Friday, June 30, 2006
KEHILANGAN
Semua ini mengingatkan Kitaro bahawa dunia ibarat putaran roda. Hari ini adalah pemergian adinda yang masih berusia 21 tahun. Esok, lusa atau lepas ini giliran siapa? Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Namun, selagi hayat dikandung badan, life must go on... al-Fatihah buat Mohd Khairul Azri Mohd Anuar, 1986 - 2006
Read more!
WAQI'IE
Kerajaan Pas Kelantan yang semakin memperlihatkan sikap keterbukaannya, membenarkan stesen penyiaran TV3 menganjurkan program Jomheboh! di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Takiyuddin Hassan menegaskan program itu dibenarkan dengan beberapa pengubahsuaian agar ia tidak bercanggah dengan dasar kerajaan negeri. Katanya, perbincangan dengan pihak TV3 kini di peringkat akhir dan beliau tidak menolak kemungkinan ia akan diadakan bagi memeriahkan sambutan ulang tahun pertama pengisytiharan Kota Bharu sebagai Bandar Raya Islam, Oktober depan.
"Pendirian kerajaan negeri itu dibuat seiring dengan perubahan masa dan keadaan," katanya sambil merujuk kepada permainan snuker yang kini dibenarkan semula berdasarkan peraturan-peraturan baru 'atas nama sukan'. - YB Takiyudn Hassan, Exco Kerajaan Kelantan
Apa itu waq'ie? Waqi'ie adalah salah satu daripada sifat khusus Islam yang membawa erti Islam sebagai agama yang bersifat semasa, tidak ketinggalan zaman dan progresif.
Dr. Yusof al-Qaradhawi juga menekankan kepada para da'ie agar menguasai beberapa asas kefahaman dalam melakukan perubahan melalui gerakan dakwah iaitu;
1. Fiqh al-Awlawiyyat (Kefahaman Keutamaan)
2. Fiqh al-Muwazanat (Kefahaman Pertimbangan)
3. Fiqh at-Taghyir (Kefahaman Reformasi)
4. Fiqh al-Waqi' (Kefahaman Semasa)
5. Fiqh an-Nusus (Kefahaman Teks Wahyu)
Di kala kehangatan Piala Dunia, Kerajaan Kelantan di bawah kepimpinan Tok Guru Nik Aziz sekali telah mendapat perhatian nasional sehingga terpapar di muka hadapan Utusan Malaysia 26 Jun 2006. Sebabnya bukan kerana pencemaran alam akibat sikap lewa kerajaan tempatan, bukan juga kerana rakyat miskin sehingga terpaksa mengadu pada TV3, bukan juga pemimpin kerajaan negeri yang korup dan rasuah, sebaliknya kerana kerajaan membenarkan Jom Heboh!
Perlu diingat, Kerajaan Kelantan sebelum ini bukan menghalang Jom Heboh! memasuki Kelantan tetapi kerana TV3 tidak pernah membuat permohonan rasmi. Maka, Kerajaan Kelantan tidaklah 'sejumud' yang ditohmah. Kerajaan Kelantan tidak meminggirkan fitrah manusia yang mahukan hiburan. Namun, Kerajaan Kelantan juga tidak meminggirkan kewajipan mereka menyelamatkan rakyat daripada terjunam ke lembah azab Neraka.
Kitaro percaya inilah justifikasi kepada Jom Heboh! dibenarkan dengan bersyarat. Apa syaratnya? barangkali antaranya para penganjur dan pengunjung mesti menghormati waktu solat dan konsert yang menjaga pergaulan antara lelaki dan wanita seperti kebanyakan pesta yang pernah diadakan di Kelantan. Tetapi perkara ini PASTI tidak pernah dititik beratkan oleh kerajaaan negeri yang lain.
Berbalik kepada sola waqi'ie, mengapa dulu Kelantan walau tidak menghalang tetapi tidak pernah mengalukan pesta semacam Jom Heboh?
Berkata YB Exco Kerajaan Negeri, "...Pendirian kerajaan negeri itu dibuat seiring dengan perubahan masa dan keadaan." Mungkin dulu, rakyat Kelantan yang majoriti Melayu dan terkenal dengan amalan 'lebai' masih belum dapat menerima acara seperti ini. Malah tidak keterlaluan jika Kitaro mengatakan bahawa faktor rakyat Kelantan Kelantan menolak BN pada 1990 adalah faktor kegagalan BN dalam aspek ini.
Maka dengan perubahan masa dan keadaan, kehendak rakyat turut berubah. Namun, pada masa yang sama, perinsip Kerajaan Tok Guru untuk memayungi rakyat dengan ajaran agama tidak dipinggirkan kerana acara demikian akan disesuaikan selaras dengan dasar kerajaan yang merujuk kepada ajaran agama.
Mereka telah berjaya untuk tidak meminggirkan salah satu sunnah terbesar Rasulullah SAW. Rasulullah SAW telah menceriminkan sifat baginda yang begitu teliti dalam setiap langkah dilakukannya. Rasulullah SAw telah mewarisi 'pemikiran strategik' sebagai salah satu sunnahnya.
Dalam peristiwa Hijrah, sewaktu mengatur perjalanan ke Madinah, baginda terlebih dahulu meminta umat Islam lain berhijrah ke sana. Namun, baginda masih kekal berada di Mekah bersama Abu Bakar dan Ali. Tujuannya ialah memastikan apabila baginda tiba diMadinah, baginda mempunyai kekuatan teras yang tersendiri dari kalangan penduduk Makkah dicampur dengan penyokong dari Madinah.
Baginda juga bertolak pada waktu malam dan menggunakan jalan yang tidak biasa dilalui oleh orang Quraisy iaitu di persisiran pantai menuju ke gua Tsur berbanding jalan Utara.
