Photobucket - Video and Image Hosting

Wednesday, August 30, 2006

HAPPY BIRTHDAY

Happy BIrthday buat insan-insan penting dalam hidup Kitaro... I love you all...

1. 28 Ogos
2. 1 September
3. 10 September

Nama terpaksa dirahsiakan atas sebab keselamatan negara. Kikukiku...

Read more!

ALTERNATIF

Tiba-tiba Kitaro berkata pada diri sendiri dan ingin berkongsi dengan anda, "Mereka yang sedar, cerdik dan bijak sudah muak dan bosan dengan karenah pemerintah hari ini yang ternyata korup. Tetapi rakyat tiada pilihan lain kerana setakat ini, tiada 'produk' yang boleh menandingi dan memperoleh kepercayaan 'pembeli' produk UMNO / BN."

Dalam entri
Pakdi bertarikh 29 Ogos 2006, dia menulis;

"Soalan untuk difikirkan bersama oleh para pencinta Islam sekaliannya.

Sekiranya PAS berjaya memerintah Islam dalam pilihan raya akan datang, apakah yang akan terjadi dengan RTM keesokan harinya?

Soalan ini pernah ditujukan kepada kawan-kawan. Dan belum ada jawapan yang munasabah dapat didengari. Apakah ini antara tanda PAS belum bersedia untuk memerintah negara?"


Atas rasa sedar dan dengan penuh hormat, Kitaro amat bersetuju dengan lontaran yang dikemukakan oleh Pakdi. Sebenarnya Kitaro juga pernah mengutarakan persoalan sama dalam menegur PAS sebagai wadah Alternatif rakyat. Dalam tulisan Kitaro
itu, Kitaro menyatakan;

"Agaknya bila PAS/BA memerintah, apakah bentuk hiburan yang ditonjolkan jika taman tema seperti Disneyland pun dipandang serong? PAS mahu membentuk kerajaan alternatif, tetapi gagal mengemukakan pendekatan altrnatif yang meyakinkan rakyat. Kalau beginilah sikap pimpinan tertinggi PAS, sampai bila pun PAS tidak akan dapat memenangi hati rakyat seterusnya menerajui pemerintahan Malaysia. Akhirnya, UMNO terus berkuasa dengan amalan korup dan meminggirkan kepentingan rakyat!"

Kitaro juga ketika membenatangkan kertas kerja dan beberapa siri dialog dalam program-program rasmi pernah melontarkan padangan untuk PAS memenangi hati rakyat sekaligus memerintah Malaysia, apakah model pemerintahan yang ditawarkan? Jika PAS memerintah;

1. Adakah nak HARAMkan Siti Nurhaliza dari mengadakan persembahan.

2. Selain RTM, apakah kedudukan syarikat-syarikat penyiaran swasta seperti TV3, NTV7, Channel 9 mahupun Astro?

3. Adakah tiap-tiap hari rakyat akan dihidangkan dengan nasyid dan ceramah sahaja?

Samada 'Ya' ataupun 'Tidak' atau apa sahaja jawapan kepada persoalan di atas, apakah persiapan praktikel + realistik yang dilakukan HARI INI untuk menghadapi HARI ESOK?

Kitaro bukan mahu mengaibkan satu-satunya parti Islam di Malaysia, Kitaro memetik kenyataan di awal tulisan ini bahawa Kitaro sudah muak dan bosan dengan karenah pemerintah hari yang ternyata korup. Tetapi rakyat tiada pilihan lain kerana setakat ini, tiada 'produk' yang boleh menandingi dan memperoleh kepercayaan 'pembeli' produk UMNO / BN.

Read more!

Monday, August 28, 2006

TAHNIAH PARA GRADUAN...?

Semalam Kitaro menonton rancangan realiti yang paling Kitaro minati; The Apprentice. Kitaro juga merupakan salah seorang daripada pengkagum jutawan Donald Trump. Petang semalam juga Kitaro berkesempatan bertemu penerima Anugerah Rektor, Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan dan Anugerah Unvar Rahman Pelajar Terbaik; Sdr. Syahir Che Sulaiman.

Sesudah menonton The Apprentice, Kitaro berfikir tatkala meletakkan tangan sebelum mata terlena... Mengapa Donald Trump membuat keputusan memecat
Tarek? Perkara biasa bagi setiap peserta Apprentice ialah masing-masing mempunyai rekod kejayaan yang menakjubkan termasuk dalam bidang akademik. Cuma bezanya pada Tarek ialah Trump mengkagumi Tarek kerana beliau merupakan ahli MENSA, antara institusi pendidikan yang terhebat di AS.

Di dalam Board Room, Trump beberapa kali berkata, "Saya kagum dengan pendidikan awak dan ia amat hebat. Tapi kamu terlalu banyak membuat kesilapan..."

Teringat pula kata-kata keramat Syahir (mungkin anda kenal dan ada yang tidak), beliau berkata, "Pihak Shell dalam salah sati temuduga kepada pemohon (kebetulan rakan kepada Syahir) menyatakan jika hanya bersandarkan kepada pencapaian akademik Syahir (CGPA 3.8), dia tidak layak untuk berada di Shell. Tetapi dia hebat kerana penglibatannya dalam kokurikulum."

Kata Syahir lagi, "Kemahiran yang disebut sebagai 'soft skill' tidak dapat diperoleh di dalam kelas, dewan kuliah dan membuat assignment. Saya hanya berjaya mengecapinya bila terlibat di dalam MPP, usrah, tamrin dan demonstrasi..."

