Photobucket - Video and Image Hosting

Saturday, July 29, 2006

DIVERSION & JIHAD

Demonstrasi anjuran Parti Islam Se-Malaysia.
Di bawah pula adalah demonstrasi anjuran Pergerakan Pemuda UMNO

Kitaro menyokong segala usaha menyelamatkan ribuan nyawa rakyat Lubnan dari kekejaman Israel. Kitaro juga menykong sebarang usaha mengusir Israel dari bumi berdaulat Palestin.

Cuma, Kitaro juga mengharapkan 2 perkara iaitu;

1. Pemerintah tidak menjadikan krisis Asia Barat sebagai 'diversion' bagi menutup mata rakyat daripada melihat sebarang kelemahan pemerintahan Barisan Nasional yang kian terbongkar.

2. Semangat Jihad umat Islam di Malaysia akan lebih utuh dan subur bagi mempertahankan kedaulatan Islam di dalam tanah air sendiri. Bukannya pekak, bisu, tuli, buta dan PASIF apabila muncul puak-puak yang menyalahgunakan undang-undang dan prinsip keadilan untuk memijak-mijak kemuliaan Islam!


  • Jangan tolong Hizbullah kerana mereka Syi'ah?

  • Read more!

    QUALITY


    Good Luck Nicol Ann David dan Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil. Semoga dapat merampas kembali gelaran no. 1 dunia.

    Nicol Ann David adalah atlit bertaraf dunia kini berada di ranking kedua dunia. Beliau tidak memerlukan latihan berpusat di luar negara yang menghabiskan jutaan wang rakyat. Nicol Ann David bukan atlit kelahiran sebuah persatuan sukan bermasalah.

    Beliau menjadi juara kerana beliau seorang yang bijak (8A PMR, 9A SPM), berdisiplin tinggi. Beliau menunjukkan KUALITI SEBAGAI JUARA kerana berlatih sejak usia 8 tahun, berlatih di Belanda dengan sokongan keluarga sendiri.

    When a person has its own qualtity, thus to quote my blog theme, 'The Thing Speaks by Itself'.

    Read more!

    Thursday, July 27, 2006

    MENGUTUK

    Masa sekolah menengah dulu, ustaz Kitaro pernah pesan, dalam dunia ni ada 3 perkara paling best; (1) Makan free (2) Buat jahat (3) Mengutuk orang!

    Tindakan ganas askar Israel melancarkan serangan bertubi-tubi ke atas Palestin dan Lebanon telah meragut lebih banyak nyawa termasuk kanak-kanak.

    Penduduk Palestin membawa seorang pejuang negara itu yang mengalami kecederaan parah akibat dibedil askar Israel di Bandar Gaza, semalam.

    Kejadian menyayat hati di atas bukanlah di kalangan orang kenamaan atau merupakan pemerhati PBB. Nyawa dan darah mereka umpama tiada nilai dan pertubuhan-pertubuhan dunia seperti PBB, NAM, ASEAN dll hanya mampu MENGUTUK sebagai 'mendesak' agar Israel melakukan genjatan senjata sekaligus menghentikan serangan ke atas Lubnan.

    Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi kini sedang lantang mengajak umat dunia MENGUTUK kezaliman Israel. Beliau mendesak ASEAN mahupun PBB untuk bertindak segera menyelesaikan konflik Asia Barat.

    "Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang prihatin dengan perkembangan terkini di Asia Barat hari ini menggesa ASEAN lebih lantang menyuarakan penentangan terhadap keganasan Israel dan tidak lagi bertolak ansur dengan penindasan ke atas penduduk Palestin dan Lebanon." (PM, 26 Julai 2006)

    "Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengajak umat Islam seluruh dunia bersatu membangunkan kekuatan ummah setelah melihat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang sepatutnya berupaya mempertahankan mereka di masa krisis gagal dan tidak bermaya berbuat demikian." (PM. 26 Julai 2006)

    Lantas ASEAN menjalankan tugas 'MENGUTUK' Israel dengan kenyataan;

    "ASEAN mengecam serangan dan pencerobohan Israel ke atas Lebanon dan Palestin sambil menggesa masyarakat antarabangsa dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) segera melaksanakan gencatan senjata di rantau Asia Barat.

    ASEAN mahu apa juga usaha disegerakan bagi mengelakkan suasana di rantau Asia Barat meruncing dan pada masa yang sama menghidupkan semula proses rundingan damai."
    (ASEAN, 25 Julai 2006)

    Namun, OIC masih tiada apa-apa tindakan. Walhal yang mendesak ASEAN mahupun PBB adalah Pengerusi OIC. Maka bangkitlah anakanda Tun Dr. M, Datuk Mukhriz Mahathir mendesak Pak Lah agar menggerakkan OIC;

    "Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) mengadakan sidang tergempar bagi mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertindak tegas terhadap rejim Zionis berikutan serangan ke atas Lebanon yang semakin menjadi-jadi. Mesyuarat itu perlu untuk membincangkan situasi terkini krisis yang sedang berlaku serta mencari resolusi bagi mengatasinya." (Utusan Malaysia, 25 Julai 2006)

    Di kala negara-negara asyik mendsak itu dan ini, persidangan demi persidangan dilakukan, hari ini gempar satu dunia apabila 4 orang pemerhati PBB dibunuh tentera Israel. Menghairankan ialah isu ini dilihat lebih besar daripada ribuan manusia yang telah terbunuh di Lubnan apatah lagi di Palestin. Disebabkab nyawa 4 orang pemerhati PBB lebih penting dari nyawa-nyawa rakyat Lubnan dan Palestin, barulah timbul desakan dari KUTUKAN dari Kofi Annan, Setiausaha Agung PBB.

    Duta Perancis yang juga Presiden Majlis Keselamatan PBB, Jean-Marc de La Sabliere berkata: "Kami mengutuk pengeboman ke atas kedudukan anggota badan dunia itu."

    Presiden Republik Rakyat China, Hu Jintao menyuarakan rasa kesal dan mengarahkan Kementerian Luar supaya mengeluarkan kenyataan mengecam serangan tersebut.

    Ini hanyalah pura-pura dan sandiwara belaka. Mereka Kenapa sekarang baru PBB kelam-kabut untuk mengutuk Israel itupun selepas 4 orang pemerhati PBB dibunuh. Samada ASEAN, NAM, OIC... kerja mereka hanyalah MENGUTUK Israel. Namun, gambar-gambar menyayat hati di atas akan terus bertambah dan hanya menjadi tatapan dunia. Israel tetap menyerang Lubnan dan tetap menceroboh kedaulatan bumi Palestin.

    Israel tetap diiktiraf oleh majoriti negara dunia termasuk China dan Perancis. Malaysia juga mengiktiraf 'Negara Israel' dengan menjemput mereka sebagai wakil Israel dalam kejohanan Ping-Pong dan juga Kriket suatu ketika dahulu. Rakyat yang turun ke jalanan mengadakan perhimpunan membantah kemasukan Israel ditangkap, dipukul dan didakwa.

    Sejak 1948, Israel telah berjaya menceroboh ke bumi berdaulat Palestin. Bermula 1949, melalui perjanjian 'damai', Israel meluaskan pencerobohan. Di dalam 'Perang 6 Hari' pada Jun 1967, Israel menjajah Semenanjung Sinai (termasuk jalur Gaza) kemudian disusuli Tebing Barat yang merupakan sebahagian dari Jajahan Negara Jordan.

    Lantas pada 22 November 1968, Majlis Keselamatan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu meluluskan Resolusi 242 yang melarang sebarang pendekatan melalui peperangan. Tetapi Israel tidak pernah peduli. Mereka melakukan apa sahaja tanpa memandang walau sebelah mata pada 'undang-undang antarabangsa'.

    Walaupun kini banyak negara tidak henti MENGUTUK Israel, tetapi mereka lupa pada masa yang sama mereka mengiktiraf Negara HARAM Israel. Dalam erti kata lain, selagi dunia mengiktiraf kewujudan Negara Israel, selagi itu mereka mempunyai segala kuasa di dunia untuk melakukan segalanya.

    'The Thing Speaks by Itself'

    Read more!

    Tuesday, July 25, 2006

    ISLAM 3

    Terdorong rasa sedar kerana agama Kitaro mula dipijak-pijak, Kitaro masih lagi ingin mengulas berkenaan isu serban (Meor Atiqul Rahman v. Fatimah Sihi) dan kes yang hangat diperdebat; Azlina Jailana @ Lina Joy.

    Malaysia telah mendapat perhatian dunia dari gerakan Kristian dunia rentetan dari kes Lina Joy. Malah mereka 'bertepuk tangan' kerana keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes serban sebelum ini. Gerakan Kiristian sedunia telah bersatu menanti dan berdoa bagi memastikan cahaya Islam di Malaysia malap dan terus terhapusdi bumi Malaysia.