Baginda turut meminta Amir bin Fuhayrah supaya menggembala kambing pada waktu siang dan membawanya ke gua Tsur pada waktu malam. Tujuannya ialah selain membekalkan susu, ia juga bertujuan menghilangkan jejak kaki Muhammad agar tidak dapat dikesan oleh sesiapa yang menghalang.
Strategi ini jelas menunjukkan ketelitiannya dalam mengatur perancangan bagi memastikan perjalanan Hijrah berjalan lancar dan teratur.
Masa yang lama diambil oleh kerajaan negeri Kelantan untuk menghidang rakyat dengan acara seperti Jom Hebah mungkin agak lama tetapi ia hampir sama dengan perjalanan Rasulullah melalui jalan jauh dan di waktu malam ke Madinah. Kerajaan Kelantan memerlukan masa untuk mendidik rakyat walaupun tidak berjaya sepenuhnya.
Dari sudut politik, tidak mustahil jika ia menandakan PAS bukanlah sepertimana yang digembar-gemburkan. Harapannya agar keputusan Kerajaan Kelantan mempelawa Jom Hebah dapat menutup 'jejak langkah PAS' yang selama ini dituduh sebagai ketinggalan zaman dan ortodoks.
Namun, peringatan juga kepada Kerajaan Kelantan teliti dalam setiap tindakan kerana setiap keputusan pasti ada risikonya.
Inilah antara perbezaan ketara antara Kerajaan Kelantan dan kerajaan negeri lain.
Baca juga:
Read more!
Saturday, June 24, 2006
RE-OPEN: SIAPA BUSH?
Baca juga:
Read more!
Friday, June 23, 2006
UNDANG-UNDANG BARU GUNA HAND PHONE
Ekoran daripada undang-undang baru yg dikuatkuasakan mulai 1 Mac 2006, anda tidak lagi dibenarkan menggunakan telefon bimbit semasa memandu melainkan anda menggunakan ‘handfree’.
Saya telah pergi ke sebuah pusat membeli-belah utk membeli sebuah ‘handsfree’ tetapi saya sangat terkejut kerana harganya mencecah RM50 walaupun model yang ingin dibeli itu adalah yg terburuk yang penah saya lihat. Saya mempunyai seorang kawan yang bekerja dalam bidang telefon bimbit dan kami telah berbincang dan kami menjumpai satu cara baru untuk menyelesaikan masalah ini.
Alat yg kami maksudkan sangat memuaskan hati. Ianya sesuai utk semua model telefon. Ia juga muat untuk semua saiz telefon. Sy hanya membayar RM 1 utk alat ini. Kami telah mencuba alat ini dgn model Samsung, Nokia,Sony Ericson, Motorola, Siemen dan semuanya sesuai. Memang alat ni SESUAI utk semua model telefon!!!
Bersama dgn email ini saya sertakan sekali gambar menggunakan telefon dgn alat ini... Scroll ke bawah dan lihat dan maklum pada saya kalau anda ingin memilikinya. Juga forward email ini untuk kawan-kawan yang lain yang ada telefon dan yang sedang mencari hands free yg murah… First come first serve... stok terhad...
Read more!
Wednesday, June 21, 2006
TUN DR. M
Read more!
Sunday, June 18, 2006
RE-OPEN: KEDAULATAN AFGHANISTAN DAN ISU UNDANG-UNDANG
Tidak sampai setahun dunia menjengah alaf kedua, satu lagi siri peperangan meletus antara dua kuasa dunia; Amerika-Britain, dengan sebuah negara termiskin dunia; Afghanistan. Taliban, sebuah kerajaan yang menguasai 90 peratus dari negara itu diiktiraf secara rasmi oleh hanya tiga buah negara; menjadikan perang baru ini menjadi satu episod pertarungan yang kelihatan seperti berat sebelah, umpama harimau mencengkam kucing, ayam tarung menaji merpati.
Namun dalam tulisan ini penulis berminat untuk membicarakan beberapa isu perundangan yang boleh dibangkitkan dalam kontroversi yang berlaku sekarang ini. Walaupun tidak ditulis secara detail dan kukuh, namun sekurang-kurangnya pembaca semua dpaat sedikit sebanyak gambaran mengenai isu-isu perundangan yang berlingkaran di sekitar konflik yang terbaru ini.
1. Adakah Afghanistan sebuah negara yang sah dan diiktiraf?
Pertamanya kita perlu mengetahui bahawa pengiktirafan sebuah negara dan pengiktirafan sebuah kerajaan adalah dua perkara yang berbeza. Pengiktirafan negara adalah suatu proses di mana dunia memperakui kewujudan negara tersebut sebagai sebuah negara yang sah, yang memiliki ciri-ciri sebuah negara. Artikel 1 Montevideo Convention on Rights and Duties 1933 meletakkan 4 kelayakan asas untuk sesebuah negara; (i) penduduk yang tetap, (ii) wilayah yang dikenalpasti, (iii) kerajaan, dan (iv) keupayaan/kapasiti untuk menjalinkan hubungan dengan negara-negara lain. Manakala dalam buku Oppenheim’s International Law meletakkan 4 syarat yang hampir sama, iaitu; (i) manusia yang membentuk komuniti, (ii) negara yang didiami, (iii) kerajaan, dan (iv) kedaulatan negara.
Dalam perkembangan yang terdekat, peruntukan di atas digunapakai dalam pengiktirafan negara-negara baru seperti negara-negara bekas Soviet Union, Republik Yugoslavia dan Chezchoslavakia. Apabila sesebuah negara itu telah diiktiraf, maka pengiktirannya tidaklah terbatal walaupun kerajaan yang memerintah kemudiannya bertukar secara tidak sah mengikut perlembagaan negara tersebut. Contoh negara baru yang telah diikitiraf di kurun ke 20 ialah ; Tajikistan, Armenia, Kirgiztan, Ukraine, Slovenia, Slovak, Estonia, Latvia dan Lithuania. Manakala contoh negara yang masih belum diiktiraf ialah Chechnya dan Kashmir.