Maka Kitaro membuat kesimpulan, dunia sekarang tidak lagi memandang tinggi kepada mereka yang bekerja dengan kerajaan, makan gaji dan juga berkelulusan tinggi per se. Dalam erti kata lain;

1. Pencapaian akademik semata-mata bukan segalanya. Majoriti employer mahukan employee yang serba boleh, mempunyai leadership qualitiy, communication skill, mempunyai management skill dsb.

2. Betul kata Pakdi, siswazah akan terus dihantui dengan sindrom menganggur jika mengharapkan pekerjaan (untuk makan gaji). Siswazah mesti bijak mencari peluang untuk mencipta pekerjaan sendiri. Di sinilah, kualiti yang anda miliki melalui berpersatuan, berpolitik, bersosial dsb akan memainkan peranan.

Buat siswa siswi yang bergraduasi dan telah menerima ijazah, tahniah buat kalian. Ummah dan dunia sebenar menanti anda di sana!

Read more!

Sunday, August 27, 2006

SYOR

Kitaro syorkan anda semua layari web dan blog berikut:
RK Training dan Blog Abid

Mungkin anda akan beroleh manfaat. Bagaimana? Bergantung bagaimana cara anda berfikir. Fikir-fikirkan...

Read more!

Friday, August 25, 2006

BICARA PENULIS

Bersama 2 orang penulis buku motivasi remaja;
1. M.Fadli M.Bakar (Chit Chat Remaja)
2. Abid Abdullah (Penulis buku 'Resipi Kejayaan')

Tempat: Badan Cemerlang Plaza Angsana, Johor Bharu
Tarikh: 26.08.2006
Masa: 3:00 Petang to 5:00 Petang

Baca:
PTS Announcement

Read more!

Wednesday, August 23, 2006

BLOGGERS DICABAR

"Datuk Shaziman Abu Mansor semalam mencabar pengendali laman forum atau blog yang berselindung di sebalik nama samaran untuk tampil dan berdebat secara terbuka mengenai pelbagai isu semasa. - (Datuk Shaziman Abu Mansor, Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi)

Tampil debat terbuka? Datuk juga kena bagi jaminan agar mereka yang mahu berdebat bersama pengendali blog tampil seperti anak jantan. Bukannya pondan yang mengguna senjata ISA, AUKU, Akta Polis, Akta Mesin Cetak, Akta Rahsia Rasmi. Sekadar memetik kata Allahyarham Harun Hasyim (bekas Hakim);

"Di Malaysia, pemerintah menjamin kebebasan bersuara. Tetapi anda belum dijamin kebebasan selepas bersuara."

Baca: Menteri tergugat kepada blog

Read more!

BERSATU DEMI AGAMA, KEMANUSIAAN

BEKERJASAMA DALAM PERKARA YANG DISEPAKATI, Bertolak ansur dalam perkara yang tidak disepakati (asy-Syahid Hasan al-Banna)

Read more!

FIQH AWLAWIYAT 2

Dalam satu majlis ilmu sempena Isra' dan Mi'raj di sebuah masjid Petaling Jaya oleh seorang penceramah muda yang lantang menyuarakan pendiriannya bersandarkan hujah al-Qu'ran dan Hadis menegaskan;

"Saya dimaklumkan bahawa ceramah saya pada malam ini hampir-hampir dibatalkan atas arahan pihak tertentu. Alangkah baiknya jika program-program hiburan mendapat kesusahan untuk dianjurkan sepertimana pada malam ini."

"Saya memperingatkan kepada mereka yang diberi amanah untuk menjaga hal ehwal agama melaksanakan tugas dengan sebaiknya agar masjid menjadi pusat gerakan umat Islam, masjid diimarahkan dengan majlis-majlis ilmu..."

Amaran itu dilontarkan kepada pihak perkuasa (polis dan JAIS) yang hadir untuk menyekat program ceramah pada malam tersebut. Majlis ceramah itu telah dihadiri ratusan ahli samada dari penduduk tempatan mahupun mahasiswa dari serata tempat. Tetapi mendapat tentangan pihak berkuasa.

Islam Hadhari Malaysia perlu belajar semula Fiqh Awlawiyat. Mana lebih penting antara menyekat aktiviti agama yang semakin suram di masjid-masjid serata negara atau program-program yang meruntuhkan akhlak, intelektual dan maruah generasi muda serta masyarakat negara.
Buat ustaz yang Kitaro maksudkan, selamat menjalankan tugas besar yang bakal menanti di hadapan. Siiru 'ala Barakatillah.

Read more!

Tuesday, August 22, 2006

MURTAD

Siapa di dalam gambar di atas...?

"JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan dakwaan yang dikemukakan Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria mengenai lebih 120,000 orang Islam murtad kerana sumber mengenai dakwaan itu tidak boleh dipercayai." (Berita Harian, 22 Ogos 2006)

Isunya bukan 120,000 orang yang murtad. Isunya ialah walaupun hanya seorang yang murtad, Muslim mesti memandang serius. Bukan kerana yang murtad itu mesti dipandang seperti penjenayah apatah lagi terus dibunuh, tetapi ini adalah soal kegagalan dakwah yang disepakati wajib hukumnya oleh para cendikiawan Islam.