    Antara buktinya ialah wujudnya laman-laman dan blog-blog yang berpakat mendoakan kemenangan perjuangan kebebasan murtad di Malayia. Antaranya, memetik dari openweblog.com menulis;

    ...Pray for Lina and the other Malay Christians living in a state of constitutional limbo. Pray for them as they experience social rejection and legal discrimination. As one Christian woman told AsiaNews on September 21, "We are discriminated and virtually live underground lives. Our parents, siblings and friends all shun us like lepers."

    Anda juga boleh melihat 'kesatuan' mereka dalam laman-laman berikut;

    http://www.mnnonline.org/article/7841
    http://www.dohi.org/view_article.asp?id=147&cat=1
    http://jacklewis.net/weblog/archives/2005/09/religious_freed.php
    http://www.hcjb.org/news/global_religious_news/malaysian_court_rules_conversion_from_islam_illegal_.html
    http://www.openweblog.com/users/mertaka/99931.html

    Bandingkan sikap 'mereka' dan 'kita'...

    Kitaro menarik nafas lega kerana melihat puluhan ribu umat Islam berhimpun di Masjid Wilayah pada 23 Julai (semalam) menyatakan sokongan kepada perjuangan mempertahankan Islam di Malaysia. Kelegaan itu juga bertambah kuat apabila ada juga rakan non-Muslim (Charles Hector) yang menulis di dalam Malaysiakini menyatakan sokongan kepada umat ISlam yang hak mereka dicabul atas nama hak asasi khususnya dalam penilaian beliau berkenaan isu serban. Antara komen beliau:

    "I cannot see how the wearing of a headgear, be it a turban or a serban or a ketayap, would in any way infringe on or violate the rights of any other student in the school. I cannot see how a serban would in any way affect the education of these three students, or the education of the other students.

    These three students may not probably be able to join certain uniformed bodies, or maybe even take part in certain sporting activities which require a naked head but other than that it would, in all probability, not in any way affect their education or their development.

    It also seems that this school regulation and the ministry's circular came into being after these students were already in school for several years. Therefore, logically and reasonably, I do not see why a student is not allowed to wear this headgear or any other headgear which they believe their religion (or even their cultural practice) requires of them."

    Di akhir tulisannya, beliau menyatakan;

    “The question remains as to whether justice was done for these three children who were expelled because they did not want to remove their serban, a headgear they wore because they believed their religion required them to do so.”

    Tetapi kelegaan itu hanya sementara. Rupanya masih ada segelintir umat Islam yang masih bergaduh dan berdebat menegakkan hujah masing-masing dalam isu serban. Bila ada seorang ustaz menulis pendiriannya (mungkin bersama partinya) berkenaan isu serban, maka muncullah beberapa insan yang mengutuk tulisan beliau dan juga memaki parti gerakan Isla, yang disertai beliau.

    Kitaro tidak menolak sebarang diskusi intelek yang sudah pasti membantu percambahan ilmu. Tetapi biarlah ia beradab dan lebih baik jika masa yang diperuntukkan untuk mengutuk gerakan Islam sebagai 'parti kekurangan isu', 'golongan bekerja bukan kerana agama', parti berpura-pura dsb, digunakan bagi mengkaji hujah menangkis hujah-hujah pejuang IFC / Kumpulan 11.

    Kalau beginilah keadaannya, tidak perlulah mana-mana Muslim meratap, menangis dan berteriak kerana kedudukan Islam yang tersungkur menjelang Wawasan 2020 dan umat Kristian yang bertepuk tangan kerana kemenangan menjulang Lina Joy!

  • Hujah Ust. Nasa Tentawi dihentam
  • Child Right's Violated in Serban Case

  • Read more!

    Sunday, July 23, 2006

    UIA DAN UMNO

    Fakta tersurat:

    1. Pergerakan Pemuda UMNO anjur demonstrasi bantah kekejaman Israel.
    2. Disertai oleh 5,000 orang
    3. Berarak dari Masjid asy-Syakirin KLCC ke Kedutaan Amerika

    Fakta tersirat:

    1. UIA hantar 3 buah bas mahasiswa untuk sertai demonstrasi anjuran Pemuda UMNO.
    2. Mahasiswa UIA dilarang terlibat dalam sebarang program anjuran parti politik.
    3. Ada mahasiswa yang pernah digantung pengajian 1 semester kerana didakwa terlibat dalam aktiviti parti politik.

    Read more!

    Saturday, July 22, 2006

    PERANGAI

    Hari ini (21 Julai 2006), satu perhimpunan raksasa anjuran Pergerakan Pemuda UMNO berarak ke Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Jalan Tun Razak sebagai membantah tindakan kuasa besar itu memberi 'lampu hijau' kepada Israel melakukan keganasan di Lebanon dan Palestin. Dewan Pemuda Pas Pusat juga mengadakan perhimpunan yang sama di seluruh negara.

    Tahniah buat pemuda dari kedua-dua parti tertua di negara. Apa sebab sebenarnya di sebalik perhimpunan tersebut diadakan?

    a. Kerana benci talam dua muka Amerika
    b. Kerana benci kezaliman bangsa Yahudi
    c. Kerana kesedaran jihad
    d. Kerana 'political mileage'

    Kitaro bersangka baik pada kedua-dua parti samada Pergerakan Pemuda UMNO mahupun Dewan Pemuda PAS bahawa tindakan mereka bukan mahu mendapatkan 'political mileage'. Kitaro percaya jawapan mereka ialah A, B dan C. Dalam solat setiap Muslim, mereka wajib membaca al-Fatihah. Antara lain kandungan al-Fatihah ialah;

    "...tunjukkanlah kami jalan lurus iaitu jalan-jalan yang Kamu kasihi ke ats mereka. Bukan jalan-jalan yang Kamu murka (golongan Yahudi) ke atas mereka dan mereka yang sesat (Nasrani)."

    Kata Tok Guru ketika mentafsir ayat ini;

    1. Umat Islam dituntut untuk memohon agar diberi petunjuk (hidayah)
    2. Pada masa sama memohon agar tidak terjerumus menjadi seperti Yahudi atau Nasrani.

    Soalnya, memang sampai bila pun, jika seseorang itu Melayu, Cina atau India (Muslim), sudah pasti mereka tidak akan menjadi bangsa Yahudi atau Nasrani. Tetapi mengapa kita tetap memohon doa sepertimana di atas?

    Jelas Tok Guru walaupun sesuatu bangsa yang bukan Yahudi atau Nasrani tidak akan menjadi bangsa Yahudi atau Nasrani, tetapi tidak mustahil mana-mana bangsa akan menuruti 'PERANGAI' Yahudi mahupun Nasrani.

    Antara PERANGAI bangsa Yahudi dari rejim Israel ialah angkuh, zalim dan paling utama; menganggap kaum lain sebagai 'lembu'. Ertinya, hanya mereka yang betul Mereka tidak boleh ditegur apatah lagi dikritik.

    Mahasiswa, ahli akademik, aktivis atau ahli politik di Malaysia yang mengkritik dan menegur kerajaan akan dilabel sebagai pengkhianat bangsa, tidak bersyukur kepada kerajaan dan penjenayah. PERANGAI siapakah yang tidak boleh dikritik itu? Dan siapakah yang tidak boleh dikritik itu?

    Jika benar anda memilih jawapan A, B dan C, ayuh kita tentang habis-habisan Yahudi dan konco-konconya di mana sahaja. Di Malaysia, kita tentang habis-habis kumpulan IFC dan artikel 11! Allahu Akbar!!!

    Read more!

    Thursday, July 20, 2006

    PERINGKAT AKHIR

    "... Kajian pindaan AUKU oleh Kementerian Pengajian Tinggi kini di peringkat akhir." - Kosmo! 7 Julai 2006

    "Penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) kini di peringkat akhir kajian Pejabat Peguam Negara dan hampir selesai," kata Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd Johari Baharum. - Malaysiakini.com, 20 Julai 2006

    Antara IPCMC dan AUKU, mana yang lebih lama? AUKU menjadi perdebatan mahasiswa, ahli akademi, ahli politik dan para aktivis sosial sejak 1971 sehingga hari ini. Setelah lebih 3 dekad, barulah timbul tuntutan untuk AUKU dipinda. Adakah ia satu isu yang baru?

    "AUKU akan dipinda agar lebih ketat!" - Dato' Musa Mohamad, Menteri Pendidikan, Utusan Malaysia 6 April 2002

    "Muktamad! AUKU tidak akan dipinda." - Najib Tun Razak, Timbalan PM, Utusan Malaysia

    "Majlis Belia Malaysia (MBM) dilaporkan mahu undang-undang yang melarang penuntut universiti terbabit dalam mana-mana persatuan belia ketika belajar dipinda kerana ia dikenal pasti antara punca generasi muda tidak berminat menyertai gerakan belia." - Malaysia Today.net, Mac 2006

    Antara IPCMC dan AUKU, kedua-duanya merupakan tuntutan rakyat untuk melihat Malaysia sebagai negara demokratik. Bezanya ialah subjek AUKU adalah kepada kelompok di menara gading; mahasiswa dan ahli akademik. Manakala IPCMC membabitkan perkhidmatan polis sebagai 'third watch' dalam sesebuah negara.