Dalam kes Afganistan, sudah jelas bahawa ia sebuah negara yang sempurna dan sah disisi undang-undang antarabangsa. Ia memenuhi kelayakan di atas, dan telah dan masih menjadi ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
2. Bolehkah dianggap Kerajaan Taliban sebagai kerajaan yang sah?
Seperti yang disebut pada awal tadi, bahawa pengiktirafan sebuah kerajaan adalah suatu perkara yang lain daripada pengiktirafan sebuah negara. Sebuah negara yang diiktiraf belum tentu mempunyai kerajaan yang diiktiraf.
Jika kerajaan tersebut dipilih sebagaimana peruntukan perlembagaan negara tersebut, maka pengiktirafan kerajaan akan dianggap berterusan sebagaimana sebelumnya. Tetapi persoalan timbul jika kerajaan yang baru muncul tidak sebagaimana peruntukan dalam perlembagaan.
Lalu timbul persoalan, apakah yang menentukan samada kerajaan itu dikira sah atau tidak? Penyelesaian yang baik boleh didapati dalam Tinoco Arbitration, iaitu satu pertikaian antara Great Britain dan Costa Rica. Pada tahun 1917, Frederico Tinoco telah merampas kuasa di Costa Rica dalam satu kudeta. Kerajaannya telah membuat satu perjanjian usahasama dengan syarikat dagangan British. Pada tahun 1919, Tinoco telah digulingkan dan kerajaan yang baru telah membatalkan kontrak yang disebutkan tadi. Great Britain memohon pampas an gantirugi daripada Costa Rica bagi pihak syarikat tersebut. Isu utama dalam perbicaraan ialah status rejim Tinoco daripada kacamata perundangan antarabangsa. Dalam kes ini, telah diputuskan bahawa, rejim Tinoco adalah kerajaan Costa Rica yang diakui kerana ia mempunyai kawalan yang berkesan (effective control) ke atas Costa Rica. Walaupun ia tidak diiktiraf oleh banyak negara, termasuk Great Britain, namun tindakan tersebut tidak memjejaskan status rejim tersebut.
Daripada kes tersebut, jelas bahawa pengiktirafan rasmi daripada negara-negara dunia tidak menjejaskan status sesebuah kerajaan. Yang menjadi kayu ukur ialah samada ianya mempunyai pengawalan yang berkesan dalam negara tersebut. Hujah ini dikuatkan lagi dengan satu doktrin yang dinamakan Doktrin Estrada, yang diformulakan oleh seorang Setiausaha Hubungan Luar Mexico. Doktrin tersebut menyebut bahwa, pertukaran sesebuah kerajaan adalah urusan dalaman sesebuah negara, dan tidak melibatkan undang-undang antarabangsa atau negara-negara lain. Negara yang menggunapakai doktrin ini tidak akan mengiktiraf mana-mana kerajaan, walaupun secara berterusan mengiktiraf status negara. Pada masa ini, ia mula diterima pakai oleh kebanyakan negara, termasuk Amerika Syarikat, England, Perancis dan Sepanyol.
Dalam kes Afghanistan, saya merasakan bahawa kerajaan Taliban mempunyai kawalan yang efektif ke atas negaranya, tanpa mengira 10% yang dikuasai kerajaan campuran. Ini dapat dibuktikan dengan penggubalan undang-undang, walaupun agak ketat, seperti melarang wanita memandu dan bekerja, wajib menyimpan janggut dan pengwalan stesen penyiaran yang ketat. Tanpa kawalan berkesan, maka sudah tentu Taliban tidak mampu untuk menggubal peraturan seperti itu, apatah lagi untuk menguatkuasakannya.
Walaupun terdapat penentangan daripada Pakatan Utara, namun umumnya mengetahui setakat mana penguasaan Taliban terhadap 90 peratus Afghanistan dan keberkesanan kuasa yang dimiliki. Penentangan dalaman seperti Pakatan Utara tidak semestinya boleh menghapuskan hak Taliban untuk diiktiraf sebagai sebuah kerajaan yang baik. Pengiktirafan boleh diberikan walaupun dalam keadaaan kestabilan diragui terganggu, asalkan kerajaan yang ada mempunyai kawalan yang effektif. Pengiktirafan seperti ini dinamakan sebagai ‘de facto recognition’.
3. Jika benar Osama Laden perlu didakwa, siapa yang berhak untuk membicarakannya?
Isu yang paling penting ialah, siapa yang mempunyai bidang kuasa ke atas Osama? Dalam undang-undang antarabangsa, terdapat beberapa kaedah yang menentukan bidang kuasa untuk membicarakan seseorang pesalah dalam undang-undang antarabangsa.
a) Bidang kuasa berasaskan wilayah (territorial jurisdiction)
Dalam kaedah ini, pesalah akan dibicarakan dalam mahkamah di mana dia melakukan kesalahan tersebut. Kaedah ini menekankan bahawa, sesebuah negara itu berhak membicarakan pesalah yang melakukan kesalahan dalam negaranya sebagai tanda kedaulatan dan kuasa negara tersebut. Negara berhak membicarakan tertuduh walaupun ianya merupakan warga negara asing, sebagai yang berlaku dalam kes Holmes v Bangladesh Binani Corporation [1989] 1 AC 1112 p.1137.
b) Bidang kuasa berasaskan kewarganegaraan.
Kaedah ini memberikan kuasa kepada negara asal seseorang tertuduh untuk membiacarakannya, walaupun kesalahan tersebut berlaku di negara lain. Namun bidang kuasa ini hanya diperolehi jika tertuduh hadir secara fizikal dalam negara asal tersebut. Contohnya David, seorang rakyat Malaysia telah melakukan rompakan di India, dan akhirnya pulang ke tanahair. Apabila tiba di Malaysia, mahkamah Malaysia mempunyai bidang kuasa untuk perbicaraan. Jika David berada di luar negara, maka bidang kuasa tersebut tidak akan wujud.