Justeru, Kitaro menagih jaminan yang diberikan oleh pemerintah untuk melindungi agama. Begitu juga kepada para pendokong gerakan Islam agar tidak meminggirkan kepentingan kuasa politik untuk melindungi agama. Begitulah yang ditegaskan oleh al-Ghazali;

"Dunia adalah ladang akhirat. Agama dan politik umpama anak kembar. Tanpa agama, politik akan musnah. Tanpa politik, agama akan dikhianati. Kuasa politik adalah pelindung agama..."

Ibn Taimiyyah juga menegaskan, "Wajib ke atas kita mengetahui bahawa mendapatkan kuasa politik adalah sebahagian daripada kewajipan besar di dalam agama. Bahkan agama tidak akan tertegak tanpa kuasa politik."

Kitaro menyokong usaha kerajaan Malaysia jika mereka benar-benar ikhlas dalam mempertahankan agama Islam sebagai agama persekutuan.

Kerajaan tidak akan memansuhkan atau meminda Perkara 121 (1A) dalam Perlembagaan Persekutuan kerana ia sudah menjelaskan pembahagian bidang kuasa antara Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah...

"Kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara dijamin Perlembagaan ini dan tiada siapa pun boleh mempertikaikan kedudukan (Islam agama rasmi) ini. Dalam pada itu, kerajaan juga tidak akan membenarkan sebarang tindakan yang boleh menggugat kebebasan untuk beragama seperti dijamin Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

Sehubungan itu, kerajaan berpendapat tidak perlu untuk menubuhkan sebarang badan lain membincangkan mengenai hal-hal agama seperti Majlis Antara Agama atau Forum Artikel 11."
(Nazri Aziz, Parlimen Malaysia 21 Ogos 2006)

Read more!

PROF. DR. ROSMAH MANSOR

Siapa Rosmah Mansor? Seorang Profesor? Seorang pensyarah yang telah 10 tahun berkhidmat dalam bidang akademk? Apa merit utama Rosmah Mansor menjadi Canselor kepada sebuah universiti?

Mungkin ini satu lagi Projek Barisan Nasional untuk melahirkan Melayu GLOKAL. Tidak mustahil juga ini merupakan sebahagian projek ke arah merealisasikan misi 'Modal Insan' dalam RMK9. Mungkin juga ini merupakan salah satu usaha memartabatkan universiti Malaysia agar tersenarai dalam ranking terbaik dunia.

Kalau semua tanggapan Kitaro salah, habis tu apa sebab Rosmah dinobat sebagai Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel)? Sebab dia isteri kedua Timbalan Perdana Menteri? Ops...

Read more!

Sunday, August 20, 2006

AUTONOMI DAN RANKING DUNIA

Kitaro menonton Buletin Utama 2 hari yang lalu (18 Ogos) dan satu kutipan suara telah dibuat oleh TV3 mengenai "Adakah universiti wajar diberi kuasa autonomi?"

Hasil undian, 60% bersetuju universiti wajar diberi kuasa autonomi.

Bagi Kitaro, soalan yang lebih wajar dikemukakan ialah "Wajarkah ditanya wajarkah universiti diberi kuasa autonomi?" Universiti adalah sebuah institusi pengajian tinggi. Ia melahirkan graduan, melahirkan professor, melahirkan cendikiawan, tempat produk cerdik pandai. Erinya mereka semua bijak-bijak belaka... oleh itu kenapa perlu ditanya wajarkah mereka mempunyai kuasa autonomi untuk mengurus dunia mereka?


Universiti wajar memilih sendiri siapa Rektor mereka berdasarkan merit sumbangan akademik dan masyarakt, daya kepemimpinan dan penghormatan.

Universiti berhak menentukan corak pemerintahan mereka sendiri.

Universiti juga tidak perlu mendapat tekanan dari mana-mana pemimpin politik untuk menentukan siapakah mahasiswa yang patut mengisi tempat Majlis Perwakilan Pelajar.

Oleh itu, peruntukan undang-undang yang menyempitkan autonomi universiti mesti dipinda atau terus dimansuhkan. Universiti kelas dunia seperti Oxford dan Harvard tidak memerlukan undang-undang seperti AUKU untuk berada dalam tangga teratas ranking dunia.

Malaysiakini hari ini melaporkan;

"Malaysia gagal lagi disenaraikan dalam Ranking Shanghai Jiao Tong bagi 500 Universiti Terbaik Dunia untuk kali keempat berturut-turut...

Sebanyak 92 universiti dari rantau Asia-Pasifik yang tersenarai dalam ranking itu ialah Jepun (32 universiti), Australia (16), China (9), South Korea (9), Israel (7), New Zealand (5), Taiwan (5), Hong Kong (5), India (2) dan Singapura (2).

Sepuluh universiti terunggul dari Asia-Pasifik ialah Universiti Tokyo (19), Universiti Kyoto (22), Universiti Nasional Australian (54), Universiti Hebrew Jerusalem (60), Universiti Osaka (61), Universiti Tohoku (76), Universiti Melbourne (78), Institut Teknologi Tokyo (89), Univesiti Nagoya (98) dan Universiti Hokkaido (102)."


Di kala Dato' Mustapha Mohamed menyatakan kuasa autonomi universiti akan diberikan secara berperingkat (kenapa berperingkat?), Malaysia gagal disebaraikan dalam ranking universiti terbaik dunia. Tiba-tiba isteri Timbalan Perdana Menteri, Rosmah Mansor ditabalkan sebagai Canselor UNISEL.