    Kedua-dua adalah penting cuma bezanya ialah isu AUKU adalah sejak 1971 manakala IPCMC adalah sejak reformasi 1998 dan kembali hangat kerana isu 'ketuk ketampi bogel'.

    Mana yang diutamakan pemerintah? Sanggupkah 'mereka' tidak lagi memperalatkan polis demi memastikan 'mereka' terus berkuasa? Atau sanggupkah 'mereka' tidak lagi memaksa mahasiswa tunduk kepada 'mereka' dan membiarkan mahasiswa terus menggugat!?

    Atau mungkin 'mereka' akan terus membiarkan rakyat berkhayal dengan harapan mengimpikan Malaysia yang lebih baik di masa hadapan? Muktamad! 'Mereka' mesti berambus

    Read more!

    Wednesday, July 19, 2006

    REWIND; VIVA LA ZIZOU

    Pakar membaca gerakan bibir dan forensik dari Britain, Jessica Rees di dalam kenyataan beliau kepada akhbar The Times mengatakan, Materazzi telah membuat kenyataan berbaur perkauman. Menurut Rees, Materazzi telah mengatakan bahawa Zidane adalah "son of a terrorist whore" (anak kepada pelacur pengganas).

    Setelah mengamati video, Rees menyatakan makian Materazzi itu berkali-kali dan beliau juga mendapati bahawa Materazzi juga telah mengucapkan:


    "So just f*** off' for good measure" (pergi berambus lebih baik)."
    Kenyataan Rees ini telah disokong oleh pelbagai pihak. Antara mereka yang menyokong adalah akhbar The Daily Mail dan juga akhbar The Independent. Para penyokong dan peminat bolasepak seluruh dunia pun agak bersetuju dengan pendapat ini.

    Memetik tulisan Ustaz Maszlee Malik, "Jikalaulah Zidane sanggup dilayangkan kad merah demi mempertahankan maruah ibunya, tidak adakah Zidane di Malaysia ini untuk mempertahankan Islam?"

    Kitaro berkata, "Kerja umat Islam di Malaysia setiap hari syok dengan dunia sendiri; pergi dan balik kerja, bergembira di konsert Jom Heboh setiap malam Ahad, bersuka-ria di Konsert Mingguan Akademi Fantasia setiap malam Sabtu dan biarkan orang lain mempersenda dan menghina agama di atas nama hak asasi!"

    "Dan 5 tahun sekali, undi parti yang kerja mereka menaikkan harga minyak, letrik, air dan membiarkan agama dihina atas nama Hadhari!"

    Read more!

    Tuesday, July 18, 2006

    KELAS DUNIA

    Apakah faktor utama menghasilkan atlit kelas dunia? Jika mengikut teori Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, habiskan RM 490 juta duit rakyat dan bina kompleks sukan yang dipanggil Pusat Latihan Berprestasi Tinggi di Brickendonbury, London.

    Korea Selatan

    Korea Selatan yang telah muncul sebagai kuasa sukan dunia walaupun bilangan penduduknya kecil, 47 juta. Bukan saja mereka layak ke Piala Dunia, mereka merupakan pemanah terhandal, taekwondo terhandal, pemain golf wanita mereka juga yang terhandal di dunia. Malah, dalam sukan ping pong dan badminton, sukan bukan tradisi bagi orang Korea, mereka adalah antara pemain yang teratas. Tapi mereka tak habiskan 490 juta untuk membina pusat latihan di luar Korea.

    Brazil

    Ronaldo, Robinho, Julio Batista, Roberto Carlos - Real Madrid (Sepanyol)
    Ronaldinho -
    Barcelona (Sepanyol)
    Dida, Kaka -
    AC Milan (Itali)
    Gilberto Silva -
    Arsenal (England)

    Brazil merupakan pasukan bola sepak no. 1 dalam ranking dunia tetapi tidak membina pusat laitahan di luar Brazil, sebaliknya hampir kesemua pemain kebangsaan mereka 'direbut' untuk bermain di Liga Perdana Inggeris, La Liga, Bundes Liga, Serie A dll. Kemudian mereka memanfaatkan pengalaman di tanah.

    Malaysia?

    Soalnya, mengapa atlit Malaysia tidak direbut oleh negara lain? Adakah kerana Malaysia tidak ada Pusat Latihan Berprestasi Tinggi di Brickendonbury, London atau mana-mana negara luar? Atau kerana atlit suka berdisko, tiada disiplin, tidak menjaga permakanan dan tidak boleh dikritik? Atau kerana kerajaan asyik membazirkan wang rakyat?

    Read more!

    Sunday, July 16, 2006

    SURAT

    Rupanya Malaysia memerlukan seorang bekas Perdana Menteri untuk mengkritik agar kerajaan bertindak dan berubah sehingga sanggup mengklasifikasi semula dokumen-dokumen di bawah OSA. Demokrasi Malaysia...

    Pembangkang dituduh sebagai 'kaki bangkang' kerana asiyik membangkang. Manakala pemerintah, dasar mereka ialah tidak sesekali menerima apa jua cadangan pembangkang. Apa bezanya?

    Pak Lah dah pulang. Apakah adegan episod seterusnya Pak Lah v. Mahathir?

  • Surat Tun Dr. M kepada Lee Kuan Yew
  • Singapura lebih pantas dari Malaysia

  • Read more!

    Friday, July 14, 2006

    SUDAH TIBA MASANYA

    Fakta yang terkandung dalam tulisan ini diringkaskan berdasarkan daripada;

    1. Kupasan kes murtad Azlina Jailani (Lina Joy) yang dibincang di hadapan peguam-peguam Islam Malaysia & organisasi kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) yang hadir pada taklimat isu murtad pada 12-Julai-2006 di Bilik Mesyuarat Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, serta

    2. Berdasarkan kupasan kes yang telah dibentang dibincangkan bersama Saudara Zulkifli Nordin pada 09-Julai-2006 di Surau As-Sakinah Taman TTDI Jaya, Shah Alam.

    Program selanjutnya untuk ulasan pelan tindakan akan diadakan pada;

    1. Jumaat 14-Julai-2006, 07.45pm di Masjid Ibtisam Taman TTDI Jaya, ulasan akan diberikan oleh wakil Ahli Jawatankuasa Peguam Pembela Islam (PPI).

    2. Ahad 16-Julai-2006, 02.30pm di Anjung Rahmat, Ibu Pejabat ABIM Jalan Gombak untuk merangka pelan strategi oleh seluruh NGO & organisasi Muslim & Malaysia.

    3. Ahad 16-Julai-2006, 08.30am di Unisel, SS7 Shah Alam untuk sessi taklimat isu semasa oleh Peguam & Bekas Presiden Majlis Peguam.


    Kehadiran & hebahan untuk kedua program ini diharapkan sepenuhnya & menjadi kewajipan untuk umat setiap Muslim bertindak.


    MUQADDIMAH

    Maksud hadith;

    Daripada Ibn Mas`ud dan `Aisyah, Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak halal darah seseorang muslim selain daripada tiga sebab: berzina selepas menjadi muhsan, membunuh orang lain tanpa hak dan mengasingkan diri dari jemaah serta meninggalkan agama (murtad)" (Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud dll)

    "Sesiapa yang menukar agamanya (murtad), maka hendaklah ianya dibunuh" (Riwayat al-Bukhari dan Abu Dawud)

    Dalam sejarah lampau, kes Natrah, seorang wanita Belanda yang memeluk Islam dan berkahwin dengan Mansor Adabi telah dipaksa oleh ibu bapanya keluar dari Islam (Murtad) dan menggunakan mahkamah British di Singapura untuk dibawa balik ke Belanda.

    Keprihatinan seluruh umat Islam & masyarakat dari seluruh pelusuk Tanah Melayu untuk berjalan kaki dan berbasikal untuk berkumpul & berdemonstrasi di Sinagpura untuk membantah & mempertahankan aqidah hanya SEORANG muslimah dari dimurtadkan tanpa sedikitpun memikirkan perasaan takut untuk berhadapan dengan bedila pelurun serta cota tentera British dan sebagainya yang menghalang mereka.

    Hakikat yang berlaku selepas itu hingga sekarang, umat Islam sekarang terlalu lemah dan dayus untuk hanya mampu melihat sahaja tanpa memperdulikan langsung sejumlah 100,000 (Mufti Perak), dan 250,000 kes yang telahpun murtad “tanpa paksaan” dan hanya menanti untuk didaftarkan di Pejabat Pendaftaran Negara…

    Apa pendirian kita…?

    LATAR BELAKANG

    Bangsa Melayu khususnya di Malaysia, adalah satu-satunya bangsa di dunia yang mengguna pakai definisi yang jelas di dalam perlembagaan untuk mentakrifkan definisi perkataan Melayu serta skop yang merangkuminya.