Contoh yang pernah berlaku ialah dalam kes Blackmer v US, apabila mahkamah Amerika membicarakan rakyatnya yang telah menawan tebusan di Perancis.
c) Bidang kuasa berasaskan teori ‘Passive Personality Principle’
Mengikut prinsip ini, sesebuah negara mempunyai bidang kuasa untuk bicara seseorang individu jika kesalahan tersebut telah atau akan menjejaskan kepentingan negaranya. Dalam Cutting’s case, seorang rakyat Amerika telah dibicarakan oleh Mexico kerana menerbitkan kenyataaan memfitnah seorang rakyat Mexico. Amerika dan Britain pada awalnya mengkritik kaedah ini, manakal ia diterima oleh Mexico, Brazil dan Italy.
Walaupun mengkiritik pada awalnya, tetapi kini Amerika mula menggunapakai kaedah ini, terutamanya untuk mengawal kegiatan pengganans. Dalam kes US v Yunis, Amerika menuntut hak bicara ke atas warganegara Lubnan kerana merampas sebuah kapalterbang Jordan, yang mana dinaiki oleh beberapa orang warga Amerika.
d) Bidang kuasa berasaskan teori ‘Protective Principle’
Mengikut teori ini, sesebuah negara berhak membicarakan individu bukan warganegaranya, malah melakukan kesalahan bukan di negaranya. Kesalahan yang dimaksudkan seperti sesuatu yang prejudis terhadap keselamatan, integriti dan kepentingan negara tersebut. (contohnya; mencetak wang palsu, konspirasi menjatuhkan kerajaan, dll).
Dalam kes Joyce v Director of Public Prosecutor, kerajaan British telah membicara seorang warga Amerika dan bekerja sebagai propagandis di radio Jerman. Dalam kes ini, tertuduh dengan cara yang salah dan jahat telah mendapatkan passport England, dan dikira boleh menjejaskan hak dan integriti negara tersebut. .
e) Bidang kuasa berasaskan teori ‘ Universality Principle’
Setiap negara mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan kesalahan-kesalahan yang dianggap sebagai mencabuli hak dan kepentingan komuniti dunia. Terdapat dua kesalahan yang sering dikira termasuk di bawah kaedah ini, iaitu kegiatan lanun dan jenayah perang ( walaupun ianya bukanlah sesuatu yang eksostif). Negara yang membicarakan mesti membuktikan bahawa kesalahan tersebut menjadi kesalahan di sisi undang-undang dunia, atau disebut sebagai ‘ jure gentium’.
Dalam Kes Eichmann, tertuduh, Eichmann, adalah perancang kepada pembunuhan lebih daripada 4 juta Yahudi ketika perang dunia kedua, dan berpindah ke Argentina selepas perang. Tanpa pengetahuan Argentina, Mossad Israel telah menculik beliau dan dia dibicarakan di Israel, walaupun negara Israel tidak ada kena mengena dengan pembunuhan Yahudi di Jerman. Mahkamah membenarkan bidang kuasa tersebut setelah mendapati bahawa kesalahan tertuduh adalah bercanggah dengan undang-undang dunia, jure gentium.
Kesimpulan.
Jika dilihat kepada teori-teori yang ada, boleh dikatakan semua negara, samada Amerika, Afghanistan, ataupun mana-mana negara yang menuntut hak bicara, memunyai hujah dan asas kepada tuntutan tersebut. Bagi Amerika, mereka boleh berhujah dengan teori berasaskan wilayah, passive personality principle, protective principle, ataupun universality principle. Bagi Afghanistan pula, mereka boleh merujuk kepada teori wilayah, teori kewarganegaraan (dengan menganggap Osama sebahagian warga Afghanistan), Passive personality Principle, Protective Principle, atau Universality Principle. Semua teori-teori itu boleh dikaitkan dengan tuntutan mendakwa Osama Laden.
Read more!
Friday, June 16, 2006
MAN OF THE MATCH
Read more!
TEORI
Kita pernah mendengar teori R.A.H.M.A.N dalam menjangkakan siapa Perdana Menteri Malaysia. Pernah tak anda mendengar 'teori setiap 10 tahun UMNO akan bergolak?
1968 - UMNO dilanda krisis perkauman antaranya Parti Gerakan menyertai DAP ga menyebabkan parti itu kalah di beberapa buah negeri dalam pilihanraya umum 1969. Negeri Kelantan, Perak dan Pulau Pinang jatuh ke tangan pembangkang. Selepas itu, tercetus pula peristiwa berdarah 13 Mei 1969.
1978 - UMNO juga bergolak. Menyebabkan Kelantan menjadi mangsa dharurat (MAGERAN) dan PAS ditandang keluar dari kerajaan campuran.
1988 - UMNO bergolak lagi. Pertentangan antara kem Tun Dr. M vs. Kem Ku Li. UMNO diharamkan. Lahir parti Semangat 46 menyertai Angkatan Perpaduan Ummah di bawah teraju PAS. Akibatnya, Kelantan dirampas semula oleh PAS melalui APU dalam pilihanraya umum 1990.
1998 - UMNO bergolak hasil pertembungan antara Mahathir vs. Anwar. September 1998 Anwar dipecat dan ledak reformasi tercetus. Pilihanraya umum 1999 menatijahkan BN kehilangan kekal kehilangan Kelantan, terlepas Terengganu dan majoriti terhakis di hampir semua dewan undangan negeri.
2008 - UMNO bakal bergolak akibat pertembungan Mahathir vs. Pak Lah... Ia tidak mustahil berlaku.
Read more!
Thursday, June 15, 2006
BENGANG!
Kata Najib semalam dalam TV3, hanya 2 jalan penyelesaian. Samada harga gula tak naik maka rakyat kena kurangkan penggunaan gula. Ataupun harga gula tetap akan naik bagi mengawal penyeludupan. Maksudnya... rakyat juga yang terkorban.