Baca:
Why Rosmah?
AUKU tidak relevan

Read more!

Friday, August 18, 2006

KASIH IBU

Mengapa kanta ini masih berkaca... Sedangku telah pun terima di dalam redha... Segala kepahitan... Pengalaman menjadi penawar.. Mengejar impi ke pintu Syurga

Duhai bonda... Bilakah akan ku kecapi kasturi... Penebus maruah... Dan semangat lama

Mengapa sinar neon dan gedung indah... Kotaraya yang menjanjikan sejuta rasa... Sejuta haruman... Kini menjadi penjara jiwa... Ku yang merindukan ketenangan

Duhai bonda... Hari-hariku kini berlalu... Bagaikan bahtera... Tanpa layar dan kemudi

Bonda... Akhirnya terbongkar jua rahsia... Tangisan dan gurindam... Keramat kasih sayangmu

Bonda... Saat dan pertemuan semula... Kita kali ini... Akan ku abadikan... Keramat kasih sayangmu

Oh! bonda
(M. Nasir... Bonda)

Begitulah keramat, indah dan sucinya kasih ibu....


Kasih ibu membawa ke Syurga, restu ibu membawa insan ke tangga mercu, pengorbanan ibu melampaui segala nilai dunia, sayang ibu tiada batasan dan sempadan, harapan ibu melebihi jangkauan pandangan mata...

Ibu sanggup berkorban demi kejayaan anak-anaknya, ibu walau sengsara tidak mengapa asalkan anaknya bahagia. Anak derhaka tidak memandang apatah lagi peduli pada semua ini. Dia hanya menyedari nilai ibu bila ibu sudah tiada. Tia itu air mata darah tiada lagi berguna kecuali sesalan dan keinsafan. Namun, ibu tidak akan kembali.

Ibu mana mahu melihat anaknya berada dalam kesesatan agama. Ibu mana redha anak kelahirannya, susah paya dibesarkannya menghina dan memijak-mijak agama. Itulah lubok rasa ibu Azlina Jailani. Peluangnya ke Mekah dimanfaatkan juga untuk memohon nusrah-Nya membuka hati anaknya kembali ke jalan benar. MOga doa keramat seorang ibu dimakbulkan-Nya.

Seorang ibu yang akan menunaikan umrah di Mekah merayu anaknya, Azlina Jailani atau Lina Joy, 42, yang mengaku murtad, kembali semula ke pangkuan Islam.

"Ini adalah amanat dan harapan mak sebelum mak bertolak menunaikan umrah."

"Alin, baliklah ke pangkal jalan dan bertaubat,"
rayu ibu itu yang mahu dikenali sebagai Mak Som kepada Azlina...

Baca:
Ibu tunai umrah mohon doa Azlina Jailani kembali ke pangkal jalan

Read more!

Thursday, August 17, 2006

JAHANAM ISRAEL!

Israel membantah penyertaan tentera Malaysia dalam pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan atas alasan Kuala Lumpur tiada hubungan diplomatik dengan Tel Aviv.

Israel sudah memaklumkan PBB, "Kita sama sekali tidak akan menerima pembabitan dan penyertaan askar dari negara yang tiada hubungan diplomatik dengan kita," kata pegawai kanan Israel itu kepada agensi berita Reuters
. - Berita Harian 17 Ogos 2006

Siapa Israel hendak menghalang pasukan pengaman dari mana-mana negara?


Kali ini Israel sekali lagi menunjukkan sikap sombongnya. Apa hak Israel sebagai negara HARAM melarang mana-mana negara untuk membantu Lubnan? Mengikut undang-undang antarabangsa, menjadi hak mana-mana negara untuk menjalin hubungan diplomatik dengan mana-mana negara tetapi mana-mana negara tiada hak untuk menghalang sebarang bantuan pasukan pengaman. Apatah lagi apabila Ketua Dasar Kesatuan Eropah (EU), Javier Solana, menyenaraikan Malaysia dan Indonesia sebagai antara negara bukan EU yang bersedia menyertai pasukan pengaman.

Kitaro melihat isu ini pada beberapa dimensi;

1. Menguji ketegasan PBB samada mengutamakan kepentingan kebajikan rakyat Lubnan atau tunduk kepada Israel.

2. Sikap sebenar Malaysia terhadap Israel dan ketegasan sebenar Pak Lah sebagai Perdana Menteri sebuah 'negara Islam'.

3. Adakah genjatan senjata yang dipatuhi Israel adalah satu sandiwara semata?

4. Israel lebih berkuasa dari Amerika. Amerika hanya boneka dan merupakan sebahagian daripada proksi Zionis Israel

5. Israel bercakap soal hubungan diplomatik seolah mereka juara dalam mematuhi undang-undang (walaupun tiada undang-undang sekat negara tiada hubungan diplomatik dengan Israel menghantar pasukan pengaman ke mana-mana negara). Sedangkan mereka sendiri secara terang-terangan melanggar prinsip Jus Cogen di dalam undang-undang antarabangsa.

Read more!

Tuesday, August 15, 2006

HARI KEBANGSAAN 2

Menjelang hari Kebangsaan yang bakal disambut oleh seluruh rakyat Malaysia, kita menyaksikan rakyat yang merdeka rasa 'bodoh' untuk bertutur dalam bahasa kebangsaan.

"It will sound stupid if I speak Malay," kata Sharifah Amani selepas terima trofi Pelakon Wanita Terbaik.