    Istilah Melayu di Malaysia dijelaskan sebagai seorang yang penganut agama Islam, dan Islam & Melayu pada dasarnya mengikut definisi perlembagaan sama sekali tidak boleh dipisahkan.

    Perkara ini diletakkan dengan jelas di dalam perlembagaan dan menjadi suatu undang-undang di Malaysia untuk Melayu tidak dibenarkan meninggalkan Islam, (rujuk Artikel 160 Perlembagaan Persekutuan), dan Melayu dan bangsa lain yang menganut agama Islam adalah tertakluk di bawah syariat Islam & perundangan Mahkamah Syariah di Malaysia.

    AZLINA JAILANI @ LINA JOY?

    Nama asal: Azlina Jailani, pernah memohon pada tahun 1997 untuk ditukar kepada Azlina Lelani tetapi ditolak sebab beralasan telah tukar agama Kristian.

    Permohonan kedua untuk tukar kepada Lina Joy pada 1999 tanpa menyatakan sebab pertukaran kepada agama Kristian telah diluluskan, dengan Kad Pengenalan Baru tertera perkataan Agama Islam.

    Ayah bernama Jailani bin Shariff dan ibu bernama Kalthum binti Omar, keduanya beragama Islam dan mengamalkan hidup sebagai Muslim.

    Berwajah typical Malay, berbangsa Melayu keturunan Jawa, berumur 42 tahun.
    Mengisytiharkan tidak pernah mempraktikkan Islam sejak lahir, beragama Kristian sepenuhnya sejak tahun 1990, mempunyai sijil Baptis yang dikeluarkan pada 11-May-1998, dan pada tahun 2000 menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan seorang India Kristian, dan meminta untuk didaftarkan perkahwinan tersebut untuk mengesahkan perkahwinan beliau.

    Telah beberapa kali dipanggil dan dinasihatkan oleh Majlis Agama berkenaan kemurtadan beliau, tetapi beliau mempertahankan yang pilihan keluar dari Islam adalah kehendak sendiri dan telah dimaklumkan pada kedua ibu bapa.

    Bekerja di ProQuest di Taipan, Subang Jaya.menetap di Taman Dato’ Tan Yeiw Lai, Kuala Lumpur.

    FAKTA KES

    Selepas berkahwin dengan seorang Kristian, beliau memohon untuk pendaftaran perkahwinan, tetapi tidak dibenarkan sebab di dalam Kad Pengenalan masih tertulis beragama Islam walaupun beliau berjaya menukar nama dalam Kad Pengenalan kepada Lina Joy.

    Berusaha untuk menghilangkan perkataan agama Islam tersebut dengan permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada tahun 2000.

    Permohonan tidak dibenarkan oleh JPN disebabkan tidak ada kebenaran dari Mahkamah Syariah yang membenarkan memperakui beliau keluar Islam.

    Mahkamah Syariah mengguna pakai undang-undang Islam yang tidak mengbenarkan (MENGHARAMKAN) seseorang Muslim keluar dari Islam (Murtad), dan Sijil Tukar Agama (Murtad) seperti yang dikehendaki oleh JPN tidak dapat dikeluarkan.

    Permohonan bermula di Mahkamah Tinggi tahun 2000, seterusnya ke Mahkamah Rayuan pada 19-Septemebr-2005, dan keduanya mengiktiraf bahawa kes adalah dalam kuasa Mahkamah Syariah untuk membenarkan beliau keluar dari Islam dan membolehkan dibuang perkataan Islam di dalam Kad Pengenalan.

    Setelah semuanya tidak berjaya, peguambela, Dato’ Dr Cyrus Das, juga bekas Presiden Majlis Peguam, berjaya mendapat kebenaran untuk kes dibawa kepada Mahkamah Persekutuan.

    Kes didengar oleh 3 Hakim (2 Muslim & 1 non-mullim ~ Ketua Hakim Tun Fairiz, Dato’ Alauddin, & Dato’ Richard) pada dasarnya berpendirian yang sama menyokong tindakan Mahkamah Rayuan… HINGGALAH Majlis Peguam yang di ketuai oleh Peguam Malik Imtiaz Sarwar dan beberapa yang lain, yang hanya menjadi barisan peguam pemerhati beserta banyak lagi NGO yang menyokong Lina Joy meminta untuk memberi hujah & bersuara, dan DIBENARKAN oleh mahkamah yang terlibat.

    Itu adalah permulaan isu ini dibesarkan yang mana tidak pernah dalam sejarah perundangan negara peguam pemerhati dibenarkan berhujah di dalam Mahkamah.
    Hujah yang dibawa oleh barisan peguam pemerhati yang diketuai oleh Majlis Peguam tersebut melarikan isu utama kes berkenaan daripada hak & kuasa Mahkamah Syariah TETAPI memberi hujah bahawa Lina Joy adalah berhak untuk mempraktikkan kepercayaannya dan dilindungi oleh perlembagaan sebagai hak individu seperti yang terkandung di dalam Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.

    Isu Mahkamah Syariah seperti yang diputuskan oleh mahkamah terdahulu sudah tidak releven lagi pada hujah Majlis Peguam, dan isu yang diperjuangkan oleh Kumpulan Artikel 11 & IFC dijadikan isu utama kes ini di Mahkamah Persekutuan.

    Isu yang diperjuangkan oleh kesebelas NGO non-Mulsim atas nama kumpulan Artikel 11 & Inter-Faith Council (IFC) adalah untuk mendefinisikan perkataan "person" (individu) yang terkandung di dalam Artikel 11 tersebut untuk merujuk kepada individu as per say, bukan lagi kumpulan atau agama secara umumnya.

    Ini adalah kali pertama dalam sejarah Malaysia attempt yang sebegitu berani & bersikap kurang ajar yang dilakukan untuk menghuraikan definisi tersebut untuk menguraikan ikatan Islam mengikut kepahaman peribadi seseorang penganut itu sendiri, dan menafikan hak Islam sebagai agama untuk mewajibkan umatnya mempraktikkan amalan & syariat Islam seperti yang terkandung dalam undang-undang Islam.

    IMPLIKASI DARI DEFINISI "INDIVIDU"

    Nampak & dengar terlalu kecil, tetapi implikasinya melampau batas pemikiran kita…!
    Orang Islam dibenarkan meninggalkan Islam pada bila-bila masa sahaja, walaupun mengakui mereka adalah Melayu pada bangsanya. Ini bermakna Melayu di Malaysia bukan lagi terikat dengan agama Islam seperti yang telah digazetkan dalam perlembagaan.
    Apabila definisi "person" didefinisikan sebagai hak individu, maka agama Islam boleh ditafsirkan mengikut kefahaman individu sendiri tanpa ada undang-undang Islam yang boleh mengongkongnya;

    a. Orang Islam boleh keluar-masuk Islam pada bila-bila masa.
    b. Islam boleh diamalkan mengikut kefahaman sendiri sepenuhnya.
    c. Kesalahan syarie oleh seorang Muslim tidak boleh diambil tindakan disebabkan perundangan Syariah sudah tidak relevent.

    Sebagai contoh, solah boleh dilakukan mengikut sedap hati mengikut rakaat solah yang difahami sendiri, puasa dalam Ramadhan boleh ditinggalkan apabila membuat deklarasi “bukan Islam” pada bulan itu tanpa boleh diambil tindakan.

    d. Semua badan-badan Islam tidak relevent lagi dalam perundangan semasa, sebab hak mempraktikkan secara individu diperjuangkan.

    e. Raja-raja Melayu hilang kuasa sebagai benteng & simbol agama.

    f. Kanak-kanak apabila masuk umur 18 tahun, ibu bapa akan terus hilang kuasa untuk menetapkan agama dan fahaman mereka, dan tindakan boleh diambil ke atas ibu bapa yang memaksa anak mereka mengamalkan Islam.

    g. Perukunan Islam pada dasar sudah tidak valid disebabkan tiada satu pun akta-akta berkaitan Islam contohnya Akta Solah, Akta Puasa, Akta Haji, Akta Zakat yang mengikat seseorang Muslim di dalam perlembagaan.

    MENGAPA KES LINA JOY?

    Kes Lina Joy adalah kes yang seduah lama didiamkan, tetapai ianya telah dimarketingkan diperingkat antarabangsa secara bersungguh-sungguh, adan ia adalah satu daripada ratusan ribu kes yang menanti untuk diketengahkan.

    Kes Lina Joy adalah kes yang mengambil kesempatan dalam kekalutan semasa umat Islam di dunia, dan di Malaysia khususnya yang amat lemah dan tidak ada keupayaan untuk digembleng untuk mempertahankan Islam di mana-mana sahaja, hatta mempertahan aqidah seorang muslim yang lain.