Kenapa tidak ada pilihan ketiga: Kerajaan berkorban masa dan tenaga untuk meningkatkan mutu penguatkuasaan?
Kitaro bengang gila pada BN yang diamanahkan rakyat untuk memerintah tapi ternyata gagal. Malas nak ulas panjang... cuba baca entry Pak Di...
Baca juga:
Read more!
ACCAOUNTABILITY dan TRANSPARENCY DALAM PEMERINTAHAN
Kaitan antara Accountability dan Transparent ialah seseorang yang bertanggungjawab akan bersikap telus kerana dia yakin bahawa dia tidak melakukan sebarang amalan korup dan penyelewengan. Jika dia ada melakukan kesilapan sekalipun, dia bersedia ditegur dan berikrar untuk mengatasi kelemahannya.
Sebelum ini, gempar satu Malaysia kerana tindakan Shahrir Samad meletak jawatan sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan di Parlimen atas dasar prinsip. Kali ini, sekali lagi kerana prinsip Sharir (harapannya bukan sandiwara pemimpin UMNO) maka bergegak gempitalah Kementerian Kerja Raya kerana Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) meminta rekod atau laporan serta penjelasan dari individu termasuk menteri berhubung hal ehwal kewangan jabatan atau kementeriannya rentetan daripada bayaran pampasan kepada sebuah syarikat pemaju akibat dari pembatalan jambatan bengkok JOhor-Singapura. Tindakan tersebut adalah berdasarkan peruntukan Artikel 77 Peraturan Parlimen.
Samy Vellu enggan bekerjasama dengan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Shahrir Samad yang meminta pampasan RM100 juta kepada Gerbang Perdana Selatan Bersepadu Sdn Bhd (GPSB) dikurangkan lantas berkata, "Kami bukan bodoh dan PAC pun sedar akan perkara itu. Mana-mana kontraktor pun boleh mohon RM100 juta tetapi kami tidak akan memberinya kepada mereka. Kami perlu mempertimbangkan permintaan mereka, berbincang dengan jurutera kami, melawat tapak pembinaan dan mendapatkan maklumat terperinci sebelum membuat apa-apa keputusan.
"Jika tidak, suruhlah pengerusi PAC duduk sini dan uruskan kementerian ini. Apabila beliau meluluskan apa-apa projek, kita akan melaksanakannya." (13 Jun 2006)
PAC adalah sebuah jawatankuasa bebas yang bertindak sebagai agen check and balance kepada pemerintahan negara. Sebab itu ia turut dianggotai oleh ahli parlimen pembangkang (Timbalan Pengerusi PAC, Dr.Tan Seng Giaw dll).
Kitaro membuat kesimpulan;
1. Kedua-dua tokoh tersebut (Shahrir dan Samy Vellu) adalah daripada komponen parti Barisan Nasional. Tetapi yang membezakan mereka ialah kepercayaan kepada prinsip Accountability dan Transparency.
2. Sebelum ini Kitaro berasa malu sebagai rakyat Malaysia kerana mutu perbhasan parlimen yang keanak-anakkan. Kali ini bertambah malu kerana sikap pemimpin negara yang tidak boleh dikritik.
3. Bila Tun Dr. M mengkritik hebat Pak Lah, semua menteri kabinet, ahli parlimen BN menyokong kepimpinan Pak Lah termasuk Samy Vellu. Dan Pak Lah sewaktu bertindak balas kepada krtikan Tun Dr. M berkata, "Mahathir bebas bersuara." Tiba-tiba orang yang mentokong Pak Lah tidak meneladani sikap Pak Lah.
4. Tahniah kepada PAC. Moga tindakan tersebut bukan hanya kepada Kementerian Kerja Raya semata memandangkan akhir-akhir ini semacam wujud konspirasi menjatuhkan Samy Vellu. PAC mesti bertindak secara compehensive. Maka rakyat akan meniai pencapaian Plan Integriti Nasional (PIN) yang mula diperkenal sejak 2004.
Baca juga:
Read more!
Wednesday, June 14, 2006
OPS WARTA IV
Tapi alasan 'tak tahu', 'tak sedar' adalah perkara biasa kerana ia adalah standard Perdana Menteri. Lagi teruk kerana Perdana Menteri dikenakan 11 saman sejak 2003, 9 saman melebihi Kitaro. Maknanya, Kitaro lebih baik dari PM. Hehehe:
Tarikh saman: 29 Jun hingga 3 Ogos 2003 berjumlah RM3,300 (tetapi dikurangkan kepada RM1,000 atas diskaun oleh pihak polis.
Plat kereta: WJB2800, WLP3142 dan WCH13 (semuanya didaftarkan atas nama Abdullah Ahmad Badawi)
Contoh kesalahan: WJB 2800 - dikenakan lima saman dalam tempoh 1 tahun dan 2 lagi saman pada tahun berikutnya. Kesalahan lalulintas itu dilakukan di Kuala Lumpur, Ampang, Sepang dan Petaling Jaya dalam tempoh empat tahun.
Antara kesalahan tersebut termasuk lima kesalahan memandu melebihi had laju, lima kesalahan menghalang lalulintas dan dua kesalahan meletak kenderaan.
Alasan tidak membayar saman: Tidak menyedari tentang saman tersebut sehinggalah dimaklumkan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Musa Hassan.
P.S:Sebagai mencontohi PM yang sudah pun membayarnya pada hari Isnin (12 Jun 2006), Kitaro juga akan membayarnya seberapa segera mungkin. Namun, adakah Kitaro akan dilayan seperti PM atau seperti penjenayah? Dan adakah KItaro akan mendapat diskaun melebihi 50%? Tunggu laporan seterusnya...
Baca juga:
Read more!
Tuesday, June 13, 2006
PESAN NAJIB KEPADA MAHASISWA
Apa maksud Najib?
