tak nak pada UMNO
Baru-baru ini, sempena lawatan Pak Lah ke Kelantan, akhbar NST menyiarkan laporan satu muka bertajuk: Who will win Kelantan is anybody's guess
Penulis laporan tersebut; Zabidi Ishar setelah mengulas berkenaan sejarah politik Umno dan PAS di negeri Serambi Mekah itu. Beliau terus menjurus kepada ulasan dua orang kuat masing-masing parti iaitu Annuar Musa dan Husam Musa (anak-anak Musa kata MSO). Annuar seperti biasa terus ghairah dengan mengatakan tidak ada sebab mengapa Umno tidak boleh menumbangkan PAS kali ini (saya percaya inilah ucapan yang sama diucapkannya pada pilihnaraya 95, 99 dan 2004 lalu). Husam pula berkata rakyat Kelantan sudah muak dengan Umno.
Dan MB Kelantan Tok Guru Nik Abd Aziz pula dipetik sebagai berkata bahawa: (dengan nada Annuar) Tidak ada sebab rakyat menolak PAS kerana PAS telah berkhidmat dengan sebaik mungkin kepada rakyat dan tidak pernah mengkhianati mereka.
Dari tokoh-tokoh besar itu, Zabidi memuatkan pula pandangan seorang tukang emas, rakyat tempatan, Asri Yaakub 42, yang berkata bahawa beliau yakin rakyat Kelantan akan setia kepada kepimpinan ulamak yang ada. Tambahnya:
Rakyat Kelantan kini memperolehi apa yang tidak pernah kami rasai sepanjang pemerintahan BN dulu.
Dan sebagai penutup dimuatkan pula ulasan tokoh veteran Umno, Tan Sri Hussien Ahmad yang berkata:
Umno memang telah melakukan beberapa lonjakkan namun ianya belum begitu kuat bagi memungkinkan (parti itu) berkuasa. Apa yang saya nyatakan ini memang tidak akan disenangi oleh sesetengah pihak, tetapi ia merupakan realiti yang perlu diterima.
Malah tambah Hussien lagi rakyat Kelantan memerlukan seorang Mr Clean untuk mentadbir negeri ini, dan ternyata BN tiada tokohnya.
Siapa Mr. Clean? Pak Lah atau Tok Guru Nik Aziz??? Rakyat Kelantan tidak bodoh!
Read more!
Thursday, September 13, 2007
PEMIMPIN DAN PENGIKUT
Sejak Islam Hadhari, Kitaro cuba berfikiran positif iaitu;
1. Melihat kebaikan-kebaikan tentang Islam Hadhari
2. Tanda kemenangan moral gerakan Islam di Malaysia. Akhirnya, BN yang selama ini mendakwa Islam tak sesuai menjadi asas pemerintahan terpaksa akur dengan pasakan dakwah Islam dan politik di Malaysia.
3. Tak pedulikan perkataan Hadhari asalkan asasnya ialah Islam.
4. Malah KItaro amat menghormati Pak Lah kerana sejarah dan latar belakangnya.
Tetapi adakalanya, Kitaro berasa ragu. Ragu dengan kesungguhan pemerintah. Adakah Islam Hadhari disokong kerana Perdana Menteri atau kerana Islam? Dalam erti kata lain, kalau bukan kerana Pak Lah yang perkenalkan, mustahil untuk ahli kabinet khasnya menyokong Islam Hadhari.
Suka Kitaro jelaskan, maksud sokong Islam Hadhari kerana PAk Lah = Lakukan apa jua untuk mencapai ISlam Hadhari pada neraca kemahuan dan fikiran mereka.
Manakala sokong Islam Hadhari kerana Islam ialah sokong dalam ertikata beramal dengan Islam mengikut neraca wahyu dan sunnah.
Jika melihat kepada satu program anjuran Kementerian Belia dan Sukan baru-baru ini, nampaknya seolah-olah Islam Hadhari disokong kerana Pak Lah. Program tersebut adalah Majlis Pelancaran Rakan Muda Ramadhan dan dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdullah Md. Zin.
Dalam ceramah menteri ini, beliau menceritakan tentang kemuliaan Ramadhan dan mengajak generasi muda supaya banyakkan beribadah agar menjadi insan bertaqwa.
Bukankah Menteri Kementerian Belia dan Sukan adalah seorang wanita? Hmm... rupanya dalam prinsip Islam Hadhari membenarkan wanita berlumba-lumba menunjukkan style rambut terkini.
Ini dia Imam Masjid Besar Masjid Wilayah. Kitaro tak tahu apa perasaan dia bila duduk di sebelah bersama Menteri KBS di atas pentas. Jika dia sabar, Kitaro kagum dengan kesabarannya yang 'luarbiasa'.
Pepatah Arab menyatakan, "An Nasu 'ala Diini Mulukihim" (Cara hidup manusia banyak dipengaruhi cara hidup pemimpin mereka).
Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak buat seluruh umat Islam khasnya rakyat Malaysia.
Read more!
Tuesday, September 11, 2007
BOHONGAN DEMI BOGONGAN
Dalam isu rusuhan di Terengganu, timbul percanggahan tentang laporan 'isu polis tembak guna peluru hidup'.
"Polis tembak Suwandi sambil berdiri!" - mengikut seorang saksi yang melihat dari jarak dekat peristiwa tembakan peluru hidup ke atas orang awam di Batu Buruk.