    Kes ini pada dasarnya adalah rentetan daripada tuntutan kumpulan “Artikel 11” yang pernah berkumpul di Petaling Jaya & Melaka, dan pernah cuba berkumpul di Pulau Pinang pada 14-Mei-2006 yang menuntut kepada pemerintah untuk membenarkan sepenuhnya kebebasan Murtad di bawah Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan, setelah kekalahan untuk kes Mohamed Abdullah @ Moorthy, S. Sharmala dan Nyonya Tahir.

    Amat mendukacitakan sekali apabila kumpulan Artikel 11 yang juga dikenali Inter-Faith Council (IFC) disertai oleh beberapa individu Melayu & Islam termasuklah Sister-in-Islam, yang digerakkan oleh pemimpin-pemimpin & sekutu pemimpin-pemimpin negara yang beragama Islam.

    Kes Lina Joy adalah attempt yang akan memberikan impact yang amat besar, dan diistilah kan sebagai “beyond our imgination” yang mana ia secara langsung mencabar undang-undang Syariah oleh Mahkamah Syariah di bawah Perkara 121(A) Perlembagaan Persekutuan, samaada ianya akan dipinda atau dihapuskan sepenuhnya, dan seterusnya mancabar hukam yang Allah SWT telah tetapkan di dalam Al Quran & As Sunnah.

    Berikutan kes Lina Joy, maka terlalu banyak kes-kes permohonan Murtad dan sebagainya yang telah lama menunggu & sedang menunggu, dan kejayaan dari kes ini akan membenarkan permohonan lebih 250,000 untuk keluar Islam akan dibenarkan oleh perlembagaan.

    Kes ini menjadi PERHATIAN PENUH organisasi & individu bukan Islam seluruh dunia, dan seluruh negara-negara besar didunia menghantar wakil untuk memberikan pressure yang besar ke atas hakim & sistem perundangan negara yang AMAT LEMAH untuk membela aqidah seorang rakyat Islam.

    www.becketfund.com, www.malaysianbar.org.my, www.bernama.com.my menyenaraikan dengan jelas fakta kes dan bagaimana organisasi besar satu dunia ini menjadi tembok & dalang yang begitu kuat yang membela Lina Joy. Ianya dianggotai oleh pelbagai pertubuhan hak asasi manusia sedunia.

    Di Malaysia pula 11 NGO dan organisasi menghantar wakil ke Mahkamah Persekutuun untuk memberi pressure kepada Hakim yang terlibat setelah mereka dibenarkan bersuara untuk membela Lina Joy, antaranya;

    Malaysian Bar Council
    All Women’s Action Society (AWAM)
    Sisters in Islam (SIS)
    Catholic Lawyers Society
    Interfaith Spiritual Fellowship
    Malaysian Civil Liberties Society (MCLS)
    Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism and Sikhism (MCCBCHS)
    National Human Rights Society (HAKAM)
    Pure Life Society
    Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
    Vivekananda Youth Movement, Seremban
    Women’s Aid Organization (WAO)
    Women’s Development Collective (WDC)

    Wakil dari pertubuhan antarabangsa khususnya juga bercakap menyatakan pendirian & tekanan mereka ke atas mengkehendaki agama adalah pilihan 100% pada diri individu tanpa paksaan, dan membentngkan paper & kes study yang begitu panjang lebar kepada hakim-hakim yang terlibat untuk meletakkan mereka pada tahap kekeliruan yang amat tinggi.

    Dalang utama pihak yang membela Lina Joy adalah wakil Bar Council yang beragama Islam (Malik Imtiyaz Sarwar) telah mengambil partisan stand untuk memberi hujjah yang menyokong tindakan Lina Joy tersebut tanpa mendapat restu dari Bar Council member. Malik sendiri berpendirian agar seorang Muslim dibenarkan untuk menukar agama mereka kepada apa jua pilihan mereka.

    Suatu yang amat menyedihkan kerana tidak ada wakil daripada pertubuhan Islam yang begitu banyak di Malaysia, kecuali wakil beguam dari ABIM dan Persatuan Peguam Muslim Malaysia sahaja yang bercakap mempertahankan hujah.

    Suatu fakta yang dinyatakan oleh Peguambela pihak Lina Joy di dalam mengakhiri kes itu menyebut;

    “…it is time that we must knock into the heads of Malay that our country Malaysia is never been an Islamic country. Strong message must be thrown to Muslim to tell them that in Malaysia Islam is just a subservient to constitution…”

    TINDAKAN SEGERA

    Memandangkan kes ini hanya mempunyai tempoh 6 minggu sebelum diputuskan di Mahkamah Persekutuan Putrajaya pada 28-Julai-2006, maka tindakan segera telah diputuskan untuk diambil oleh segenap lapisan masyarakat Islam, antara keputusan jangka masa pendek yang telah dicadang dan dipersetujui akan diusahakan secepat mungkin adalah;

    1. Penubuhan segera kumpulan Peguam Pembela Islam (PPI) yang diketuai oleh Peguam Zainur Zakaria, bekas Presiden majlis Peguam untuk melakukan protes kepada Majlis Peguam di atas keputusan beberapa Eksekutif Committee untuk menyokong kes Lina Joy;

    Secara langsung seolahnya menunjukkan seolahnya Majlis Peguam adalah dalang utama kes ini setelah mereka menyatakan sokongan penuh kepada kes Lina Joy di Mahkamah Persekutuan baru-baru ini, sedangkan tidak pernah mendapat mandate tersebut daripada badan dan ahli Majlis Peguam yang dilantik.

    Majlis Peguam juga telah menjadi pemangkin kepada tindakan berani & kurang ajar pelbagai pertubuhan NGO bukan Islam dalam & luar negara untuk mengajar orang-orang Islam untuk bagaimana mengamalkan Islam di Malaysia.

    Suatu EGM akan diadakan segera untuk membantah dengan mendapat tandatangan lebih 200 peguam Islam yang hadir dalam perjumpaan 12-Julai-2006 untuk menghalang Majlis Peguam daripada menyebelahi Lina Joy dalam kes beliau.

    Zainur Zakaria dan dianggotai 15 peguam lain sebagai committee termasuk Kamar Ainiah, Zainul Rijal Abu Bakar, Haji Mohamad Buruk dan Dato' Zaiton Othman mewakili Persatuan Peguam Muslim Malaysia, merangkumi pelbagai bidang kepakaran dan fahaman politik yang pelbagai. Antara yang lain adalah; Dato Abu Zahar, Dato Ainuddin, Zulkifli Nordin, PaaWan Chik Marican (Peguambela utama kes), Baharuddin, Subki Yusuf, Radhi (Setiausaha NGO Melayu), Zainddin Ismail, Zainur Ridaun, Shamsuriya, Azril, Raja Mustafa.

    2. Suatu website diwujudkan segera untuk menjadi rujukan kepada fakta kepada kes ini, www.peguampembelaislam.com atau www.peguampembelaislam.org, yang akan diputuskan segera mengikut kesesuaian.

    3. Suatu Press Statement dikeluarkan oleh Peguam Pembela Islam untuk mendesak semua pihak yang terlibat untuk menghormati undang-undang dan menafikan penglibatan Majlis Peguam di dalam membela kes Lina Joy.

    4. Perjumpaan oleh semua gabungan NGO Islam & Melayu untuk menyatakan sokongan terhadap tindakan Peguam Pembela Islam serta menyebarkan kesedaran kepada seluruh masyarakat tentang isu ini;

    Kes ini ada kes yang menjadi perhatian dunia, sedangkan di Malaysia kes ini disorokkan oleh pihak media tempatan atas alasan faktor keselamatan dan sebagainya, kecuali kenyataan yang terkandung di dalam Bernama.com.my

    Umat Islam di Malaysia dari apa jua kefahaman politik dan bangsa perlu sedar dan disedarkan tenatang apa yang sedang berlaku dan implikasinya terhadap Islam, Muslim dan perjuangan Islam di Malaysia pada masa hadapan.

    Majlis tersebut akan diselia oleh ABIM yang akan diadakan di Ibu Pejabat ABIM, Anjung Rahmat, Jalan Gombak pada 16-July-2006, Jam 2.30pm. Semua dijemput hadir

    5. Press Statement telah dikeluarkan oleh Persatuan Peguam Syarie, Dato’ Zaiton Osman pada Jumaat 07-July-2006 tetapi langusng tidak dikeluarkan oleh mana-mana media di Malaysia.

    6. Mesej akan disampaikan melalui mimbar khutbah Jumaat pada minggu hadapan atas kebenaran daripada pihak yang terlibat.

    7. Paling kurang 100,000 artikel akan dicetak dan diedarkan dengan tujuan untuk menyedarkan umat Islam tentang perkara ini dalam bentuk bertulis, dalam bentuk yang mudah dipahami kepada seluruh masyarakat Malaysia.

    8. Solah Hajat diminta dilaksanakan di segenap peringkat untuk memberi kesedaran dan memohon pertolongan Allah untuk menyelamatkan aqidah Umat Islam di Malaysia, khususnya.