Apa yang beliau maksudkan ialah mahasiswa tidak boleh hanya menjadi 'ulat buku' tanpa memikirkan apa yang berlaku di persekitaran mereka samada secara domestik mahupun antarabangsa. Mahasiswa juga mesti menerobos keluar dari dewan kuliah serta kelas tutorial dan turun ke medan masyarakat. Dengan pelbagai pengalaman yang digarap, ia akan dapat membentuk daya kepemimpinan yang matang dan progresif. Definisi ini diperkuatkan dengan kenyataan Najib iaitu:
"Negara amat memerlukan pelajar memiliki ciri-ciri kepemimpinan dan ia diperoleh menerusi pengalaman dan penghayatan kepada keadaan sekeliling sepanjang mengikuti proses pendidikan sehinggalah ke luar negara..."
"Ingatlah, jangan jadi pelajar yang hanya tahu menghabiskan tempoh pengajian hanya untuk memperoleh ijazah tanpa melihat dan menghayati keadaan sekeliling di tempat kita belajar."
"Pengalaman dilalui ketika proses pembelajaran akan menjadikan kita pemimpin lebih istimewa dan berjaya dalam apa juga bidang diceburi, tidak semestinya dalam dunia politik dengan sasaran menjadi menteri saja..."
Nasib mahasiswa Malaysia
Sungguh berharga nasihat yang disampaikan oleh Najib. Itulah harapan Najib kepada mahasiswa Malaysia yang menuntut di luar negara dan tidak kurang juga di Malaysia. Mahasiswa 'harapan' yang dinyatakan oleh Najib mendapat layanan istimewa oleh kerajaan Malaysia. Contohnya;
1. 1971 merupakan tahun penting kepada mahasiswa apabila Akta Universiti dan Kolej Universiti diperkenalkan. 1975 juga amat penting kerana AUKU dipinda agar lebih ketat. Mahasiswa tidak boleh menyertai, simpati atau apa jua bentuk sokongan kepada mana-mana parti politik atau pertubuhan di luar universiti. Mahasiswa juga dikenakan hukum gantung pengajian jika dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan jenayah walaupun belum didapati bersalah (bertentang dengan prinsip Natural Justice).
2. Rizal Anan: Mahasiswa UUM digantung pengajian kerana mengkritik pentadbiran universiti menjeput Astora Jabat sebagai panelis forum agama anjuran universiti.
3. 1998, Borhan Che Daud, Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa UM dihadapkan ke mahkamah univesiti dengan 13 pertuduhan rentetan daripada tindakan beliau mengetuai mahasiswa menyerahkan memorandum kepada Pak Lah di hadapan Dewan Tunku Chancelor.
4. 2001, 7 orang mahasiswa digantung pengajian walaupun belum didapati bersalah oleh mahkamah atas tuduhan menyertai perhimpunan haram. Mahasiswa yang dikenali sebagai ISA7 masih digantung tidak bertali hingga ke hari ini walaupun mahkamah telah memutuskan mereka sebagai tidak bersalah.
5. Tahun ini juga, 2 orang aktivis mahasiswa, Fuad Ikhwan (Presiden MPMUM) dan Jonah ditahan di bawah ISA kerana disyaki terlibat dalam gerakan bawah tanah menentang kerajaan.
6. Bermula tahun 2003, pilihanraya kampus menjadi hambar dan lesu kerana dikongkong oleh pentadbiran universiti. Poster tidak boleh dihasilkan sendiri kecuali melalui HEP, mahasiswa tidak boleh bertanding berkumpulan (walaupun sejak 2004 muncul kumpulan Aspirasi), tempoh kempen tidak melebihi 48 jam dsb.
7. 2004, Solidariti Mahasiswa Malaysia yang menggabungkan pelbagai front mahasiswa dari pelbagai latarbelakang agama, politik dan pertubuhan membuat deklarasi 2004 sebagai Tahun Gelap Mahasiswa kerana lebih 40 orang mahasiswa menjadi mangsa AUKU.
8. 2005, walaupun AUKU yang mendapat tentang dari mahasiswa, ahli akademik, aktivis sosial dan parti politik sejak 1971, namun Najib Tun Razak mengumumkan kata putus bahawa ia tidak akan dipinda sampai bila-bila.
"Anda boleh menyediakan diri untuk menjadi pemimpin yang memiliki kualiti kepemimpinan dalam apa juga bidang. Anda yang bertanggungjawab membawa Malaysia muncul sebagai sebuah negara maju dan istimewa."
Di luar negara, mungkin tidak mustahil. Tetapi Malaysia, mungkin Najib mahukan mahasiswa seperti berikut;
1. Sokong, puji dan ampu kerajaan. Jika ada yang lantang mengkritik, mereka adalah pengkhianat bangsa dan negara. Mereka tidak bersyukur kepada kerajaan yang memberikan pinjaman, memberikan jalan raya, menyediakan universiti dan macam-mcam lagi kurniaan kerajaan.
2. Jangan terlibat dalam aktiviti sosial. Banyakkan terlibat dalam aktiviti hedonisma kerana ia tidak akan menggugat kedudukan parti pemerintah.
3. Jangan terlibat dalam kegiatan politik mahasiswa. Jika terlibat, mahkamah universiti sedia menanti. Anda akan digantung atau dibuang pengajian.
4. Bersikap liberal. Agama adalah hak masing-masing. Tak perlu jaga tepi kain orang. Orang nak pakai tudung, nak buka sana-sini ker, itu hak individu. Yang penting, jangan kriktik kerajaan.
5. Mahasiswa yang tidak mempedulikan apa yang berlaku dalam perkembangan negara mahupun antarabangsa. Kerajaan hendak naikkan harga minyak, naikkan tarif letrik, rasuah... itu hak kerajaan. Mahasiswa tidak perlu ambil tahu.