Kenyataan pelakon berbakat ini mengundang kemarahan salah seorang menteri kabinet, Datuk Seri Rais Yatim, majoriti artis Melayu dan sudah pasti sebilangan besar rakyat Malaysia yang menyintai bahasa kebangsaan.

Namun, apa bezanya dengan tindakan kerajaan mewajibkan pelajar sekolah mempelajari subjek Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris sejak tahun 2003?

Bukankah kerajaan mahu rakyat Malaysia menguasai Bahasa Inggeris?

Bukankah Bahasa Inggeris menjanjikan masa depan lebih baik berbanding Bahasa Melayu?

Bukankah rakyat Malaysia yang menguasai Bahasa Inggeris berkelas dunia berbanding rakyat bertutur dalam Bahasa Melayu?

Bila Syarifah Amani merasakan dirinya 'rendah taraf' tatkala berbahasa Melayu walaupun kerajaan sudah 3 tahun terlebih awal merendah tarafkan Bahasa Melayu, tiba-tiba dia dianggap biadap dan menghina bangsa. Sepatutnya kerajaan 'berbangga' kerana inilah produk yang selama ini mereka mahukan dari sistem pendidikan negara.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-49! Merdeka!

P.S: Kitaro is a fan of Afdlin Shauki. Congratulations Afdlin, you deserve for the award!

Baca:
  • Sains, Matematik dalam BI terima bantahan Gerakan

  • Read more!

    BAGAIMANA BRAZIL KALAH PADA PERANCIS

    Kitaro menerima email dari seorang die-hard supporter Perancis. Email ni menarik untuk dikongsi bersama terutama sekali peminat Brazil termasuk diriku ini. Apa pun, jangan sampai peminat Brazil boikot bolg Kitaro :)








    Read more!

    Sunday, August 13, 2006

    HARI KEBANGSAAN 1

    Arahan: Jawab soalan di bawah berikut berpandukan pilihan jawapan yang diberikan.

    1. Mengapa rakyat Malaysia yang dipaksa mengibar Jalur Gemilang samada pada kenderaan atau di premis mereka?

    a. Kerana rakyat Malaysia tidak cintakan negara.
    b. Kerana Jalur Gemilang tidak diberi percuma.
    c. Kerana rakyat meluat bahawa menghargai kemerdekaan bererti bersetuju apa jua tindakan pemerintah.
    d. Kerana tanah air kita belum merdeka dari pemikiran penjajah.
    e. Jika ada jawapan lain, sila nyatakan.

    Read more!

    Saturday, August 12, 2006

    I'M A BECKS FAN

    I'm one of nillions of Becks fan. This simple article is my tribute to Becks as he was formally replaced by John Terry as England Captain. Thus, let us analyze thoroughly on both statements by England new coach, Steve McLaren dan Becks from the angle of leadership.

    McLaren said, "I spoke with David last Monday and notified him of my decision and said I was planning for the future, to change things and go in a different direction, and that David wasn't included in that." - What does it means?


    1. Managing a team means to sustain it as long as you can. To maintain as winner, to remain as the best and always at the top.

    2. To lead does not mean to think what is now neither today. But it is also about the future as well. You must able to foresee what will happen tommorrow, next week, next year or another 10 years ahead.

    3. Sometimes when you are the best during your time is good. And to produce those better than you in future is even more better.

    "I have great respect for David, he was a fantastic captain, a great player and still is. He took the news well. He was disappointed but I got the reaction I wanted. That was for him to continue to fight for a place."

    McLaren also added, "I have great respect for David, he was a fantastic captain, a great player and still is. He took the news well. He was disappointed but I got the reaction I wanted. That was for him to continue to fight for a place... I will never close the door. That was the end of the conversation."

    1. It is about RESPECT
    2. It is abut appreciating persons' contribution.
    3. It is about competition. And you're not to be the best if you have no one to compete. Life would be boring.

    Becks reacted calmly by saying, "Having spoken to Steve McClaren this week I can fully understand that a new manager should want to make his mark on the team and build towards the next World Cup." - He understands the above rules.

    "I'm proud have played for England for 10 years and my passion for representing my country remains as strong as ever." - This is about honour, pride and patriotisme.

    "I'd like to wish the best of luck to John Terry and will offer him my complete support in the future." - Obviously, Becks is a person who does not lead only by postion, but he leads through his heart and respect.

    To be a leader, it's not matter of being a general in command or to have special position or even to posses power per se. To lead effectively, it comes from your heart, your sincerity, caring, concern, giving example and laying down guidance. That's what I call a LEADER.


    The Thing Speaks by Itself

    Read more!

    Thursday, August 10, 2006

    2018

    Kitaro dah memiliki ini...

    dan ini...

    dan juga ini...


    Musim ini Kitaro enggan dapatkan kit Man. United sebab tak lawa langsung! Ada orang tanya, kenapa tak beli jersi skuad bola sepak Malaysia? Kitaro jawab... "Tunggu 2018."


    Read more!

    Tuesday, August 08, 2006

    BERITA PALSU

    Kitaro menerima berpuluh SMS. Kandungannya ialah seperti berikut;

    "Azlina Jailani (Lina Joy) telah menang di Mahkamah. Pertubuhan Melayu Kristian telah diluluskan. Sebarkan dan berdoa moga umat Islam selamat..."

    Sedihnya, ramai rakan-rakan Muslim Kitaro percaya dan terpengaruh dengan propaganda itu. Malah menghabiskan kredit SMS kerana berita palsu yang bertujuan mencipta fitnah kepada umat Islam.