    9. Usaha juga akan diteruskan untuk menyedarkan pemimpin-pemimpin negara serta Majlis Raja-Raja tentang implikasi dari sikap ambil tidak endah dari kes ini, serta meminta dengan kuasa yang ada pada tangan mereka untuk berusaha menyelamatkan aqidah umat Islam dari terus dimusnahkan.

    10. Seluruh badan serta oraganisasi & individu mesti menggunakan setiap kekuatan yang ada untuk mempengaruhi serta menyedarkan masyarakat tentang isu ini, serta meminta masyrakat untuk mencuba sedaya mungkin mempengaruhi pihak yang terlibat untuk memastikan pekutusan berpihak kepada menjaga Aqidah Islam.

    11. Pengumpulan dana kewangan segera susulan daripada dana yang telah dukumpul ketika perjumpaan peguam Muslim pada 12-Julai-2006, yang akan digunakan untuk menggerakkan bantuan kepada individu yang terlibat di dalam kes ini, termasukalah untuk mendapatkan beberapa unit notebook serta printer dan peralatan lain sekretariat Peguam Pembela Islam.

    12. Mengumpul tandatangan seluruh Muslim di Malaysia untuk diserahkan kepada pemerintah dan Raja & Hakim sebagaimana yang telah dilakukan oleh NGO tersebut dengan mengumpul 20,000 tandatangan dan diserahkan kepada Perdana Menteri baru-baru ini. Amat malang tiada sebarang tindakan atau statement dikeluarkan oleh beliau, malah seorang Menteri yang terlibat dengan perundangan Malaysia juga telah melabelkan “bodoh” kepada individu yang menghalang dari usaha ini diteruskan.

    13. Seterusnya, atas usaha & idea bersama yang perlu dilakukan segera.

    14. Maklumat seterusnya akan disalurkan melalui group email, boleh mendaftar sebagai ahli secara percuma; peguampembelaislam@yahoogroups.com

    PENUTUP

    Saudara sekalain, Allah tidak akan tanya apa hasil dari apa yang kita lakukan, tetapi Allah akan tanya kita apa yang kita lakukan untuk memastikan tanggungjawab fardhu ‘ain untuk menegakkan Islam di muka bumi dilaksanakan…

    Fikir & bertindak. Wassalam.

    Read more!

    Thursday, July 13, 2006

    SERBAN DAN LINA JOY

    Mahkamah Persekutuan di sini semalam memutuskan, peraturan sekolah yang melarang pelajar Islam memakai serban tidak melanggar Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan berhubung kebebasan beragama.

    Antara kandungan perhakiman bertulis 24 halaman oleh Hakim Datuk Abdul Hamid Mohamed ialah:

    1. Pada pandangan Islam, amalan memakai serban bukannya perkara besar, lebih-lebih lagi kepada kanak-kanak bawah umur. Islam bukan semata-mata mengenai serban dan janggut. Masyarakat Arab Jahiliah juga memakai serban dan berjanggut

    2. al-Quran tidak menyebut mengenai pemakaian serban.

    3. Rasulullah memakai serban. Tetapi Baginda juga menunggang unta, membina rumahnya dan masjid daripada tanah liat dan berbumbungkan daun kurma dan menggosok gigi menggunakan sugi.


    Adakah itu bermakna menunggang unta itu satu amalan lebih alim daripada bergerak menaiki kapal terbang? Wajarkah dipilih bahan dan cara serupa yang digunakan oleh Rasulullah untuk membina rumah dan masjid seperti di zaman Baginda?

    4. Amalan memakai serban hanya perbuatan sunat dan tidak boleh disamakan dengan amalan rukun, seperti solat dan menunaikan haji.

    5. Peraturan larangan memakai serban tidak melanggar Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan kerana ia bukan satu halangan penuh terhadap tiga pelajar itu. Sebaliknya, mereka mempunyai pilihan lain seperti belajar di sekolah pondok sekiranya ingin terus memakai serban.

    6. Pemakaian serban bukan terhad kepada orang Islam, sebaliknya menjadi pakaian seharian bagi mereka yang hidup di gurun bagi melindungi daripada persekitaran yang panas dan berpasir.

    Malah, sesiapa saja yang pergi ke Makkah akan dapati bahawa sekeping kain, biar atas nama apa sekalipun untuk menutup kepala dan muka daripada panas matahari, cuaca kering dan debu, amat berguna.

    Sekarang ini, berdasarkan reka bentuk dan cara memakainya, serban melambangkan bangsa pemakainya, umpamanya sama ada mereka orang Arab Saudi, Afghan, Sudan atau Oman. Serban telah menjadi sebahagian pakaian rasmi negara-negara ini. Apa yang turut menarik ialah sehingga sekarang ini pun tidak ramai daripada mufti kita dan hampir tiada hakim Mahkamah Syariah memakai serban.

    7. Amalan wajib dalam Islam juga berbeza apabila membabitkan kanak-kanak lelaki yang belum baligh, berbanding kewajipan terhadap lelaki dewasa.

    8. Larangan berserban itu hanya ketika waktu sekolah. Tetapi mereka tidak dilarang memakainya pada beberapa keadaan, contohnya ketika bersolat. Bagaimanapun jika menyertai pengakap atau bermain bola sepak sudah pasti mereka tidak boleh memakai serban. Setiap benda ada tempat dan waktunya yang bersesuaian.

    Optimis

    Mungkin ramai yang kecewa dengan keputusan Mahkamah Persekutuan ini kerana ia bakal menjadi binding precedent pada kes-kes akan datang. Begitu juga Kitaro yang kecewa dan adakalanya sakit hati pada hakim-hakim yang terlibat. Akan tetapi jika diteliti pada ratio decidendi keputusan kes Meor Atiqulrahman ini, asanya ialah merujuk kepada perkara fundamental di dalam Islam, perkara yang mempunyai nas jelas dan nyata, perkara yang bersabit Aqidah.

    Dalam kes ini, ketiga-tiga panel hakim; Abdul Malek, Abdul Hamid serta Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong sebulat suara berpandangan bahawa pemakaian serban tidak ada kaitan dengan aqidah kerana tiada dosa jika tidak memakainya. Dalam erti kata lain, hukum pemakaian serban adalah sunat di sisi Islam.

    Jika keputusan ini konsisten, ini memberi sinar cahaya dan berita baik bakal menanti umat ISlam khususnya di Malaysia dalam kes Lina Joy. Kes Lina Joy merupakan isu membabitkan jenayah murtad mengikut undang-undang Islam dan ia ternyata terkandung dalam nas samada al-Qur'an mahupun hadis. Malah kes murtad juga jelas membabitkan aqidah seseorang Muslim.

    Lina Joy

    Pada 2 Februari 1997, Lina Joy telah memohon pada Jabatan Pendaftaran Negara untuk menukar nama memandangkan beliau telah meniggalkan Islam dan telah memeluk agama Kristian. Namun ia tidak dibenarkan oleh JPN dan kes ini dibawa ke Mahkamah Tinggi. Keputusan Mahakamah Tinggi berpihak pada JPN dan kes ini dirayu pula ke Mahkamah Rayuan.

    Rayuan tersebut juga ditolak oleh Mahkamah Rayuan dan keputusan pada 23 April 2001 tersebut dibacakan oleh Hakim Datuk Gopal Sri Ram bersama Datuk Abdul Aziz Mohamad dan Datuk Arifin Zakaria. Kes tersebut kemudian dibawa ke Mahkamah Persekutuan untuk rayuan dan kini dalam proses perbicaraan.

    Kini umat Islam Malaysia sedang menanti dengan penuh harapan. Harapan agar Islam dipandang mulia walaupun adakalanya ia dipandang hina oleh umat Islam sendiri.

    Baca:
  • Baca dengan ilmu
  • Perjuangan Wanita?

  • Read more!

    Wednesday, July 12, 2006

    NAJIB SERU BERPEGANG PADA AL-QUR'AN

    Maka bersabdalah Timbalan Perdana Menteri Malaysia al-Hadhari ketika merasmikan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-49 di Stadium Melawati pada 11 Julai 2006;

    "Umat Islam perlu memahami al-Quran secara lebih holistik dan tidak setakat boleh membaca saja. Ini tanggungjawab individu, ibu bapa, anak dan suami isteri. Ia fardu ‘ain, bukan lagi fardu kifayah yang perlu dilaksanakan golongan ulama..."

    "Al-Quran yang syumul perlu difahami sebagai kitab suci yang menyediakan pendekatan dan wasilah secukupnya untuk memandu manusia ke jalan yang benar..."


    Bersabda pula Menteri Pelancongan, Tengku Adnan Mansor ketika mengetuai rombongan lawatan rasmi kementerian beliau ke Vietnem;

    "...kerajaan Malaysia akan menimbangkan untuk melanjutkan waktu operasi kelab-kelab malam dan pusat-pusat hiburan dalam negara kepada jam 5 pagi kerana terdapat rungutan para pelancong yang kononnya mengatakan NIGHTLIFE ataupun kehidupan malam termasuklah di KL dan Pulau Pinang membosankan kerana NIGHTSPOTS ataupun pusat-pusat hiburan ini tutup terlalu awal iaitu jam 1 pagi."