Kitaro mengkagumi nasihat Najib kepada Mahasiswa di Bangalore tempoh hari. Tapi ingat, itu hanya untuk mahasiswa di Bangalore. Mahasiswa Malaysia, jangan nak pandai-pandai...
Baca juga:
Read more!
Sunday, June 11, 2006
DISNEYLAND MALAYSIA
Kitaro pernah menghadiri ceramah Tok Guru Nik Aziz di stadium negeri Kelantan pada tahun 1998. Antara isi kandungan ucapannya ialah, "Allah sengaja mencipta manusia dengan naluri-naluri tertentu dan Islam datang ke muka bumi adalah sebagai rahmat bagi sekelian alam. Islam tidak pernah menghalang naluri-naluri manusia tetapi Islam datang untuk mengawal dari kebinasaan."
Tok Guru juga berkata, "Naluri manusia hendak berharta tidak dihalang asalkan tidak monopoli dan menipu, naluri manusia mahukan seks tidak dihalang asalkan melalui ikatan sah, naluri manusia hendak membunuh tidak dihalang asalkan dalam peperangan mempertahankan diri atau negara..."
Islam dan alternatif
Kitaro memahaminya dan melihat bahawa Islam melarang sesuatu perkara tetapi menyediakan 1001 alternatif. Islam mengharamkan arak (dan apa jua yang memabukkan) tetapi terdapat 1001 alternatif air yang dibolehkan untuk minum.
Pendakwah dari dulu hingga sekarang seringkali menggunakan pendekatan "ini tidak boleh, itu tidak boleh. Ini haram, itu haram!" Tidak ada pula disediakan apa alternatif apabila sesuatu larangan diutarakan. Akhirnya, yang minum arak tetap minum arak, yang berhibur secara melampau tetap dalam dunianya, yang tak suka tutup aurat tetap 'terbuka' sana-sini.
Kitaro kecewa kepada satu-satunya parti Islam di Malaysia dan parti politik tertua selepas UMNO yang masih ortodoks dalam pendekatan dakwah dan politik. Asyik kata ini tak boleh, itu tak boleh. Ini haram... semua haram. Mana alternatifnya?
Agaknya bila PAS/BA memerintah, apakah bentuk hiburan yang ditonjolkan jika taman tema seperti Disneyland pun dipandang serong? PAS mahu membentuk kerajaan alternatif, tetapi gagal mengemukakan pendekatan altrnatif yang meyakinkan rakyat. Kalau beginilah sikap pimpinan tertinggi PAS, sampai bila pun PAS tidak akan dapat memenangi hati rakyat seterusnya menerajui pemerintahan Malaysia. Akhirnya, UMNO terus berkuasa dengan amalan korup dan meminggirkan kepentingan rakyat! Hidup UMNO?
P.S: Kitaro sokong Malaysia bina Disneyland di Kelantan.
Baca juga:
Read more!
Friday, June 09, 2006
LAWAN TETAP LAWAN!
Biasanya ramai akan lebih kenal bendera di atas berbanding yang di bawah. Tetapi hakikatnya, negara dari bendera di atas lebih takut kepada negara bendera di bawah. Pengajarannya, jangan pandang rendah pada 'under dog'!
Dunia jangan pandang rendah pada M alaysia, FAM jangan pandang rendah pada MyTeam, UMNO jangan pandang rendah pada PAS, pemerintah jangan pandang rendah pada mahasiswa. Ops!
Read more!
Tuesday, June 06, 2006
KRISTIAN DAN DAKWAH
Mungkin sudah ramai mengenali siapa Carnegie ataupun Covey, siapa pula John C. Maxwell? Kitaro mempunyai koleksi beberapa buku tulisannya. Antaranya ialah 'The 21 Irrefutable Laws of Leadership', 'The 21 Qualities of Leadership', 'Thinking For a Change', 'Developing the Leader within Youi dan 'The 17 Indisputable Laws of Team Work'.
Siapa John Maxwell?
John C. Maxwell adalah seorang penulis prolifik dalam bidang kepemimpinan. Beliau telah melatih dan membina lebih 250,000 setahun dalam bidang kepemimpinan dan pembinanaan peribadi.
Yang menarik ialah Maxwell merupakan seorang paderi. Ketika berusia 17 tahun, beliau menuntut di Circleville (Ohio) Bible College dan tamat pada tahun 1969.
Selepas tamat pengajian, beliau menjadi paderi di sebuah gereja di Hillham, Indiana. Selang beberapa tahun kemudian, beliau menyedari betapa beliau perlu meluaskan 'dakwahnya' dan betapa besar impak kepemimpinan kepada dunia lalu membuat keputusan untuk mengkaji, mengamal dan mengajar tentang kepemimpinan. Kini beliau telah menghasilkan 20 buah buku dan yang terbaru berjudul 'Failing Forward.'
'Ibrah (pengajaran)
Jika anda membaca buku beliau, terdapat beberapa mesej halus yang cuba untuk meyakinkan pembaca akan keagungan agama Kristian. Malah, buku-buku beliau merupakan satu mesej tidak langsung betapa indahnya kepemimpin menurut tulisan seorang paderi Kristian.
Pendakwah Islam hari ini terlalu gemar berceramah. Kitaro menghargai usaha tersebut. Tetapi adalah lebih indah jika pendakwah Islam juga aktif menulis kerana ia adalah sebahagian daripada jalan Dakwah sepertimana yang disebut oleh Said Hawwa di dalam bukunya Jundullah. Ulama' silam telah menunjukkan teladan dan ilmu mereka diwarisi dunia Islam hingga ke hari ini.
Tetapi umat Islam hari ini khususnya pasca 11 September berhadapan dilema apabila Islam dideskriminasikan. Sesiapa yang berimejkan 'Islam' pasti berhadapan masalah bila tiba di mana-mana lapangan terbang di negara-negara Eropah, jika Barat membuat filem maka orang Islamlah yang jahat dan berimej buruk.