"Kami nampak percikan api keluar dari pistol polis"
Kenyataan ini sama sekali berbeza dengan apa yang diterangkan oleh Ketua Polis Terengganu, seperti di bawah;
Ayub said the policeman, who suffered a blow to his eye causing it to bleed, then fell to the ground but the mob allegedly did not relent and continued to hit him.
"He had no choice, he used his left hand to fend the blows and with his right hand, he reached for his gun. Because his face was bleeding profusely, he couldn’t see properly as well.
"He was still on the ground, his elbow was on the ground when he fired into the air. He did not even know that someone had been hit (by the shot)," he added.
Siapa benar?
Apa yang berlaku di Terengganu
Menurut Roslan SMS, antara lain beliau menulis;
Ia sepatutnya menjadi majlis ceramah umum. Tuan rumah di tempat ceramah tersebut telah berpuluh kali membenarkan kawasan rumahnya dijadikan tempat cermah oleh PAS, dan sepanjang sejarah tidak pernah berlaku gangguan apabila majlis-majlis ceramah dianjurkan di situ.
Tiba-tiba pihak polis enggan memberikan permit apabila BERSIH atau Gabungan Pilihnaraya Bersih dan Adil (badanag dianggotai PAS, PKR, DAP dan beberapa NGO lain) mahu mengadakan ceramah di tempat yang sama. Alasan-alasan penolakkan yang diberikan semuanya bukan merupakan isu sebelum ini.
Lalu dipaksa batallah majlis tersebut. Yang menjadi isu adalah cara bagaimana ianya dibatalkan. Pihak polis melalui FRU menggunakan gas pemedih mata dan memancut air dari water canon nya. Itu taktik biasa, walaupun pada malam tersebut tindakan itu dirasakan amat keterlaluan kerana pihak penganjur telah pun berjanji akan memaklumkan dari hal pembatalan itu kepada yang hadir secara aman.
Isu yang paling besar adalah seorang anggota polis telah melepaskan tembakan dari senjatapinya, peluru hidup ke arah mereka yang hadir. Menurut laporan para pendokong PAS yang terlatih telah mengenal-pasti seorang penghasut dikalangan mereka, yang tidak dikenali. Dalam suasana haru-biru itu, seorang penghasut upahan memang mampu membakar semangat dan mencetuskan lagi ketegangan. Lalu beliau telah dipeganga dan didapati rupanya beliau seorang anggota polis yang tidak beruniform.
Anda sudah melihat, mendengar segala suapan media yang menjadi suara dan jurucakap UMNO / BN. Apakata anda dengar pula kata pihak yang terlibat secara langsung di dalam insiden tersebut dan buat pertimbangan rasional atas kebijaksanaan anda. Klik di sini
Read more!
Saturday, September 08, 2007
BAJET 2008
Komen Kitaro... ringkas cuma... Setiap kali PM membentang bajet, umumnya memang bagus. Banyak manfaat yang dirancang untuk diberikan. Soalnya ialah... PELAKSANAAN!!!
Misalnya... apakah benar keuntungannya diterima rakyat sepenuhnya atau rakyat menerima 1/3 manfaat setelah 2/3 dipelahap oleh kroni-kroni?
Contohnya, kira-kira 4 tahun lalu apabila dibentang Bajet 2003, komuniti pendidik dan pelajar sekolah khasnya Wilayah Timur bergembira kerana bajet yang diperuntukkan sebanyak RM 140 juta.
Tetapi ia berakhir dengan siri-siri berita pembinaan makmal komputer terbengkalai, makmal komputer runtuh, atap bocor dsb! Setelah disiasat, rupanya sebelum projek pembinaan makmal komputer dibina, prosesnya terpaksa melalui pelbagai peringkat dari kalangan kroni-kroni UMNO / BN. Akhirnya, jumlah dana yang diperuntukkan betul-betul untuk membina makmal hanya 'cukup-cukup' untuk membeli peralatan yang berkualiti rendah.
Bajet 2008 memberi berita gembira khasnya buat dunia pendidikan kerana yuran sekolah rendah dan menengah diberi percuma, Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) diberikan kepada semua pelajar, RM 30 juta kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) adakan program bagi rakyat yang pelajaran mereka tercicir, RM105 juta untuk program prasekolah dsb. RM214 juta untuk rakyat miskin dll
Soalnya ialah PERLAKSANAAN! Apakah keuntungan hasil projek buku teks akan diperolehi oleh syarikat milik rakyat biasa atau kroni menteri-menteri? Apakah RM214 juta akan diperolehi oleh rakyat tanpa mengira bangsa dan fahaman politik mereka? Malah adakah 'pure' RM214 juta akan diterima oleh rakyat miskin tanpa 'dipelahap' terlebih dahulu oleh JKKK? Adakah RM30 juta kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diberikan kepada NGO yang benar-benar layak atau yang ada connection politik dengan pemerintah?
Kitaro hanya akan berterima kasih sekiranya apa yang dijanjikan kepada rakyat diterima oleh rakyat. From the people for the people!
Read more!
Saturday, September 01, 2007
GOD I MISS MY CHILDHOOD DAYS
Thundercats...
He-Man & the Master of the Universe
Bravestar...
Silverhawk...
Denver... The Last Dinosaur
Voltron; Defender of the Universe
Teenage Mutant Ninja Turtles
Read more!