    Kemudian bertegas pula Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Johari Baharom;

    "Kerajaan telah memutuskan untuk tidak membenarkan lanjutan waktu operasi ini atas alasan ianya akan menggalakkan pengedaran dan penggunaan dadah jenis sintetik dikalangan para pengunjungnya yang kini merupakan masalah besar kepada pihak berkuasa."

    Tambah beliau;

    "...di Thailand pun (yang dikenali dengan pusat-pusat hiburan dan kelab-kelab malanya itu) operasi mereka ditutup sekitar jam 2 pagi."

    Kemudian berkokoklah TPM yang menyeru umat Islam menghayati al-Qur'an secara holistik dan syumul;

    "Kerajaan masih perlu mendengar pandangan serta pendapat daripada pelbagai pihak sebab kita perlu mencari satu pendekatan yang dapat mengimbangi antara keperluan pelancongan dan kebimbangan dari segi masalah sosial dalam negara kita."

    Pusat hiburan, disko, pub dsb adalah menjadi common sense sinonim dengan arak. Tiada pub yang hanya menjual air berkarbonat, air buah, air kopi dan air milo. Maka, sebagai Muslim, Kitaro teringat pada firman Allah;

    Firman Allah SWT dalam surah Al-Maidah ayat 90-91;

    "Hai orang-orang yang beriman, bahawasanya arak , judi, (berkorban untuk) berhala dan bertenung itu adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan, sebab itu hendaklah kamu meninggalkannya semuga kamu beroleh kejayaan"

    "Sesungguhnya syaitan termasuk hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran khamar dan judi itu dan menghalangi kamu dari mengingati Allah dan sembahyang. Apakah kamu tidak mahu berhenti?"

    Justeru, jom kita sahut seruan TPM iaitu menghayati al-Qur'an sekaligus mendesak dia turut sama tegas dalam mempertahankan prinsip-prinsip yang terkandung di dalam al-Qur'an. Jangan hanya pandai bercakap duhai Najib!


    Read more!

    Tuesday, July 11, 2006

    BERANI

    Ramai orang bertanya Kitaro, bagaimana hendak jadi berani. Mungkin tidak mudah untuk menjadi berani tetapi ia tidaklah sesusah yang disangka. Ada yang mengatakan, "Saya tidak dapat jadi berani kerana takut." Berdasarkan pengalaman, 2 asas penting untuk menjadi BERAN; (1) Matlamat dan (2) Takut

    Setiap manusia mesti ada matlamat samada mahu melihat Malaysia yang Demokratik, Daulah Islamiah, Bi'ah Soleheh, menjadi jutawandan sebagainya. Yang penting, kenal pasti, fahami, hayati dan jadikan sebahagian dari cara hidup. Bagi KItaro, tak salah untuk takut kerana dengan ketakutan maka dari situlah anda akan memahami erti keberanian. Justeru, bila rasa takut, maka atasi rasa takut tersebut. Dari situ, anda dapat melihat apa itu BERANI dan jadikannya sebagai sebahagian dari cara hidup anda.

    Akhirnya, jadikan benarkan sesiapa menghalang anda untuk mencapai matlamat yang dicita. Percayalah, anda akan jadi BERANI!

    Read more!

    Monday, July 10, 2006

    PUSARA

    Cuba teka siapa jejaka di pusara Allahyarham Yie...


    Read more!

    Sunday, July 09, 2006

    SUPERMAN, MAHASISWA?

    Kitaro dah tonton Superman Returns. Memang best! Teringat zaman kanak-kanak dulu. Kitaro pernah ada cita-cita bila grad universiti, nak kumpul duit banyak-banyak pastu pergi Planet Krypton dan dapatkan kuasa jadi Superman. Betapa KItaro dapat memahami dunia bahawa;

    1. Betapa dunia memerlukan seorang wira penyelamat kebobrokan dunia. Yang kaya menindas yang miskin, yang berkuasa boleh melakukan apa sahaja dan yang lemah tetap dipandang jahat walaupun mereka membuat kebaikan.

    Maka dicipta seorang 'lelaki besi' yang lebih pantas dari kelajuan peluru, dapat mencecah lebih tinggi dari bangunan dengan sekali lompatan, mampu terbang ke langit angkasa.
    Malah Superman juga menlahirkan 'pelapis' melalui Lois Lane... Budak itu bukan sahaja mempunyai kuasa luar biasa, malah lebih hebat dari bapak dia kerana tiada kesan bila didedah pada batu kryptonite. Tapi AWAS, dia anak luar nikah. Hahaha

    Mahasiswa memerlukan seorang tokoh yang mempunyai 'pakej' berani, mempunyai idealisma, berkarisma dan berkeupayaan serba boleh untuk menjadi ikon dan mengembalikan 'maruah' mahasiswa. Bukannya mahasiswa yang hanya pandai berkata-kata tetapi penakut nak mampos dan mendabik dada sebagai pemimpin mahasiswa tetapi pengampu kerajaan.

    Sayangnya, mahasiswa hanya sibuk dan syok dengan 'dunia' mereka sendiri. Akhirnya, mahasiswa tidak ubah seperti pelajar sekolah menengah.

  • Selamat datang Mahasiswa Baru

  • Read more!

    ISLAM 2

    Pada suatu hari, 2 orang remaja sedang berbual di tangga rumah pangsa tingkat 3 di Batu Caves...

    Remaja A: Aku tension betol la dengan jiran aku. Tiap-tiap hari dia pasang 'colok' sampai berbau 'pelik' kat kawasan umah aku. Aku geram nak pegi sorok jer perkakas dia tu!

    Remaja B: Aku pun bengang sebab tiap-tiap pagi kedengaran bunyi bising 'mentera' dari kuil Hindu. Rasa-rasa macam nak pegi roboh jer kuil tu...

    Jangan marah yer... jika menurut dari kacamata geng Kumpulan 11 atau mana-mana penyokong perjuangan IFC dsb, sesiapa sahaja mempunyai kebebasan bersuara, kebebasan beragama. Dan sepatutnya, tidak ada masalh dalam isu di bawah;

    Peguam Negara, Tan Seri Abdul Gani Patail memberi jaminan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap segala aduan berhubung perbuatan merobohkan kuil Hindu sebaik sahaja mendapat kertas siasatan kes tersebut. - So what?

    AWAS!!!... Islam tidak mengajar demikian. Islam membenarkan kebebasan beragama, kebebasan bersuara. Tetapi bukan bermaksud membenarkan kebebasan menghina dan tidak menghormati agama lain.


  • Freedom of Expression does not mean freedom to insult

  • Read more!

    Wednesday, July 05, 2006

    ISLAM

    Maka berkatalah Annuar Zainal Abidin, bekas Ketua Hakim Negara dan bekas Pesuruhjaya SUHAKAM;

    "...The only thing is sometimes there is a lot of influence, like the Islamic influence, which I’m not very happy about. I think they should not be influenced by anything but the law. Now, we are waiting for the important case of Lina Joy ... we’ll just have to see what’s going to happen."


    "Principles (and) interpretations (of the law). They have (ruled in one case) that the issue (raised) was under the jurisdiction of the syariah courts, therefore (the civil courts) have dismissed the case. First of all, they must consider the meaning of jurisdiction.
    Just because they (syariah courts) decide on the question of apostasy, it doesn’t mean that they have final jurisdiction. We can still argue. The law is 50-50. It’s man-made."

    "In the (federal) constitution, we have freedom of religion which means we can choose what religion we want (to practise). Does that apply to only non-Muslims? Does that not apply to Muslims too? I would say that it applies to Muslims. So I can choose (my own religion)."

    "Some people say that once you’re a Muslim, you’re a Muslim (for life). I don’t think that it is so. I am not a very good scholar in Islam but basic common sense tells me that Islam is a very fair religion.
    If I want to get out, I get out."

    "In the old days, once you get out, they shoot you and you die - they kill you and that’s the end of the matter. Now, they (continue to) punish the chap in Kelantan (who declared that he’s no longer a Muslim) but can he get out from Islam? No, he cannot. So, he will forever be punished - which is not Islamic principles."

    "If you talk about Islamic principles, then they have wrongly and mistakenly believed that a Muslim cannot leave (the religion). So then they would have to do something. But they wouldn’t dare because, you see, the only punishment in those days if you leave Islam is death. Here, it is a man-made punishment. They are replacing God’s punishment with their own rules and regulation."

    Berkata pula Sulaiman Abdullah di dalam hujahannya di dalam kes rayuan Lina Joy di hadapan Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, Alauddin Sheriff and Richard Malanjum di dalam bantahannya bahawa orang Islam di Malaysia tidak boleh sewenangnya meinggalkan Islam;

    "Freedom of religion as enshrined in Article 11 should not be interpreted in isolation from the larger context of the role of Islam in the formation of the country’s Constitution, the Federal Court was told today."