    Kitaro terus 'delete' SMS di atas setiap kali menerimanya. Kitaro menganggap ia adalah berita palsu kerana beberapa sebab;


    1. Jika benar keputusan Lina Joy telah menang (Federal Court in favor with Lina Joys' appeal), sudah pasti akan keluar laporan muka depan akhbar arus perdana kerana ia bakal menjadi 'land mark' kes di Malaysia sepertimana Meor Atiqul Rahman v. Fatimah Sihi.

    2. Jika benar berita tersebut, sudap pasti kumpulan Peguam Pembela Islam akan memobilasikan umat Islam untuk berkumpul di Palace of Justice sepertimana perhimpunan di Masjid Wilayah.

    3. Mahkamah Persekutuan membicarakan kes Lina Joy belum lagi bersidang, bagaimana tiba-tiba keputusan sudah ada?

    4. Kitaro percaya ini adalah provokasi kumpulan tertentu untuk membakar kemarahan umat Islam, seterusnya bertindak agresif dan akibatnya imej Islam dilihat ekstrim. Dalam erti kata lain, ini adalah propaganda reverse psycohology pihak tertentu.

    5. Kitaro berpegang kepada ayat Allah di dalam surah al-Hujuraat;

    "Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum, tanpa mengetahui keadaannya, yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." (al-Hujurat:6)

    Dari huraian di atas, boleh diambil kesimpulan berkenaan dengan kandungan surat Al-Hujurat: 6 di atas sebagai berikut:

    1. Orang Islam yang beriman wajip mengambil sikap (tindakan) dengan asas ilmu, iaitu pengetahuan yang akan dipergunakan untuk mengambil sikap pendiriannya. Dan haram mengambil sikap dengan tanpa asas ilmu. Ini diperkuat dengan firman Allah SWT.:

    "Dan janganlah engkau mengikuti dengan apa yang engkau tidak mempunyai ilmu mengenai perkara itu. Sebab, sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya pasti dimintai pertanggungjawaban atas sikapnya." Al-Isra’: 36)

    2. Apabila menerima maklumat apapun, samada berkenaan dengan ekonomi, politik, sosial, pendidikan ataupun yang lain, wajib diteliti sumber maklumatnya. Jika yang menyampaikan maklumat tersebut adalah fasik, sama ada berbentuk perseorangan, atau lembaga, akhbar, televisyen, radio yang tidak diasas berdasarkan Islam dan kepentingan kaum muslimin, termasuk lelaki, wanita, ulama’ ataupun bukan ulama’, maka wajib diteliti kebenarannya. Sebaliknya, jika maklumat tersebut disampaikan oleh pembawa maklumat yang adil, iaitu Islam dan berasaskan Islam serta berjuang untuk Islam, maka boleh diterima langsung.

    3. Orang yang adil berkenaan dengan sumber maklumat adalah: (1) Muslim, (2) Baligh, (3) Berakal, (4) Tidak fasik dan (5) Tidak diragukan kredibilitinya sebagai orang yang baik, iaitu: Orang yang senantiasa menjaga takwa, dengan menjauhi dosa besar, dosa kecil dan sebagian perbuatan mubah. Dosa besar adalah dosa yang disebutkan hukumannya di dunia, siksanya di akhirat dan laknat Nabi kepada pelakunya, sebagaimana dijelaskan oleh Ad-Dzahabi. Sedangkan dosa kecil, seperti ingkar janji, tidak dapat menghindari dusta. Sementara perkara mubah yang mesti dijauhi adalah perkara yang boleh mengurangi kehormatan, seperti makan di jalan, pasar, berteman dengan orang yang fasik dan sebagainya (Taisir Musthalah Al-Hadis, Dr. Mahmud At-Thahhan, 34; Al-Kabair, Ad-Dzahabi, 6; Al-Ihkam Fi Ushuli Al-Ahkam, Al-Amidi, I/263). Maknanya, selain daripada itu semuanya, maklumatnya wajib diteliti dan diperiksa dan diperiksa. Termasuk di antaranya adalah maklumat yang disampaikan oleh: (1) Ahli Bid’ah, yang perbuatan bid’ahnya menyebabkannya murtad daripada Islam, seperti Ahmadiyah, Anti Hadis atau yang lain. Ini merupakan pandangan Imam As-Syafi’i, Shufyan As-Sauri dan Jumhur Ahli Ilmu; (2) ) Ahli Bid’ah, yang perbuatan bid’ahnya tidak menyebabkannya murtad daripada Islam, yang mengajak kepada kelompoknya (Ushul Al-Hadits, Dr. ‘Ajaj Al-Khatib, 273; As-Syakhshiyah Al-Islamiyah, An-Nabhani, I/333-334).

    4. Haram menjatuhkan keputusan, atau berpendirian dengan tanpa ilmu, sehingga menimbulkan kezaliman kepada orang lain. Termasuk tidak boleh menghakimi sesiapapun dengan maklumat yang salah, sehingga menyerang sesiapa sahaja dengan emosional. Ini dijelaskan oleh illat syar’iyah: "sehingga kamu menjatuhkan keputusan berdasarkan kebodohan, tanpa ilmu." Ini juga menjelaskan bahawa orang Islam tidak boleh mendukung atau mencela pihak-pihak manapun, kecuali dengan asas ilmu, iaitu hukum Islam. Artinya, siapa yang membela atau mencanggah orang lain wajib dilandasi dengan pertimbangan siapa yang melaksanakan Islam, dengan asas Islam, cara Islam dan semuanya untuk kepentingan Islam. Sehingga, orang Islam tidak jatuh dalam pengambilan sikap yang salah, karena kebodohannya, iaitu membela orang yang tidak melaksanakan Islam, atau mencela orang yang memperjuangkan Islam yang hakiki.