Jika anda ke kedai buku, buku-buku Islam akan ditempatkan di tempat khusus. Maka tidak ramailah yang akan ke sana apatah lagi membelek dan membelinya. Tetapi umat Islam juga masih buta dan melompat ke dalam lubang yang sama. Dah tahu dunia sekarang memandang hodoh pada Islam, namun tetap dilakukan amalan-amalan dan tindakan-tindakan 'hodoh'.
Begitu juga dalam penulisan buku. Kita semua sedia maklum bahawa masyarakat hari ini khususnya remaja tidak akan mendekati buku-buku agama yang tertera tajuk, 'Azab Api Neraka', 'Petanda Hari Kiamat' atau 'Bahtera Penyelamat.' Hanya mereka yang benar-benar mengikuti jalan perjuangan Islam yang akan menoleh lantas memiliki buku-buku tersebut.
Maka apa salahnya jika muncul pemuda-pemuda Islam yang berilmu dalam bidang al-Qur'andan Hadis, Sirah Nabi Muhammad, kisah para sahabat dsb menghasilkan buku-buku tetapi mengikut orientasi baru. Gerakkan agenda 'repackaging'. Hasilkan pakej buku-bukuIslam yang dapat menarik generasi yang semakin rosak dan kritikal dengan pendekatan yang kreatif dan 'da bomb'. Tak salah untuk meniru cara Maxwell yang memfokuskan kepemimpinan untuk menyebarkan mesejnya... Setahu Kitaro, dia yang tiru Islam kerana dalam Islam, dakwah adalah pelbagai.
Daripada kita bergaduh dalam perkara khilaf, lebih baik kita utamakan yang lebih utama: DAKWAH!
Read more!
Sunday, June 04, 2006
PIALA DUNIA 2006
1. Brazil = Maka Ronaldo, Ronaldinho, Kaka, Adriano, Roberto Carlos dll menjadi sebutan.
2. Argentina = Nama seperti Hernan Crespo, Pablo Aimar dan jelmaan semula Maradona; Lionel Messi menjadi kegilaan.
3. England = Selain populariti David Beckham, kecederaan Wayne Rooney menyebabkan satu dunia mengharapkannya sembuh dan dapat beraksi. Selain itu, muncul bintang yang bakal menggegar dunia seperti Steven Gerard, Frank Lampard, John Terry dll.
Bagi Kitaro... Kitaro meminati dan mengkagumi kesemua negara-negara di atas. Tetapi yang paling menarik adalah 2 negara yang kedua-duanya layak ke Piala Dunia. Bukan kerana pemain apatah lagi pengurusnya. Tetapi kerana pemimpinnya... Iran vs. Amerika di Final Piala Dunia!!!
Read more!
Friday, June 02, 2006
LEGASI LEONARDO DA VINCI
1. Kutipan mencapai taraf Box-Office
2. Dilakonkan oleh pemenang anugerah Academy, Tom Hanks
3. Di Malaysia, filem ini menduduki tempat pertama sebagai cinema paling laris ditonton selama 3 minggu.
Tetapi filem ini juga mendapat tentang hebat dari gerakan Kristian dunia. Mengapa? Kerana dalam lukisan Da Vinci, terdapat kod yang sukar dibaca kecuali oleh seorang pakar bernama Leigh iaitu rakan kepada Robert Langdon. Akhirnya, kod tersebut adalah daripada lukisan DaVinci bertajuk 'The Last Supper' diterjemah sebagai menyimpulkan Jesus bukan anak Tuhan tetapi hanyalah seorang manusia biasa.
Leonardo di ser Piero da Vinci (15 April 1452 - 2 Mei 1519)... ramai orang mengenalinya hanya sebagai seorang pelukis. Sebenarnya beliau juga seorang arkiter, pakar anatomi, skulptor, jurutera, perekacipta, pakar geometer dan ahli muzik. Antara lukisan agungnya selain Monalis ialah The Last Supper 1498 dan The Virgin of The Rock 1498.
Sewaktu hidup beliau, beliau dianggap gila kerana hasil-hasil penemuannya. Tetapi selepas puluhan tahun pemergiannya, masyarakat mula menyedari penemuannya yang hebat dalam bidang sains dan kejuruteraan.
Beliau menemui sistem anatomi di dalam badan manusia yang dinamakan sebagai Vitruvian manusia. Belia juga menemui dan membuat kajian berkenaan embrio. Dalam bidang kejuruteraan pula, Da vincci mencipta helikopter, mesin terbang dan kereta perisai.
Da Vinci pernah mengemukakan plan projek pembinaan jambatan kepada pemerintah Constantinaple, Sultan Beyazid II tetapi ditolak. Namujn, setelah ratuan tahun, Kerajaan Turki memutuskan untuk menerima plan tersebut dan pembinaan jambatan dijangka siap pada Oktober 2006.
Pengajaran buat pemimpin
1. Kadangkala, hasil usaha anda tidak akan dapat dilihat hasilnya segara. Malah orang akan memandang rendah dan tidak menghargainya pada peringkat awal. Tetapi, lambat laun oleh kerana nilai kualiti hasil daripada usaha terdahulu, ia bukan sahaja mendapat perhatian mereka yang pernah hidup di keliling anda, malah dunia akan merasai manfaatnya.
2. Kehebatan Da Vinci menjangkaui pemikiran masyarakt semasa. Sebagai pemimpin, anda mesti menjadi extra-ordinary dari orang lain. Oleh itu, kenal pasti apakah kelebihan yang dimiliki, perbaiki, asah dan perhebatkan sehingga anda menjadi pakar dalam bidang tersebut. Sentiasa berfikir 5 lapis dari orang lain.
3. Pemimpin yang hebat meninggalkan legacy yang baik! bukannya meninggalkan hutang untuk ditanggung oleh pewaris dan masalah bertimbun-timbun untuk diselesaikan oleh penyambung.
Bersedialah untuk mencipta sejarah!
Read more!