    "Article 11 should not be interpreted along the lines of the constitutions of such countries as the United States, United Kingdom or India, which are predominantly secular"

    "Malaysia’s Federal Constitution is “sui generis (of its own kind) and totally unique. No assistance can be derived from the provisions relating to religion found in an expressly secular constitution such as India or from constitutional cases in Australia and Canada, or elsewhere in the Commonwealth,"

    Pengamal undang-undang jenis manakah yang kita mahu samada seperti Annuar Zainal Abidin dan Sulaiman Abdullah?

    Kalau anda mahu Annuar Zainal Abidin, maka lakukanlah resipi berikut;

    1. Banyakkan bergaduh dalam perkara cabang, khilaf dan paling penitng, jangan bersama mereka yang tidak sehaluan dengan anda.

    2. Jangan berikan kesedaran, alternatif atau jalan penyelesaian sekiranya ada yang kurang faham tentang agama. Sebaliknya hukum mereka, katakan pada mereka, "Anda BID'AH!"

    3. Buat lulusan undang-undang UIA, pergilah beramal dengan undang-undang tanpa idealisma melakukan revolusi undang-undang. Agungkanlah undang-undang warisan Inggeris yang 'adil dan saksama' itu. Jangan buat apa-apa, ikut jer peguam senior khususnya mereka yang berkelulusan luar negara dan berfikiran 'modern'.

    4. Undilah parti yang menegak dan memperjuangkan Islam Hadhari!

    5. Kepada seluruh gerakan Islam, teruskan obsesi dengan organisasi anda. Banyakkan program-program untuk kelompok anda. Banyakkan aktiviti yang 'grand' dan gempak. Tak payah peduli mereka di sekeliling anda.

    Insya Allah, akan ramailah orang seperti Annuar Zainal Abidin di Malaysia.

    Anda mahu orang seperti Sulaiman Abdullah? Tak payah angan-anganlah jika anda hanya tahu bercakap bukan bertindak!

    Read more!

    Monday, July 03, 2006

    SALAFISM

    Para penyokong England dan Ecuador merusuh dan bergaduh sehingga ratusan ditahan pihak berkuasa. Namun, pemain England dan Ecuador selepas tamat permainan, mereka bersalaman dan berpelukan. Siap bertukar jersi lagi. Begitulah ibaratnya...

    Baca:
  • AKU SALAFI, ANAK MURIDKU BAGAIMANA?

  • Read more!

    LETAK JAWATAN


    Sebaik sahaja England gagal melangkah ke Separuh Akhir apatah lagi menjulang Piala Dunia, maka Kapten England David Beckham mengumumkan perletakan jawatannya. Ramai yang berpendapat perletakan jawatannya adalah sebagai rasa tanggungjawab atas kegagalannya memimpin England untuk sekurang-kurangnya meletakkan England dalam tahap lebih baik dari pencapaian sebelumnya iaitu mara ke separuh akhir. Ditambah pula desakan ramai tokoh bekas pemain England yang mendesak Becks tidak dijadikan kapten England.

    Letak jawatan

    Presiden Amerika Richard Nixon juga meletakkan jawatan kerana kegagalannya dalam memerintah dan penglibatan dalam skandal Watergate walaupun menang besar dalam pilihanraya presiden kali kedua disertainya pada tahun 1972. Nixon menewaskan George McGovern dengan 60% undi popular. Nixon menguasai 49 daripada 50 negeri iaitu tewas di Massachusetts.

    Begitu juga Presiden Indonesia, Suharto meletakkan jawatan kerana kegagalannya menangani krisis ekonomi dan gejala rasuah dalam pentadbirannya.

    Budaya Malaysia

    Di Malaysia, isu-isu seperti keretakan MRR2, ahli parlimen minta kastam 'tutup mata' untuk elak kesalahanya, setiausaha agung sebuah parti tertua di dunia yang terlibat dalam skandal seks perempuan bawah umur suatu ketika dahulu, Bank Islam hilang jutaan ringgit dan isteri seorang bekas ahli DUN didakwa terlibat, dokumen bukti rasuah melibatkan menteri kabinet cuba didedahkan tetapi yang mendedah dipenjara atas kesalahan OSA, harga minyak, letrik dan barang naik mendadak tetapi para menteri tetap hidup mewah (siap pergi bercuti di Australia lagi tuu)... seolah 'hinggapan lalat'. Malah menteri yang terlibat dalam skandal sedemikian dipertahan dan dibela.

    Mungkin orang kata, budaya letak jawatan bukan budaya Malaysia. Habis tu, apa budaya Malaysia? Membiarkan mereka yang korup, menyeleweng dan tidak amanah berkuasa?

    Read more!

    ENGLAND , BRAZIL... ADUH!

    Sejak 1966, England gagal menjulang piala dunia. Lebih memeritkan, sejak 1998, England tumpas dalam saingan piala dunia kerana tendangan penalti. Pasukan England yang menyertai Piala Dunia 2006 dikatakan sebagai pasukan terbaik dalam sejarah England dan mempunyai harapan yang cerah untuk mengulangi sejarah 1966. Namun, apabila menjelang hari kejadian (Piala Dunia), Rooney terpaksa berlawan dengan masalah kecederaan, Owen terpaksa pulang ketika England belum memasuki suku akhir dan ketika suku akhir, kapten England David Beckham tercedera dan Rooney dibuang padang. Aduh!!!!

    Pengajaran:

    1. Dalam menjayakan sesebuah organisasi, jangan terlalu bergantung kepada individu sebaliknya cuba sedaya upaya membina kekuatan tersendiri.

    2. Semangat kerja berpasukan amatlah penting dan jika ia dilakukan dengan baik, ia dapat mengatasi masalah 'one-man-show'.

    3. Manusia hanya mampu merancang, membuat andaian, menilai masa depan tetapi yang memutuskan hanya pada kuasa yang Satu.

    Brazil pula merupakan kuasa besar bola sepak dunia. Brazil juga merupakan juara bertahan dan pernah menjulang Piala Dunia 5 kali serta dijangka mengulanginya buat kali ke-6. Dengan kekuatan kuasa serangan melalui jentera penggempur dari Ronaldo, Robinho, Ronaldinho, Adriano, Kaka, Juninho, Gilberto Silva, Roberto Carlos, Cafu, Emerson dll... Brazil memang dilihat tiada siapa dapat menghalang mereka.

    Namun, pada saingan suku akhir menampilkan prestasi terburuk Brazil apabila tersingkir awal dan gagal ke separuh akhir akibat ditumpaskan oleh pasukan 'kuda tua.'

    Pengajaran:

    1. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Dalam erti kata lain, tidak semestinya seseorang atau pasukan terbaik maka mereka akan sentiasa menjadi terbaik. Tidak semestinya mereka yang di atas tidak akan berada di bawah.

    2. Walaupun sesuatu itu adalah terbaik, paling mulia, palinng bagus dsb, tetapi jika tidak disusun dengan baik, strategik dan berkesan, mereka bisa ditumpaskan oleh sesiapa sahaja. Saidina Ali pernah menegaskan;

    "Kebenaran tanpa perancangan strategik, akan ditewaskan kebatilan yang punyai perancangan strategik."

    3. 'The Mighty Brazil' ditewaskan oleh Perancis yang dikritik hebat kerana dibarisi majoriti pemain tua. Maka... Jangan pandang rendah pada keupayaan orang lama. Jangan 'under estimate' kehebatan orang tua. Sesebuah organisasi jangan pinggirkan sumbangan orang lama. Kerajaan BN jangan pandang rendah kritikan Tun Dr. M... Ops!

    Read more!

    TAK MALU!

    Pernah dengar tak ayat Allah yang berbunyi;

    "Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak lakukan? Sesungguhnya amat besar kebencian Allah ke atas mereka yang bercakap perkara yang mereka tidak lakukan." (as-Saff)

    Ada seroang hamba Allah yang beria nak bercakap soal korupsi dan penyelewengan. Hamba Allah itu bernama Mohd Said (Ahli Parlimen Jasin/BN) yang mendakwa kononnya beberapa pegawai kastam menjual kereta mewah yang dirampas pada harga murah kepada rakan dan kenalan mereka termasuk dari istana dan jabatan kerajaan lain.

    Katanya beliau mempunyai bukti untuk menyokong dakwaannya itu tetapi tidak akan membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah kerana 'semua orang tahu apa yang sedang berlaku'.

    Dia lupa Menurut laporan Bernama, Mohd Said (dialah) sedang disiasat berhubung isu permintaannya kepada kastam supaya "tutup sebelah mata" berhubung urusan mengimport kayu balak dari Indonesia. Tak malu!


  • YB Jasin penyeleweng

  • Read more!

    This page is powered by Blogger. Isn't yours?