    5. Yang juga terkait dengan illat di atas, adalah haram menjatuhkan hukuman kepada sesiapapun dengan informasi sepihak, atau maklumat dari satu pihak. Ini juga ditegaskan oleh Nabi saw.:

    "Wahai Ali, jika di hadapan kamu ada dua pihak yang bersengketa, maka engkau jangan memberikan keputusan, sehinggalah engkau mendengarkan daripada pihak yang lain, sebagaimana engkau mendengarkan daripada pihak yang pertama." (Hadith Riwayat At-Turmidzi dan Ahmad).

    Haram berbuat zalim kepada mana-mana kaum, samada lelaki, wanita, kecil, besar ataupun yang lain, serta wajib mengambil sikap adil kepada mereka. Adapun standard keadilan tersebut adalah Al-Haq, iaitu Islam. Adil bermakna lawan kezaliman, dan bukannya menempatkan sesuatu pada tempatnya secara sama dan seimbang. Sebab, yang paling memahami fitrah manusia adalah Al-Khaliq, sehingga Dia-lah yang berhak menentukan keadilan. Kerana, manusia kadang-kala melihat sesuatu yang baik, sedangkan hakikatnya buruk. Dan melihat sesuatu yang buruk, sedangkan hakikatnya baik. (Ad-Dimuqrathiyah Fi Dhau’i As-Syari’ah Al-Islamiyah, Dr. Mahmud Al-Khalidi, 139-144: 1986).


    Read more!

    Saturday, August 05, 2006

    THIRD WATCH

    "Meskipun media massa sering melaporkan kejadian jenayah namun orang ramai tidak seharusnya hilang keyakinan mereka terhadap peranan polis, kata Menteri Penerangan, Datuk Zainuddin Maidin hari ini.

    "...kebanyakan kes jenayah besar telah diselesaikan dengan cepat oleh polis dan yang demikian orang ramai perlu memberi kerjasama berterusan kepada pasukan itu."
    (Menteri Penerangan, Datuk Zainuddin Maidin mengulas tragedi Azlini Azmi, 26, yang menjadi mangsa pembunuhan kejam, di Sungai Lalang semalam (4 Ogos 2006), Utusan Malaysia, 5 Ogos 2006)

    Mengapa rakyat semakin hilang kepercayaan pada polis?"


    Jika kira-kira 10 tahun yang lalu, kita hanya mendengar mangsa rogol, mangsa rompak dan mangsa ragut. Dalam erti kata lain, mangsa rompak = hilang duit dan harta, mangsa rogol = hilang maruah, mangsa ragut = hilang duit dan ada yang sakit kerana tercedera.

    Kecuali mangsa bunuh yang sudah pasti mati (bunuh = hilang nyawa).

    Kini, mereka yang menjadi mangsa rogol, ragut dan rompak berhadapan evolusi baru. Mereka bukan setakat dirogol, dirompak atau diragut, malah mereka DIBUNUH. Ertinya, samada mereka dibunuh, dirogol atau diragut = hilang nyawa.

    Seolah para perogol, perompak dan peragut telah membuat satu konvensyen dan menghasilkan satu resolusi bahawa semua mangsa mesti dibunuh agar kerja ditanggung beres.

    Ertinya, rakyat semakin tidak percaya kepada polis kerana rasa kurang selamat walaupun di kawasan kediaman sendiri, balik dari pasar malam, pulang dari kerja dsb. Menurut Zam lagi, PDRM sentiasa bertindak pantas dengan kenyataannya;

    "...kebanyakan kes jenayah besar telah diselesaikan dengan cepat oleh polis dan yang demikian orang ramai perlu memberi kerjasama berterusan kepada pasukan itu."

    Jika benar polis dapat menyelesaikan masalah dengan pantas, mengapa nyawa rakyat marhain masih terancam? Adakah kerana 'orang ramai tidak memberi kerjasama'?

    Cuba perhatikan gambar di bawah;

    Agak-agaknya apa kerja polis dalam gambar ini?


    1. Melindungi rakyat atau

    2. Membelasah rakyat yang mengamalkan hak mereka yang dijamin oleh perlembagaan?

    3. Demi membelasah 1 orang rakyat yang menyertai demonstrasi, 5 orang polis dikerah melakukan 'tugas' tersebut. Bayangkan berapa ramai tenaga polis dikerah untuk setiap demonstrasi.

    Bagitu juga dalam saman menyaman. Setiap minggu road block dijalankan sana-sini. Baguslah kerana ingin menerap kesedaran rakyat mematuhi peraturan jalan raya. Tapi mengapa ada menteri yang saman berjela tapi terlepas begitu saja?



    Kerja siapakah yang mencederakan salah seorang rakyat Malaysia ini? Ketua Pembangkang? Presiden PAS? Presiden DAP? Atau... Polis?

    Adakah lelaki terpaksa berlumuran darah kerana cubaan merogol?
    Atau kerana ditangkap meragut beg duit sesiapa di jalanan Kuala Lumpur?
    Atau kerana didapati cuba merompak mana-mana kedai emas?
    Ataupun kerana cubaan membunuh wanita yang pulang dari tempat kerja?

    Sewaktu Kitaro mula menjejak kaki ke sekolah berasrama, ibu berpesan,

    "Belajar elok-elok yer... jangan main-main. Jangan asyik bercinta atau buat kerja lain kerana akibatnya, tugas utama kamu untuk belajar dilupakan."

    Mengingati pesan ibu yang tercinta, Kitaro baru menyedari mengapa rakyat semakin tidak percaya kepada polis sebagai 'third watch'. Jawapannya ialah kerana polis sibuk mengepung para demonstrasi, mengepung majlis ceramah pembangkang dan menjadi escort melindungi para menteri. Akibatnya, tugas polis melindungi rakyat dilupakan.

    Menteri atau sesiapa yang diberi kuasa oleh rakyat tidak boleh memaksa-maksa rakyat. Rakyat bukannya 'lembu yang boleh dicucuk hidung'. Rakyat berhak dan cukup bijak untuk mempercayai dan tidak mempercayai sesiapa. Jika ada menteri yang suka memaksa-maksa rakyat dan menghukum rakyat kerana tidak mengikut paksaan tersebut, percayalah... menteri itu tidak kekal lama. Kelak mereka akan menerima hukuman. Kalau bukan 5 tahun sekali, di alam baqa tetap menanti!

    Read more!

    Thursday, August 03, 2006

    PEDULI APA!

    Di Malaysia ada ISA, tetapi masih ada kumpulan yang berani menyatakan yang hak walaupun dicap sebagai pengkhianat bangsa dan negara.

    Di Malaysia ada Akta Mesin Cetak, tetapi masih ada puak-puak yang berani menerbitkan pelbagai akhbar, majalah dan risalah bagi membongkarkan penipuan, penyelewengan dan menrangkan yang hak.

    Di Malaysia ada AUKU, namun masih anda individu dan kumpulan mahasiswa yang berani dan tidak pernah gentar dengan sebarang ugutan. SMM tetap lantang, GAMIS sensitif dengan isu semasa, DEMA tetap kritis, KARISMA tetap mara, PKPIM tetap aktif beroperasi.

    Suatu hari di Malaysia akan wujud akta mengongkong para penulis maya samada melalui blog, laman web, komuniti dsb. Namun, wahai kawan-kawan sekalian... selagi kita ikhlas menulis melontarkan pandangan, memberikan idea membina, menyatakan yang hak... PEDULI APA halangan-halangan menimpa!

    Kitaro adalah Muslim. Kitaro percaya pada hadis nabi;

    "Akan terus ada di kalangan umatku satu kumpulan yang MENYATAKAN YANG HAK, tidak ada sebarang KEMUDHARATAN ke atas mereka dari sesiapa yang menghalang kecuali datangnya seruan Allah (ajal)."


    Baca entri blog yang tak bersyukur pada kerajaan. Hehehe:

  • Shut Up Bloggers!
  • Entri First Class Mentality

  • Read more!

    Tuesday, August 01, 2006

    NAIK LAGI

    Berikut adalah di antara 'dialog tetap' kerajaan yang menjanjikan kesenangan dan melakukan apa sahaja demi kepentingan rakyat.

    Siri-siri drama ini akan terus berulang selagimana para pelakon, pengarah dan penulis skripnya tidak ditukar.

    1. Penerbangan Malaysia (MAS) akan menaikkan tambang domestiknya sebanyak 15 peratus bagi kelas ekonomi dan 25 peratus bagi kelas perniagaan berkuat kuasa 15 Ogos ini. Tambang antarabangsa kekal tidak berubah. Walaupun dengan kenaikan terbaru itu, Pengarah Urusannya, Idris Jala berkata, kadar tambang MAS ‘masih antara yang terendah di dunia’...


    2. Awal tahun 2006, harga minyak naik sekali lagi naik 30 sen satu liter. Walaupun begitu, harga minyak Malaysia 'masih antara yang terendah di dunia'.

    3. Kadar bayaran elektrik akan dinaikkan berkuatkuasa 1 Jun ini (2006), Majoriti pengguna seramai kira-kira tiga juta keluarga, menggunakan kurang daripada 300 kilowat. Bil mereka dijangka antara RM44 dan RM70 sebulan... Dr Lim berkata, isi rumah berpendapatan rendah yang menggunakan 200 kilowatt-jam (kWh) elektrik sebulan, tidak akan terjejas dengan kenaikan itu. kata Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik.

    Walaupun begitu, harga letrik Malaysia 'masih antara yang terendah di dunia'.

    4. Kerajaan hari ini memberi amaran kepada pengguna mungkin akan berhadapan dengan kadar tarif air lebih tinggi jika tidak berjimat menggunakan air... "Kerajaan ada dua cara untuk memastikan rakyat menghargai air iaitu naikkan tarif air atau meminta rakyat berjimat cermat dalam menggunakan air." - Utusan Malaysia, 1 Ogos 2006

    Tunggu kenyataan selepas ini;

    1. Walaupun begitu, harga air Malaysia 'masih antara yang terendah di dunia'.
    2. Rakyat mesti berkorban untuk negara.
    3. Kerajaan sentiasa melakukan yang terbaik untuk 'kepentingan rakyat'.

    Read more!

    This page is powered by Blogger. Isn't yours?